kelas dan hantu

hari ini aku masuk kelas budak engineering untuk mula mengajar bila aku dapati bilangan kekasih aku lebih ramai dari biasa, lalu....

Aku : Eh!!! Bukan kelas saya 11 orang aje? kenapa tetiba aje berlebihan ni?"
kekasih2ku: Baru update puan
Aku: apa dia update? Ada sesiapa nak jawab kenapa tetiba ramai ni? Kenapa tak datang kelas saya hari tu...?

Setelah menunggu jawapan dari kekasihku tetapi tiada yang menjawabnya...lalu:

Aku : Atau awak nak cakap dengan saya" Puan, saya memang nak datang, saya semangat nak datang kelas puan hari tu... tapi entah macamana tetiba sampai di atas jambatan saya telah diculik oleh hantu kopek dan saya telah disorokkan bawah kopek dia puan... Besarnya kopek dia lebih besar dari saiz saya samapai saya naik pening puan" atau mungkin jawapan saya seperti jawapan B iaitu .." alaaaa!! first day!!! lepaklah!!! tak belajar lagi punyalah..!! ha !! pilih!! Jawapan A ke B?"

Ada yang gelak dan ada yang termewek-mewek senyum sebab malu.. Dan tiada sanggup yang memberi jawapan dan aku pun mula mengajar ....

Semasa aku mengajar tetiba pintu terbuka dan tertutup sendiri.. eeii.. ngeri!! lalu..

Aku :" pintu ni berpuaka gamaknya...."

Kekasih2ku : Hantu datang kot puan (sambil gelak-gelak)

Aku : hantu apa yang datang ? hantu kopek? sebab saya panggil tadi... Awakk niii!! sebut je hantu kopek buakan main seronokkknyaaa!!! (Diorang terkena lagi!!)

tidak lama kemudian sedang aku mengajar tetiba aku diganggu lagi oleh jeritan dan hilaian student lelaki mana tah yang sedang bergalok sambil turun tangga bertentangan dengan pintu kelas aku... dan aku telah tunggu diorang sampai betul-betul depan pintu kelas aku sambil mengajar.... Sebaik saja diaorang turun ....
Aku yang berdiri di pintu : " Hah!! apasal ni? histeria ke? Kalau awak histeria saya nak panggil ustad bomohkan awak?
Salah seorang dari budak-budak yang macam histeria tadi: "Tak ada puan!! Dia ni berlakon nak jadi hantu..." sambil menuding ke arah kawannya yang tersengeh-sengeh kat aku..
Aku : Apa ? berlakon jadi hantu? Ha baguslah!! Berlakonla jadi hantu kopek!! Sorok orang bawah kopek awak!!! ( Dengan nada suara yang kuat sampai ke blok hujung boleh dengar)
Kekasih2ku dalam kelas dah bantai gelak sebab diorang dah terkena tadi dan budak-budak lelaki yang bergalok macam kena histeria tadi terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang pun.... Dan aku terus mengajar seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku sehingga pukul 2.05 ptg tanpa mempedulikan kekasih2ku yang mula buat muka sambil berfikir " bilalah pempuan ni nak abes mengajar!!" Hehe!! Ada aku kesah!!!