aku dan polis

Another backdated story

The stories below are the compilation of my experience with policeman...

Cerita 1: (back to year 2000-2001)

One day, on my way to work by motorcycle. Rasanya waktu itu aku sorang aje naik motor kat tempat kerja. Bawak macam pro tapi lesen takde. Anak polis tapi anak tak ada lesen. Kalau arwah bapak aku ada, memang confirmlah berkarung-karung dia mem'potpetpotpet' kat aku.... Aku memang rushing waktu tu sebab dah lambat nak masuk mengajar. Lebih kurang 400 meter nak sampai ke pintu pagar belakang, tetiba aku nampak kelibat polis di tepi jalan sedang menahan motosikal yang lalu.. "Ya Allah! Mampos aku!! Aku dah mula panik. Peluh panik sudah mula keluar dan jantung aku berdegup kencang. Kalau sakit jantung ni, mau rebah aku kat situ. Maunya aku tak panik, dahlah tak ada lesen... insurans dengan roadtax motor pun tak ada. Yang ada cuma lampu motor dan cermin sisi yang berfungsi dengan baik... Aku bertambah berdebar bila polis tu tahan aku. Badanku dan kaki aku mula lemah dan ringan di saat aku berhenti depan polis tu. akal aku mula ligat memikirkan jawapan kalau polis suruh tunjuk lesen, roadtax dan insurans. Dan aku kena redholah jugak kalau dia angkut motor aku bawak pegi balai polis. Muka aku pucat tidak terkira, memang kalau orang toreh pun tak ada darah cuma nampak daging ngan tulang je. Tiba -tiba ,
Polis yang menahan aku: Cik staf kat situ ke?
Aku : Ya ( Sambil senyum macam konfiden gila... tapi dalam hati bergolak Tuhan saja yang tau!!
Polis yang menahan aku tu: Ok cik... boleh pegi... ( Aku terkesima seketika... tak sangka aku boleh lepas)
Dan aku berlalu pergi... SELAMAT!!!
Cerita 2 : Someday in year 2007
Aku dengan ofis mate aku nak keluar lunch. Ala.. setakat nak keluar lunch kat area tempat kerja ni , apa barang nak pakai tali pinggang keledar. So memang aku dengan opismate aku memang tak pakailah tali pinggang.. Memang all this while pergi mana-mana dalam area Sura hujung sampai Sura Jetty memang aku tak penah pakai tali pinggang unless kalau keluar dari area tu. Sebaik aje keluar dari pintu belakang tetiba aku nampak roadblock... dan nampaknya polis-polis tu duk check lesen. Biasalah kalau terkujat tengok polis automatik tangan menyambar talipinggang keledar.. Ni kalau arwah bapak aku ada lagi nih.. lagi berkarung-karunglah dia 'mem'potpetpotpet' kat aku. Bab tali pinggang tu selamatla sebab sempat.. tapi aku teringat lesen 'P' (Pakar) tamat tempoh seminggu dan aku lupa nak tukar ke lesen baru.. Aku mula panik.. pada Ras aku katakan lesen aku dah mati, lupa nak renew. lagi panik lah Ras. Kalau Ras panik, aku berganda-ganda paniknya.. sebab aku tengok polis tu duk 'tilik' lesen memandu orang di depan aku. Sampai aje giliran aku :
Polis tu : Nak pergi mana?
Aku : Nak pegi makan kat depan tu.
Polis tu : Lesen memandu ada?
Aku : Ada (Aku jawab dengan penuh konfidennya sambil senyum macam tak ada buat salah tapi pergolakan dalam hati tu hanya Tuhan aje yang tahu )
Polis tu: Betul ada ni?
Aku : Ada !! ( Sambil membuat aksi nak buka purse aku dengan gaya yang sangat menyakinkan!!! Plastik pempuan ni!! hehe)
Tiba-tiba .....................................................................
Polis tu : Tak apalah... kalau ke mana-mana kena pakai tali pinggang keledar)
Aku: terima kasih ( terkesima jugak... tak sangka lepas... ) Mungkin sebab aku pempuan yang comel kot !! Hahaha! PANNGG!! Over betul minah ni!!
Dan aku selamat lagi..
Hingga ke hari aku tulis post aku ni, aku punya lesen masih hidup dan renew dua tahun terus. senang... malas nak pikir setiap tahun. Cuma kawan-kawan aku cukup cuak dengan aku sebab tak pernah tak lepas setiap kali polis tahan aku.. Jangan riak ya pempuan!! akan datang belum tahu.. tapi aku bersyukur sangat sebab tak pernah kena setiap kali polis tahan... mungkin waktu itu memang nasib aku baik..