Semalam....

masa aku tengah bergolek-golek atas katil sambil berangan-angan merancang nak berpoya-poya kat bandar bila tetibatibatiba angan aku dimatikan oleh sms dari kawan aku merangkap boss aku hantar sms cakap semua staff di minta datang bertugas seperti biasa... Adoii... spoil mood aku... Memang ramai kawan aku yang bengang.. Kawan aku kata hero tamil yang buat arahan tu bongok.... hehe!! aku beritau aje.... Tapi aku rasa dia mungkin jaelous tu... tak nak kerja sensorang... tambahlagi baru ni dia excited sangat nak datang tempat aku sebab bolehlah dia balik peluk bini muda dia.. tapi tak dapat so... dia bengang la.. hahahah!! kalau dia terbacalah entri aku nih... mampus aku kena gulai dek dia... tapi dah nama kuli pecacaikan... datang ajelah... aku tak delah kisah sangat... lagipun aku kalo duk lama-lama sensorang kat rumah boleh mati kutu aku dibuatnya. Cuti atau tidak... rutin aku mcm biasa... dah nama ada laki dan anak sekolah.... laenlah kalau aku bujang.... hehe... bila cuti aje confirm aku hilang... heheh!!
Baru ni aku balik rumah mak mertua aku sebab mak mertua ajak pergi berunding tarikh perkahwinan adik ipar aku di kuala berang. Tak salah aku rumah bakal isteri adik ipar aku tu di Kg Tanjung Baru ..lebih kurang 6 km nak sampai tasik kenyir... Luckily, dioorang punya bahasa kuala berang tak pekat sangat.. understoodla.. tapi kalau kena macam masa aku tanya arah rumah masa aku di Kg Kuala Menjing dulu.. memang terlopong la aku... aku rasa kalaulah aku kawin dengan orang sebelah kuala berang yang pekat dialeknya... kalau diaorang sekeluarga ga sak bantai kutuk aku pun aku iyakan ajelah gamaknya sebab tak paham. Bincang punya bincang... akhirnya diorang kata nak buat majlis masa raya ke 3 ni sebab diorang kata kebetulan anak-beranak dia berkumpul waktu tu... jadi tidak ada yang ketinggalan. Tapi pastu diorang duk pening sebab buat time raya nanti orang kg tak layan sebab sibuk nak beraya... Ala.!!. pada aku bukan susah sangat pun.. small matter aje... kalau tak nak susahkan orang kampung yang nak beraya... upah aje caterer... abis cerita... selesai masalah... Tapi itu tak konpem lagi... tertakluk pada perubahan semasa. cuma sekarang duk pegang pada tarikh tu lah. Jadik raya tahun ni, raya pertama kat umah nampaknya kat umah mak akulah..
Petang sabtu aku balik dungun... on the way aku singgah kat batu buruk sebab kebetulan ada pertandingan watersport kat situ yang baru abis. Masa aku anak beranak sampai kat situ, ada konsert yang penyanyi dari tentera darat duk terkinja-kinja atas pentas. Aku tak kisahlah yang tu... masa aku duk tengok tetiba adalah sorang yang aku kira boleh digelar atuk duk syok sendiri joget sensorang kat tengah-tengah tu. Beria-ia dan begitu semangat dia berjoget sampai berpeluh-peluh tanpa mempedulikan orang disekeliling..Laki aku kata dia orang tua tak sedar diri. Ada jugak orang macam ni. Mesti kaki kelab dangdut ni. Aku kata dia exercise kot bang ... Tapi mungkin orang lain kata dia stim kena dadah... pandangan masiing-masing... apapun... pakcik itu sungguh berani dan dia tak ambil peduli apa orang kata kat dia... memang berani!!
Aku terkejut bila dapat tahu Yasmin Ahmad meninggal.. Aku memang kagum dengan dia sebab bagi aku dia sangat kreatif, berani dan berterus terang... aku memang admire semangat dia dan aku cukup suka dengan filem-filem dia dan semua iklan-iklan yang dia arahkan...aku lebih rela tengok cerita dia dari cerita Yusuf Haslam yang guna bahasa baku dan mendatar dan filem Razak Mohaideen yang macam tongong jek.. apapun, ajal maut di tangan Tuhan... Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Babai yasmin... may you rest in peace and i live in peace..