Tadi aku lunch kat kedai makan kat Taman Seri Tanjung. aku jarang makan kat situ especiaally time budak-budak dah masuk sekolah. Tak de privacy... Baru nak suap makan tiba-tiba .."Puan! makan? Sorang je?".. eiii sengal!! Aku cukup menyampah kalau diorang soal kat aku soklan macam tu sebab dah terang dan jelas lagi nyata diaorang nampak aku sorang-sorang tengah suap nasi, takkan aku basuh kain kot! Memang aku kena cari kedai jauh-jauh sket kalau nak makan dengan aman. Tapi bila aku bukak tray lauk kat kedai tu aku tengok lauk ayam aje yang banyak... lauk ayam kicap, ayam sambal dan ayam goreng. Kolestrol punyalah banyak menu diorang ni!! Tapi bila dah lapar kebulur ni kolestrol pun lanyak ajelah. Menu punya pedas gila sampai berasap perut aku. Mau tak berasap perut!! kuah sambal ayam, ambik terung sambal, sayur pulak ada lada hitam bijik besar-besar dan sambal belacan cukup lengkap dalam pinggan. And it costs me RM 5 together with iced tea. Kira reasonable la...
Tutup bab makan. Aku nak cerita pasal semalam plak. Semalam pagi aku ada taklimat cara nak masuk sistem ISIS untuk proses penambahan, pengguguran kursus untuk pelajar especially pelajar bermasalah... Aku tak paham sampai sekarang kenapa unibersiti ni terlalu baik dan manjakan sangat budak-budak ni. Pastu mulalah kuli-kuli macam aku ni jadik mangsa. Sampai masalah dalam kain diorang pun aku nak kena jaga. Manja sangatla budak-budak ni.. Dah tua bangka masalah belajar pun tak boleh nak arrange dan settle sendiri.. Masa aku belajar dulu semua masalah subjek kena buat sendiri tau! Sebab tulah makin lama aku kat sini mulut aku makin celupar kat anak murid. Since ISIS tu aku dah biasa buat, so taklimat semalam more on refreshment je lah... kot-kot lupa.. Dalam pada orang bagi taklimat aku duk godek-godek maklumat dalam ISIS tu tengok senarai nama bakal pelajar aku next sem yang akan bermula 7hb ni. Tiba-tiba mata aku terpaku... OH!!! TIIDAAAAK! TIIDAKKKKK!! NOT AGAINN!!!Kenapa nama budak dua ekor ni ada lagi teermasuk dalam senarai... Aku memang cukup bebulu dengan si mamat dua orang ni. Eeii!! Diorang ni tak bosan-bosan ke ha masuk kelas dan mengadap muka aku sedangkan aku tersangatlah bosan tengok muka bebudak ni. Tak baik kau ni tau!!! Yang si mamat sorang ni aku tak boleh bilang dah berapa semester dia jadik anak murid aku. Seingat aku dia penah ambik subjek Management ngan aku masa part dia part 2. Pastu dia ambik subjek Human Resource dengan aku dah dua kali dan dia gagal kedua-duanya. Kalau tak silap aku dia juga pernah ambik subjek Organizational behavior dengan aku dan aku tak sure dia lulus ke gagal. Semester lepas dia memang buat aku cukup hangin degan dia. Test 1 dia tak datang. Pastu dia datang jumpa aku kata bapak dia sakit. Oklah!! aku bagi peluang untuk dia ambik sekali lagi. Tapi tiba masa batang hidung tak nampak-nampak membiarkan aku tertonggok tunggu dia kat ofis macam orang tongong. Dah tak datang buat backup test tu satu hal lah!! Eh boleh pulak dengan muka tak malu datang kelas tanpa rasa bersalah... minta maaf pun tak ada.. Itu tak termasuk individual assignment yang dia tak buat dan hantar. Aku dengar dia ada awek dan dia duk hangkut sana-sini macam dunia ini ana yang punya... Tak sedar diri awek yang duk ajar dia ni yang paling penting dan bermakna dalam hidup dia yang patut dia utamakan. Dasar lelaki mangkuk tingkat!! Yang aku hangin lagi, masa final baru ni dah la dia jawap macam **** , tapi berani pulak tulis surat cinta kat aku mintak diluluskan. Ohh!Aku tak sanggup tengok muka dia lagi... aku cuak!!! Buka semester ni kiranya kali ketiga dan terakhir dia ambik subjek ni. Kalau fail jugak!! OUT you go la!. Eii budak ni!! next sem kau buat perangai lagi memang aku carutkan atas bawah... Dah part 7 , tapi tak sedar diri lagi!! Kalau anak aku buat perangai macam ni memang aku hentikan belajar... Baik jadi tukang kebun aku je... Nauzubillah!!
Yang si Mamat lagi sorang ni plak agak kerap ponteng kelas aku masa aku ajar dia Organizational Behavior lebih kurang 2 semester lepas. Awek dia sekelas dengan dia, tapi awek dia ok aje. Kenkadang aku nak nasihat aje awek dia ni suruh revise balik dia punya relationship dengan si Mamat ni. Panas baran pulak tu! Tinggalkan aje si mamat tu! Tapi siapalah aku nak campur urusan rumahtangga orang. Kalau akulah dapat boipren jantan tak bertanggungjwab masa studi ni, memang babai lah. Nak dijadikan cerita satu malam aku sudah tangkap si mamat ni tengah meniru masa buat test 2 . Sehelai nota bawah kertas jawapan dia. Aku sudah hangin satu badan, aku nampak macam kecik aje si mangkuk tu. Dan jadilah drama malam itu di mana aku telah mengoyakkan kertas jawapan budak tu di depan kawan-kawan dia, awek dia dan aku telah menghalau dia keluar .. Sadis betul!! Selepas dari hari itu, dia buat bodoh aje each time dia masuk kelas dan langsung tak minta maaf dengan aku dan dia dah kantoi OB ni yang mana bukan aku sengaja nak menggagalkan dia... even sampai sekarang dia tak jumpa aku dan minta maaf.. Kalau aku terserempak dengan dia di tepi koridor on the way ke kelas pun dia buat tak kenal aje.. Tapi ada aku kesah!! lantak kaulah!! Aku berdoa dengan Tuhan tau supaya aku tak diketemukan lagi dengan muka dua orang budak mangkuk ni lagi. Tapi nampaknya Tuhan tak memakbulkan permintaan aku. Mungkin ujian kesabaran aku di semester depan... Adoiii!! Aku tak tau macamana nak mengadap muka diorang lagi semester ni untuk selama 4 bulan!! It's going to be a nightmare to me!! Yang pasti... first time aku jumpa diorang kali ini soalan yang pertama aku nak ajukan kat si Mamat dua orang ni ialah " awak ni tak bosan-bosan ke tengok muka saya ni ha!! " Ya Allah!! Berikanlah kekuatan pada hambamu ini!!!
Esok hari Jumaat!! Yahoo!!! Aku nak balik rumah mak hari ni........ aku rindu kat mak aku !!! Aku nak balik peluk mak aku.... aku bimbang kalau-kalau aku tak dapat peluk mak lagi pas ni!!