Aku dan aura

Sekarang ni orang duk sibuk dengan benda 'aura' ni... Macam-macamlah ada... aura pendantla... gelang aura la.. air aura la... besi aura lah... sampai promote boleh kaya dengan produk aura ni.. Korang percaya tak benda-benda ni? kalau aku memang aku agak susah nak percaya benda-benda ni especially bila tak nampak depan mata.. lainlah kalau panadol ... senggugut je terus telan panadol menstrual....memang hilang sakit senggugut tu.. Tambah lagi aku tak berapa nak percaya setelah apa yang berlaku pada aku dan yati di hospital tak lama dulu...
Masa tengah exam yang lepas, yati lelah... so.. aku bawaklah dia pergi hospital kat wad kecemasan untuk rawatan nebulizer... The next day.. selepas aku pergi hospital early in the morning untuk hantar Yati ke wad tu lagi untuk dapatkan rawatan nebulizer sebab dia lelah balik.. aku pun ke ofis sebab nak discuss skima jawapan untuk paper aku yang masuk petang semalam dengan kuli-kuli pecacai lain yang ajar subjek yang sama.. Pas abis discussion tu tetibe si Tini tanya aku... " Akak percaya tak dengan produk yang ada aura-aura ni?" aku jawab aku tak tau nak percaya atau tidak sebab benda tak jelas.. Pas sembang aku balik rumah dan sekali lagi aku bawak Yati pergi ke wad kecemasan untuk rawatan nebulizer kali ke tiga sebab dia masih lelah..
Di wad kecemasan semasa menunggu nama dipanggil, ada seorang lelaki yang bersama anaknya yang duduk bertentangan dengan aku duk memerhatikan aku dan Yati sampai aku perasan tapi tak dalah sampai aku perasan sendiri yang dia nak ngurat aku... hehehe... Tiba-tiba dia menegur aku.. jeng.. jenggg!!
lelaki itu : Anak kenapa?
aku : Dia lelah..
lelaki itu : Selalu ke?
aku : Lebih kuranglah..... setiap tahun memang ada jugak sekali dia kena masuk wad...
Tiba-tiba...... dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya . Nampaknya macam sekeping besi yang bulat dan menghulurkan pada aku...
Lelaki itu : Saya tak taulah awak nak percaya atau tak... tapi cuba sapu kat dada anak benda ini.. sepuluh kali kat dada, lagi sepuluh kali kat belakang... benda ni elok untuk orang lelah... InsyaAllah boleh hilang ..cubalah..
Bila aku tengok besi tu.. aku dah agak dah ni mesti besi aura-aura tu... Aku sebenarnya malas nak melayan tapi bila jantan tu nampak beria-ia sangat.. aku pun ambiklah untuk tidak mengecewakan dia... Pas aku ambik aku pun sapulah benda alah besi aura tu kat dada yati .. Tengah duk buat tetiba Yati dipanggil.. Pas selesai aku pun pulangkan benda alah besi aura tu pada lelaki itu tadi sambil ucapkan terimakasih.. Berbudibahasala katakan..
apa jadi selepas itu? Adakah Yati sihat terus ? Owh tidak sama sekali sebab selepas aku sapu benda alah besi yang dikatakan ada aura tu, anak aku terus ditahan kat wad kanak-kanak selama tiga hari 2 malam ... Hampeh!! Bukan Insyaallah hilang... masuk wad lagik adalah.. Lagilah aku susah nak percaya..