Aku demam

lagi hari ni... Punyalah sejuk mandi pagi tadi sampai berbungkus-bungkus aku dalam selimut macam ulat kepompong yang tertonggeng.... Dasat betullaa!! petang semalam balik dari kerja aku dah demam demam dan sakit badan... Kesian laki aku jadi mangsa... sekejap-sekejap aku paksa dia rasa dahi aku nak beritau yang aku demam sampai naik cemuih dia dibuatnya... Mulalah aku tergolek macam tenggiling sebab tak larat... Tapi bila tetiba laki aku ajak pi makan mee goreng mamak... terus aku rasa macam sihat jek...... hehehe!!! Aku memang ikut perangai mak dan abah bab berjalan ni.... arwah abah dulu kalau setiap kali aku balik mesti dia mengadu demam... 'Aduii!! kepala abah sakit cemi... tolong picit kepala abah ni!!" sambil tangannya memegang kepalanya.. Kenkadang dia cakap.." abah demam" sambil terbaring atas katil... Tapi bila aku atau anak dia yang lain cakap.. " Abah!! Jom kita pergi jalan"... secara automatik dia terus sihat dan bersiap ... hehehe!! Dia boring sebenarnya dan nak perhatian dan anak-anak. Cuaknya aku bila sebelum aku nak naik motor tetiba laki aku sibuk nak pam tayar motor.. All this while dia naik motor tak de la pulak dia sibuk2 pam tayar tu. Bila aku yang jarang sekali naik motor nak naik motor dia terus gatal nak pam.. Aku tau dia perli aku tu dengan cara yang sangat bersopan santun dan berhemah.. So semalam dalam keadaan demam tetiba sihat aku pun pergilah laki bini pergi Restoran Salamath kat berhampiran rumah aku naik motor dengan tak pakai topi keledar. Kalaulah arwah aku ada dan nampak kejadian aku tak pakai topi keledar nih... memang konpemlah berkarung-karung dia mempotpetpotpetpotpet kat aku laki bini ni... Diakan seorang bapa yang sangat berdisiplin yang kenkadang buat aku sangat lemah.. hehehe! Aku rindu sangat kat abah!!
Aku pun tengah risau jugak sebab kat tempat aku sekarang tengah sibuk H1N1. Setakat ni ramai budak yang kena kuarantin dan suspected H1N1.. Most probably kampus ni kena tutup. apapun, aku harap semuanya terkawal..
Aku tambah panik panik dan panik bila semalam budak-budak yang duk serumah dengan budak yang kena kuarantin sebab positif H1N1 datang bilik aku dan aku bertambah-tambahlah cuak dan panik bila budak-budak tu ada yang batuk-batuk dalam bilik aku... Scary weh!!!.. dah lah aku tengah tak sihat.. diorang boleh siap menakutkan aku lagi...
Budak-budak tu: Puan demam ek!! Jangan-jangan puan kena gak!!
Aku yang dah cuak: kau jangan!! Saya da panik ni!! Dah la saya sakit tekak ni..
Budak-budak tu: Ha!! tanda dah ada satu... Puan sakit badan tak?
Aku: Saya memang sakit badan..
Budak-budak: Haaa!! Dah ada dua tanda dah tu!! Selesema puan ada tak?
Aku: Adoii!! Adalah sikit-sikit bersin kerap tu!!!
Budak2 tu: Haah puan!! H1N1 dah!!!
Aku punyalah gila punya cuak walaupun aku rasa aku mungkin tak kena H1N1 sebab aku tak batuk dan sakit kepala yang teramat.. lagipun aku demam tak delah sampai tak boleh bangun. Kalau aku boleh pegi opis dan mengajar tu kira tak serius lagikla. Dua tanda itu saja lagi aku tak de.. Kalau tetiba aku positif H1NI .. memang kena kuarantinlah aku sekeluarga dengan opis mate aku sekali.. Ya Allah.!! lindungilah dan berilah kesihatan yang baik pada hambamu yang nakal dan banyak dosa nih.... amin