Aku tak dapat nak bayangkan

macamana anak-anak aku tiga beradik tu boleh berjalan kaki ke pasar malam berhampiran rumah semata-mata nak beli air macamlah rumah aku tak ada air tanpa meminta izin aku dan myhubby. Pasar malam tu ada setiap petang isnin dan jauhnya lebih kurang 500 meter dari rumah aku. Tapi aku discover pasal pasar malam tu petang semalam bila si Yati terbukak cerita yang dia pegi pasar malam dengan abang-abang dia kat bapak diorang. Bila si adik dah terbukak cerita, maka si abang- abang terus panik... Dan bila bapak dia report kat aku, punyalah aku terkejut dan hangin satu badan. Aku dalam tahun ni pun tak penah sampai lagi kat pasar malam di situ walaupun dekat cheh je dengan rumah aku, anak-anak aku boleh dah sampai kat pasar malam tu siap membeli lagi. Aku memang tak suka pegi pasar malam dan aku memang tak minat nak beli makanan yang tak pasti bersih atau tidak masa membuatnya di situ. Lagipun, lebih baiklah aku masak di rumah atau makan kat kedai masakan yang siap panas-panas daripada beli di pasar malam. Kalau aku pergi pun sekadar nak menjamu mata aje, itupun dalam setahun adalah 2 kali je , kenkadang tak pernah sekali pun aku pegi. Aku marah diorang pergi pasar malam sebab aku bimbang diorang kena culik ke apa ke kat sana sedangkan aku tak tau diorang ke mana. Yang jadi laksamana si Amin, temenggung si Naim dan rakyat jelata tukang ikut si Yati. Patutlah petang isnin tu Naim tanya aku yati boleh minum air batu ke tidak... lepas tu, tiga-tiga beradik tu hilang... aku ingatkan pergi main rumah kawan sebab sebelum Maghrib diorang dah ada kat rumah. Aku sampai tak tau nak kata apa sebab terkejut... Tapi semalam aku dah kasik warning sama itu 3 beradik.. kalau aku dapat tau diorang pegi pasar malam tanpa izin, memang tiga beradik tu aku libas kat pasar malam tu jugak, aku benar-benar maksudkannya dan anak-anak aku memang maklum yang aku pasti buat seperti apa yang aku cakap.. Memang bukan senang nak kawal anak yang dah besar dan panjang akal... Harapnya lepas ni diaorang tak buat macam tu lagi... aku tak nak tragedi jazlin dn shalini terjadi pada anak-anak aku... Mintak dijauhkan!!!