Setiap kali pagi Ahad menjelang tiba, kerap jugaklah hati rasa malas sangat nak pegi kerja... Dah bangun tapi rasa nak macam nak tarik selimut balik aje... Tapi macam biasalah... mana leh malas-malas bila dah ada tanggungjawab kat laki ngan anak-anak ni...
since aku tak buat plan apa-apa masa cuti ni... jadi aku lebih banyak terperap kat rumah tergolek ala buaya kekenyangan spending most of time tengok TV... which is my most favorite activity selain berjalan... Nak berjalan-jalan makan angin dengan anak pun poket dah menipis jadik kena berbelanja secara berhemah lah sikit..
As usual pagi Jumaat, seawal pagi aku dah bangun buat breakfast dengan menunya nasi lemak ..Memang aku jarang beli breakfast kat luar kalau waktu cuti kecuali kalau sekali sekala rasa nak makan something different mcam roti canai ke.. baru lah beli je kat kedai.. Tapi kalau setakat nasi lemak tu, baiklah aku masak dari beli di kedai sebab rasanya nasi lemak aku lebih sedap dari kat kedai lagi... hehe!! ( Dasar pempuan masuk bakul angkat sendiri nih!! hehe) . Kali ni masaknya lebih awal dari biasa sebab myhubby ada kem pelajar kat sekolah dan dia sebagai kem komandan kena ada kat sana seawal 7.30 pagi. Lepak-lepak kat rumah pagi itu dan kemudian aku ke pasar untuk beli barang untuk masak dan keperluan dapur, balik rumah sambung masak untuk lunch dengan memodify lauk sambal ikan bilis nasik lemak aku jadi sambal ikan bilis petai dan tempe plak plus lauk tumis sayur air.. since myhubby was not around sebab sebab dia sembahyang Jumaat kat sana.. terpaksalah aku hantar sendiri si amin dan Naim sembahyanng kat masjid dan sementara tunggu diorang sudah sembhayang, maka tertonggoklah aku kat opis buat apa yang patut. Balik aje dari hantar diaorang sembahyang Jumaat, aku pun memulakan aktiviti yang aku gemari iaitu tergolek macam buaya kekenyangan depan TV. Petang plak, aku bawak anak-anak pergi ke sekolah myhubby sebab nak hantar baju dan toiletries kat myhubby yang terpaksa bermalam kat situ.. Pastu, anak-anak pun dah excited nak pergi tidur dalam khemah kat tengah padang sekolah tu. Tetiba-tiba bila sampai kat muka pagar pintu sekolah, baru aku teringat yang aku terlupa nak bawak kasut sukan myhubby... Nasiblah, nak pusing balik pun dah tak leh... aku dan Yati tak bermalam kat situ sebab aku sendiri rasa tak selesa, jadi lepas magrib aku terus balik rumah.. On the way, aku singgah kat pekan Budaya Dungun menjamu mata sekejap, pastu terus ke bandar nak cari CD Barbie yang aku janji nak beli kat dia... Actually, CD barbie tu terpaksa aku beli sebagai rasuah supaya dia tak nak ikut abang-abang dia tinggal kat sekolah tu. Tengah malam tengah aku bersantai - santai sekali lagi dengan gaya aksi buaya tergolek kekenyangan depan TV si Naim call mintak susu.. dan tak pasal-pasal dia kena sergah ngan aku sebab gatal sangat nak tidur kat sana.. tak ada kuasanya aku nak pergi ke sekolah yang jauh tu semata-mata nak hantar susu di tengah malam buta...
The next day, as usual buat breakfast tapi kali ni lambat sikit sebab kami semua agak suka memperpanjang kan waktu tidur bila cuti... Pastu aku buat operasi kemas bilik tidur secara intensif, tengahari masak untuk lunch dengan menunya masak lemak cili api telur dicampur petai dan pucuk ubi, sawi goreng dan ikan masin.... Lepas tu buat gaya aksi bergolek kekenyangan depan TV macam tak ada masalah tengok hindustan sampai tak sedar diri kena tipu dek si keling... Malam pun sama gak tapi kali ni kena tipu dek omputeh plak..
So, nothing interesting .........