Tetiba aku rasa

sakit kepala bila melihat kelas di bangunan ROTU. Before this aku tak pernah pun mengajar kat situ even aku pun tak tau kelas itu wujud dan di mana letaknya. So, before kelas aku pun roundlah untuk mencari kelas aku supaya nanti aku tak terlewat masuk kelas sebab tersesat. Tiba-tiba aku rasa nak separuh pengsan dan nak meleleh air mata aku bila melihat bangunan itu yang exactly macam bangunan polis Bukit kepong dalam cerita Bukit Kepong tu. Bila masuk dalam kelas untuk mula mengajar, hati aku jadi sebal dan sebak bila melihat kelas kat situ tak ada OHP. Macamana aku nak mengajor nih? takkan nak tulis je kat whiteboard sedangkan aku dah penat-penat prepare transparency. Lagipun banyak beb!! Bukan subjek mengira nih... subjek theory pulak tuh..Bila aku tanya pihak yang bertanggungjawab, diorang kata tak ada spare OHP ... Habis tuh!! Macamana aku nak mengajar diaorang selama satu semester ni? Dahlah tu, 3 bijik tau kelas kat situ... aku memang tension tau!!!! Aku tak kisah lagi kalau mengajar kat kelas kecik ke, bangunan kayu ke sebab itu lebih baik dari mengajar bawah pokok... Aku pun tak kisah mengajar kat stadium ke, masjid ke as long as OHP ada.... Bila yang paling penting tu tak ada, memang spoil mood tau nak mengajar... Anak murid aku setakat ini ok lagi...cuma aku rasalah diorang rasa cuak jugak dekat kekasih baru diorang yang sedikit keji nih!! Nasiblah kau jadi anak murid aku... Telanlah walau pahit macamanapun. Aku dah cakap dengan diorang, aku aktres terbaik... kalau diorang nak aku jadi baik, aku boleh jadi baik tapi kalau tetiba diaorang nak aku jadi keji, automatically aku boleh jadi monster yang sangat keji dan sekelip mata juga aku boleh berubah jadi sangat baik lepas jadi monster yang sangat keji... Yang aku herannya, sekeji-keji aku nih ada jugak budak yang sanggup nak mengadap muka aku nih sampai bersemester-semester. Diorang ni tak cemuih-cemuih.... ataupun mungkin diorang dah terpaksa kot.... hati dah cemuih tapi dah tadak choice.... hehe!! Whateverlah!! Tapi 2 orang mamat yang buat aku bebulu bijik mata tu belum masuk kelas lagi.... Esok kot!! YA Allah!! Berikanlah kekuatan dan kesabaran untuk aku mengadap muka 2 orang mamat tu!! ataupun... redirect diorang masuk kelas lain... AMIN!!