Bila nak bertemu kekasih...

Entah kenapa aku sangat berdebar-debar nak jumpa kekasih-kekasih baruku bermula esok. Feel like butterflies in my stomach. Kekasih-kekasihku memang ramai, kenkadang aku dah tak ingat langsung muka diorang dek ramai sangat. Kekasihku bersilihganti setiap semester. Ada kekasih satu semester. Ada kekasih yang begitu setia sampai dua tiga semester masih sanggup mengadap muka aku. Tapi itulah aku, sentiasa berdebar bila nak berjumpa kekasih baru macam anak dara yang nak kawin esok. Bukan apa, i'm just worried if they do not meet my expectation. Tetapi yang pasti, diorang kena tahan dengan kerenahku. Dah jadi kekasih aku, sabor ajelah.... Dalam hidup diorang kat sini, tiada kekasih lain yang penting selain dari aku. Kalau dia orang melupakan aku dan sia-siakan aku selama menjadi kekasih aku, they'll be in a big trouble. Memang nahaslah diaorang ni. hehe!!
Dalam ramai-ramai bekas kekasihku, aku ada sedikit bebulu dengan sorang ni... dulu kekasihku dua semester, now she becomes my collegue. Just joined unibersiti ni sebulan yang lepas. Mula-mula tengok muka dalam gambar dan namanya aku dah rasa dia ni bekas kekasihku... Cuma dia ni jenis kekasih dekat di mata jauh di hati selama 2 semester sewaktu dia jadi kekasih aku. Bila dah tamat dia jadi kekasih yang jauh di mata jauh di hati pulak and i never bother about her. My principle is so simple, I'll be like what you expect me to be. Kalau lepas jadi kekasih aku, kau nak ingat aku dan sentiasa dekat dihati walau jauh di mata, then i even can be your best friend. But if you don't want, that's it lah... So, aku tunggu jugaklah kot-kot ex-kekasih aku ni drop by at my office just to say "hi". I never expect her to buy me lunch or whatever. It's the matter of courtesy and respect to your new collegues as they were your lecturer before. Tapi haram.... langsung tak ada , sms jauh sekali. But I'll know... sooner or later she'll find me... Mana kau nak lari ... kalau kau ajar management, kau akan cari tok guru kaulah... Dan tekaan aku tepat bila tiba-tiba aku terima sms dari dia semalam , " Salam, ****** here, Ur x student tapi now kat **** ****. Bila Pn free? By the way, saya pun ajar management this sem. Boleh mtk tunjuk ajar dari puan?" . Jengah muka pun tidak, tiba-tiba ingat aku time nak mintak tolong je. hari ini dia datang berjumpa aku dengan muka manis.... aku cuma bagi pinjam buku teks yang aku tak guna dah aje. Luckily kau tak kata nak mintak semua yang aku ada.... Kalau tak, memang ada nak kena terajang sampai ke bukit bauk.. I will not teach her again because she's qualified enough and is paid to teach... so she need to prepare notes by herself.... If you want other people to teach you a simple and easy subject, then don't be a lecturer.. Kira dia beruntung ajar subjek senang dan sikit aje, berbanding dengan aku dulu masa mula mengajar... kena buli sampai 4 subjek kena ajar... pendekata kalau kalau kena gaya boleh terlupalah pakai kain pegi mengajar..... Apapun, I wish her good luck.. sekarang dia akan rasa seperti mana yang aku rasa masa mengajar dia dulu... hehe!!
before I stop, esok akan jadi bermula hari sibuk buat aku... Pagi tadi ada satu kejadian that really touched me... Aku nampak ada seorang bapa yang pada aku very caring and loving di depan kereta aku semasa menghantar anak ke sekolah.... Hari-hari aku terserempak dengan kereta dia sebab anaknya satu sekolah dengan anak aku... even anak dia jugaklah naim suruh datang main kat rumah waktu kena denda dek bapaknya dan sekarang setiap petang dengan penuh setia datang rumah aku bermain dengan anak-anak aku. Bukan setakat anak dia salam dan cium tangan, dia cium anak dia dan bila anak dia nak masuk pagar, si ayah bagi flying kiss lagi kat anak... inilah kali pertama dalam hidup aku aku lihat bapa yang begitu penyayang... Aku cuma harap satu hari nanti anak dia pun akan menyayangi dia lebih dari kasihsayang seorang bapa pada anaknya..... Kalau dah besar nak menyusahkan makbapak.. baik kasik racun je.... hehe!!
Lagu 'cuba' from Faizal Tahir ni ditujukan khas buat ras dan noor dengan ucapan... selamat mengajar dan bersabarlah dengan kerenah kekasih-kekasih barumu... Kalau dapat yang jenis tak sedar diri tu, gonyoh aje dengan clorox dan berus dawai... hehe... Good luck!!