.jpg)
Seronoknya dapat balik rumah mak and to see my mum again..... Aku dah cakap aku nak balik peluk mak dan memang aku peluk mak dan kali ini lebih lama dari biasa. Since my hubby was not around, so just me and my children who went back home. Kami bertolak pukul 5.00pm dan sampai rumah mak pukul5.45 pm. On the way aku singgah kat Petronas nak isi angin tayar belakang sibagak aku. Dah nama fobia...memang aku takkan isi angin tayar dan aku main cekup aje orang yang kebetulan tengah pam tayar mintak tolong isikan angin tayar.. Bukannya susah pun, tapi dah dasar penakut!! Macam biasalahb bila sampai rumah mak yang ada cuma mak dan pembantu rumah dan kucing-kucing mak aje. Anak-anak aku terus meluru ke TV nak tengok Astro. diorang memang cukup excited each time nak balik rumah tok wan sebab kat rumah mak ada Astro. Kat rumah aku astro dah diharamkan terus.. So tengok ajelah apa yang ada. Memang kalau sepupu sepapat diorang tak ada, diaorang mengangalah mengadap TV. aku mcam biasalah bila kat rumah mak aktiviti aku bersantai macam tak ada kerja, cari kucing-kucing mak dan buat operasi cari kutu dan cengkenit sekiranya ada kat telinga kucing dan menyembang dengan mak. Aku cakap dengan mak aku kerintingkan rambut aku kat kedai.. saje je nak buat perubahan baru... Sekali mak cakap aku membazir aje..rambut kaukan dah kerinting? hehe!!! Alaa mak... jiwa muda lagikan... suka perubahan.. Tapi mak lupa zaman muda mak dulu dan masa aku kecik dia angkut aku pegi salun kat bandar Melaka mengkerintingkan rambut siap steam lagi... Punyalah lama dua tiga jam sampai tersenggok-senggok aku tertidur dalam salun tu menunggu mak aku siap kerintingkan rambut. Pastu, balik rumah siap ambik gambar lagi tepi jalan depan rumah kat alai sambil menggayakan rambut baru... hehe! Okehla rambut baru aku since myhubby and mykids menyukai fesyen rambut baru aku ni..
Hari Jumaat tu mak bangun seawal pagi.. Pukul 4.30 am mak dah bangun.. Terkejut dengan loceng jam mak sebab aku tidur kat mak malam tu... Eiii!! pempuan ni !! Dah tua bangka ada laki pun tidur celah ketiak mak lagi... hehe!! Aku tanya mak, "mak nak nak pergi mana awal pagi nih?". Mak kata nak pergi masjid sembahyang sunat sajadah. Entah memang telinga aku tuli sket ke atau mungkin jugak aku tengah duk mamai terkejut dengar bunyi loceng mak.. Aku : " Aaa!! mak nak pegi susun sejadah kat masjid ke? Buat apa mak nak pegi susun sejadah kat masjid?Bilal kan ada!". Tetiba Mak sergah aku : "Mak nak pergi sembahyang sunat sajadahlah!! Kat masjid ada buat sembahyang sunat sajadah bulan rejab ni... Apa kejadahnya aku nak pegi susun sejadah kat situ". Owh !!! Aku dah salah dengarlah tu.... tapi aku tak ikut mak sebab Tuhan bagi aku cuti .. heheh!! Since da dapat cuti tu aku tidur baliklah.
Tengahari Jumaat tu mak ajak aku pergi rumah orang kawin kat kampung berdekatan. Biasalah bila aku tak kenal orang, aku pergi rumah kawin untuk makan ajelah dan untuk menemankankan mak. Lepas bersalam dengan tuan rumah.. dan nak balik , mak buka cerita yang rupanya mak pengantin tu sebenarnya bekas madu adik mak. Owh!! all this while aku tak tau dan tak pernah ambil tahu dan malas nak tahu..
Masa nak balik aku ajak mak pegi rumah kak Rosmina. Dia ni bakal menantu mak yang tak jadik hari tu. Cerita lama.. Nak dijodohkan dengan abang Dzul tapi tak ada jodoh coz abg Dzul dah terberkenan dengan kakak ipar aku sekarang ni. Mak agak berat nak pergi tapi aku ajak jugak sebab baru ni dah pegi rumah dia tapi dia tak ada. Sampai rumah dia barulah we all tau dia dalam pantang 17 hari melahirkan anak ke 8 pada umur 47 tahun dengan suami barunya... Wah!!! Sunguh proaktif!! hehe!! But there's other story selain baby baru dia. Rupanya suami barunya tu bomohlah pulak. Kiranya bomoh macam-macamlah... Kalau duduk kat dia masa dia bakar colok tu, dia boleh tau apa yang sedang berlaku.. aku kalau bab bomoh main asap ni, tak lain medium dia jin lah. Aku pernah tinggal kat Melaka kawasan Alor Gajah yang ada bomoh-bomoh macam ni.. aku pernah jumpa bomoh muda pakai asap rokok masa mula-mula dia nak detact punca. Ada bomoh yang bijik tasbih kayunya sebesar buah limau nipis, rambut yang panjang dan muka tak ada aura yang menyenangkan aku bila memandangnya kata ada dua ekor rimau besar duk jaga depan pagar rumah sewa aku kat alor Gajah Melaka.. Kalao korang berada ditempat aku... mesti korang separuh pengsan atau pengsan berkali-kali korang bila mendengarnya.. Eiii!! So scary!!! Tapi aku takkan pindah hanya kerana rimau besar yang aku tak nampak duk depan rumah aku.. Aku kalau bomoh ni aku malas nak dekat dan pandang... But since mak excited nak minta tolong bomoh tu halau hantu raya yang menginap dan mengacau penyewa rumah sewa abg mie... aku tunggulah jugak walaupaun aku agak cuak dengan bomoh ni. Bomoh tu cakap hanturaya tu hantu belaan yang mana tuan dia dah mati. Dia biasa tinggal kat pokok mempelam besar depan rumah abang tu. Bila pokok tu dah ditebang, hantu tu merayau rayau dan singgah di rumah-rumah yang penghuninya lemah semangat. Since yang menyewa rumah tu lemah semangat jadi dia kacaolah. Penghuni yang sebelum ni dia kacau dengan cara masuk dalam badan anak diaorang time maghrib dan menggaru-garu tangan sampai berdarah.. Bila penghuni lain pulak masuk rumah tu, pernah sekali dia pegang kaki wife penyewa sampai tak boleh berjalan dan pernah sekali pada waktu malam kawan anak dia ternampak kelibat perempuan panjang memakai baju putih nak keluar ikut pintu dapur. Aku tak tau samada aku nak percaya atau tidak sebab sebelum ni abang mie duduk bertahun-tahun kat situ sebelum pindah tak adalah pulak kejadian pelik-pelik... mungkin betul kot cakap tok bomoh tu... so next week tok bomoh tu nak datang halau hantu tu.. Tak lama lepas bomoh tu cakap degan mak senario yang sedang berlaku, dia cakap hantu tu datang dan cakar belakang bahu dia sebab marah dikacau. Eii!! Takuttt!!! aku nak balikkk!!! Adoii!! Mujurlah hantu tu cakar bomoh tu... kalau dia cakar muka aku... abislah muka aku yang comel ni!!! Tidak!!! PANNNG!! oitt pempuan! jangan perasan!! Sedar diri tu sket!!hehe! Back to reality... Mujurla mak tak tunggu lama sebab aku dah macam cacing panas kat situ..
Petang tu aku bertolak balik pukul 4.00 pm. Sekali lagi sebelum balik aku peluk mak lebih lama dari biasa. Aku bimbang pasni aku tak dapat peluk mak lagi... Sampai Dungun pukul 4.45pm dan aku keluar balik ke pukul 6.30pm dengan anak-anak to pick up myhubby yang baru balik dari kursus kat airport. Sampai rumah dari airport pukul 2.00 pagi... hari Jumaat yang sangat memenatkan..