aku dengan perangai budak-budak melayu kat unibersiti nilah. Pantang cuti nak balik, cuti je nak balik umah. Entah apa yang ada kat rumah gamaknya aku pun tak taulah. Belajar tak delah semenggah mana, tapi sibuk je nak balik. Nak kata da ada laki.. tak delah pulak diorang ni sebab muda belia lagi.. Mau aje aku cakap kat Berahim Abu Shah si hero tamil tu tukar polisi pengambilan ... mana-mana budak terengganu antor je belajor kat Segamat ke, Sabah Sarawak ke supaya dioarng tak galok sangat nak balik rumah aje... Duk aje diam-diam kat unibersiti tu belajor... Tapi siapalah aku di mata hero tamil tu... hanya kuli yang menjalankan tanggungjawab aje.. Tadik aku masuk kelas mengajor.. kelas dengan diorang pulak minggu depan hari senin(20hb 7 ni lah) . Kelas mass lecture plak tu combine 2 kelas.. tapi hari senin nih cuti lah plak sebab hari pertabalan sultan terengganu .. aku nih duk berangan nak abeskan silibus awal.. kalau boleh by the time puasa aku dah tinggal 1 atau 2 chapter aje lagi... Jadik tak de lah kepenatan sangat masa bulan puasa ni... Jadik aku saje ajelah tanya diorang nak buat ke tidak kelas hari isnin ni (20/7 ni lah ) memandangkan cuti sehari aje. daripada diaorang melangut aje buang masa merayap ke mana-mana, baik lah attend kelas aku... Aku saje aje tanya nak tengok reaction diorang yang mana aku memang dah agak dah.. Lagipun, tak ada kuasanya aku nak buat kelas waktu cuti walaupun by hook or by crook aku akan ganti jugak kelas tu... Aku pun nak rehat jugak. Apalagi... bila aku cakap macam tu.... macam-macamlah bentuk muka yang budak-budak unibersiti ni tunjuk kat aku yang mana maksud diorang lebih kurang macam ni lah..." Eii!! pempuan ni tak reti ke hari tu cuti.. yang kerek sangat nak mengajar tu apesal ha!! aku dah planning nak balik nih.. " ... Aku tak kisahlah kalo diorang nak balik, tapi yang aku marah sangat sebab diorang ni sanggup ponteng kelas hari ahad sebab nak sambung cuti sampai hari isnin.. Ini sudah tidak bagus bila pentingkan rumah dari masa depan sendiri!! Dioarang ni tongong ke apa!!... Aku memang cukup menyampah bila ada manusia ada otak letak kat lutut.. Teknologi dah canggih sekarang... Hp pun dah ada jenis 3G... sambil bercakap boleh tengok muka lagi.. Kalau rindu sangat kat makbapak, call ajelah... angkat je hp tu.. bukan zaman masa aku belajar dulu.. setiap kali nak call rumah kena beratur berejam-jam kat public phone sampai boleh bergaduh-gaduhla.. Kemudian diorang ni boleh plak kata tak cukup masa lah, sibuklah bila lecturer bagi assignment.. padahal diri sendiri yang tak pandai nak manage masa.. Tengkorak betul la diorang ni!! Sengal!! Bila diorang dah buat muka macam b**i berak kapur tu, aku pun mem'potpetpotpet' sekarung kat diorang biar diorang sedar diri sket tanggungjawab diorang sebagai pelajar.. Jangan nak bersenang-senang sekarang.. nanti tua sok duk menyusahkan mak bapak aje. Aku tau diorang cukup cuak kat kat aku sebab mulut aku cukup jahat pada waktu itu.. Tapi, ada aku kesah... sampai masa duit gaji aku masuk jugak..
Cerita kedua pulak lepas aku abes mengajar tadi aku pegilah kat lori minuman nescafe percuma... Sampai kat situ adalah ramai bebudak yang lebih kurang macam aku yang terhegeh-hegeh nak minuman percuma. Maklumlah Maya Karin yang buat... hahaha! Sampai kat situ aku tengok adalah sorang x-student aku yang masa jadik student aku sanggup kejar aku nak salam siap cium tangan setiap kali lepas abes mengajar... Budak tu tengah cakap dengan kwan aku... Betapa bagusnya budi bahasa budak ni... aku spend masa berdiri kat situ agak lama jugak.. Tapi, selama aku berdiri kat situ, tak ada pun nak tegur aku ... nak salam cium tangan apatah lagi... Boleh buat tak tau aje macam aku ni orang asing... Hipokrit betul budak ni!!!Macam dia ni, kalau ada kelulusan dan cerdik setinggi mana pun tapi budi bahasa tak ada tak ada gunanya... Aku tak expect dia berlari kat aku dan peluk cium aku or whatsoeverlah!!... at least, tegurlah sepatah dua kata since aku dah tertonggok berdiri depan kau. It's just the matter of courtesy and respect to your lecturer tambah lagi aku mengajar dia 2 semester tau.. Tapi, macam biasa.. aku tak amik pot pun... Ada aku kesah dengan bebudak hipokrit macam ni sebab berlambak lagi budak yang sanggup kejar aku, salam, cium sampai nak jilat tangan aku... hehehe!! apapun good luck to her la... kalau dia keluar esok kerja dengan buat perangai hipokrit tak de budi bahasa.. dia taulah untung nasib dia..
Cerita ketiga... lepas minum minuman percuma si Maya Karin tu, aku pun terusla pi ke pejabat kat bawah sebab nak beli air mineral.... sekali aku tengok kat pantri ada nasik minyak... Aku pun macam biasala... pperamah kan... aku pun tanyalah kat sorang staff kat situ..." makanan tu untuk public ke? " But to my surprise, dia boleh jawab lebih kurang macam nilah " kitorang semua kat sini belum makan lagi " macamlah seolah-olah aku ni lapar kebulur sangat dan hadap sangat nasik minyak tu sampai aku boleh habiskan semua lauk dan semua nasik dalam bowl nasik yang besar tu... Apa kaitan nya soklan aku dengan diorang yang tak makan lagi... Bukannya aku tanya yang aku boleh makan ke tak nasi minyak tu sekarang sampai abes licin pun kat diorang tu!! Eh kalau diorang kata public pun aku takkan makannya nasi minyak tu sebab nasi minyak tu bukan favourite aku pun... Dalam tahun ni, adalah 4 kali aje aku makan nasik minyak... itupun kat rumah orang kawin. Lagipun aku dah kekenyangan macam ular sawa sebab minum air nescafe percuma... aku tibai sampai 4 cawan lagi tau!!...
Esok cuti!!!.... eii seronoknya even I don't have any plan for tomorrow!!!! Abes-abes pun... memanjangkan waktu tidurlah... hehehe!! Have a nice day!!!