Hari ni Khamis...

esok Jumaat...!! Yaaaaaaaaaahoooooo!! Esok cutiiii!!
Planning aku nak balik rumah mak esok kat Kijal sebab minggu-minggu berikutnya aku sangat sibuk dan tak boleh balik jengah mak. Kalau sempat aku nak tengok wayang dengan myhbby cerita 'The taking of Pelham 123" ... macam sedap aje tengok promo tambah lagi heroes cerita tu si Denzel Washington dan John Trabolta tu semua peberet laki aku dan aku. Tengoklah kalau sempat...... Kalau sempat!! kalau tak kira tunggu DVD pirate keluarlah...
Pagi ni aku gasak mengemas dan buat sedikit perubahan kedudukan perabut kat opis aku... Entah kenapa hari ni aku rasa sangat bosan tengok opis dan meja aku dan aku rasa galok sangat nak kemas opis aku walaupun sebenarnya aku punyalah banyak kerja nak dibuat... Jadi berjalah aku pagi ni mengemas and i'm really satisfied with the new arrangement.....
Sekarang anak-anak jantan aku tengah exam... aku malas nak tanya Amin boleh jawab ke tidak seba dia akan jawab sentiasa boleh dan aku dah boleh agak result dia macamana. First day periksa myhubby tanya anak-anak jantannya boleh jawab ke tidak... Naim dengan rasa penuh confident dan yakin menjawab... " Beres!! Boleh jawab semua.. semua betul!!" membuatkan laki aku terlopong seketika... Ha!! iyalah tu boleh jawab.. ni kalau result periksa teruk... memang aku bagi peluang tidur dengan kucing-kucing kat luar rumah semalam... Pagi tadik aku jerit kat anak aku sebab duk syiok sangat main komputer sambil pakai baju sekolah.... ' aku kata "Ibu pantang dan tak suka anak ibu main komputer awal pagi... Tutup komputer tu!! Nak siap tu siap ajelah... jangan sibuk nak main komputer!! Karang ibu telan masuk dalam perut ibu balik kang...!! Entah kenapa ayat tu boley keluar dari mulut aku nih pagi tadik.. Tetiba laki aku tanya ... " Abah dia ibu tak nak telan ke...? sambil duk sengih-sengih pandang aku menyebabkan aku tak terkata apa...
Myhubby ada beli pouch untuk letak handset dia yang ada lebih dari satu... aku cakap dengan myhubby ..." Abang!! ida rasa sebulan aje abang pakai benda alah tu ! lepas tu... mesti yati yang pakai pulak" .. Sekali myhubby tanya aku balik kalau dia pakai lebih dari sebulan aku nak bagi apa kat dia..lalu aku jawab dengan penuh yakin.." kalau lebih sebulan .. ida bagi 50 hingget"... Sekadar peringatan untuk aku... tarikh dia beli pouch itu adalah pada 24/7.... Just wait and see...
Semalam semasa aku tunggu laki aku ambik tuala mandi bersulam nama sekolah dia untuk diedarkan pada cikgucikgi sekolah dia esok dalam si bagak dengan penuh kebosanan sebab sangat lama seolah-olah laki aku menenun tuala tu, aku pun bukak lah radio Muzik untuk santapan telinga... tetibatiba-tiba aku terdengar lagu yang punyalah sangat tongong sampai aku rasa nak tergolek-golek ketawa mendengar lagu itu... aku tak tau tajuk lagu itu dan aku tak ingat keseluruhan lirik yang tongong tu.. Yang aku pasti lagu itu tentang seorang lelaki yang sangat desperate nak carik bini sebab tak laku... antara lirik yang aku ingatlah...
apakah salahku, apakah salah ibuku
hatiku dirundung pilu..
sampai sekarang tak laku-laku... (lebih kuranglah kot... hehehe)
Timur ke barat, selatan ke utara
tak juga aku berjumpa....
dari musim durian hingga musim rambutan
tak kunjung aku dapatkan
tak jua aku temukan
oh Tuhan..inikah cobaan?
ibu-ibu!! bapak-bapak!!
siapa yang punya anak?
bilang aku..aku yang tengah malu
sama teman-temanku
kerna cuma diriku yang tak laku-laku
pengumuman!! pengumuman!!
siapa yang mahu bantu?
tolong aku.. kasihani aku
tolong carikan aku kekasih hatiku
siapa yang mahu????
aku tak larat lagik nak dengar lagu ni.... Agaknya kalau keling ajak kawin pun dia sanggup sebab terdesak sangat... Nasib baik yang nyanyi ni lelaki... kalau penyanyi pempuan yang nyanyi lagu ni memanglah aku akan kata penyanyi pempuan tu bangang..!!
Aku kena buat soklan exam ... pastu kena vetting... buat soklan exam aku okeh lagi tapi aku pernah pergi kerja tak mandi pagi bahana soklan exam ni... lain kali aku cerita lah... tapi yang aku paling tak larat bila vetting... bikin kepala tingtong....
happy holiday...

True friendship

Everyday is a friendship day to me...

( just click at the picture to see a larger and clear image)




Once in your lifetime...
you find a friend who not only touches your heart
but also your soul
Once in a lifetime
if you are lucky
you find someone as I have found you
Very special people
we can be ourselves with
talk with, laugh with
hope with and believe with...
To ras, nor, dina.. zurin, ctyati, kak ami... thank you for being my best friend.. who always be with me in my sorrow and happy times and for accepting me for whoever I am... I love u all...

Aku dan aura

Sekarang ni orang duk sibuk dengan benda 'aura' ni... Macam-macamlah ada... aura pendantla... gelang aura la.. air aura la... besi aura lah... sampai promote boleh kaya dengan produk aura ni.. Korang percaya tak benda-benda ni? kalau aku memang aku agak susah nak percaya benda-benda ni especially bila tak nampak depan mata.. lainlah kalau panadol ... senggugut je terus telan panadol menstrual....memang hilang sakit senggugut tu.. Tambah lagi aku tak berapa nak percaya setelah apa yang berlaku pada aku dan yati di hospital tak lama dulu...
Masa tengah exam yang lepas, yati lelah... so.. aku bawaklah dia pergi hospital kat wad kecemasan untuk rawatan nebulizer... The next day.. selepas aku pergi hospital early in the morning untuk hantar Yati ke wad tu lagi untuk dapatkan rawatan nebulizer sebab dia lelah balik.. aku pun ke ofis sebab nak discuss skima jawapan untuk paper aku yang masuk petang semalam dengan kuli-kuli pecacai lain yang ajar subjek yang sama.. Pas abis discussion tu tetibe si Tini tanya aku... " Akak percaya tak dengan produk yang ada aura-aura ni?" aku jawab aku tak tau nak percaya atau tidak sebab benda tak jelas.. Pas sembang aku balik rumah dan sekali lagi aku bawak Yati pergi ke wad kecemasan untuk rawatan nebulizer kali ke tiga sebab dia masih lelah..
Di wad kecemasan semasa menunggu nama dipanggil, ada seorang lelaki yang bersama anaknya yang duduk bertentangan dengan aku duk memerhatikan aku dan Yati sampai aku perasan tapi tak dalah sampai aku perasan sendiri yang dia nak ngurat aku... hehehe... Tiba-tiba dia menegur aku.. jeng.. jenggg!!
lelaki itu : Anak kenapa?
aku : Dia lelah..
lelaki itu : Selalu ke?
aku : Lebih kuranglah..... setiap tahun memang ada jugak sekali dia kena masuk wad...
Tiba-tiba...... dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya . Nampaknya macam sekeping besi yang bulat dan menghulurkan pada aku...
Lelaki itu : Saya tak taulah awak nak percaya atau tak... tapi cuba sapu kat dada anak benda ini.. sepuluh kali kat dada, lagi sepuluh kali kat belakang... benda ni elok untuk orang lelah... InsyaAllah boleh hilang ..cubalah..
Bila aku tengok besi tu.. aku dah agak dah ni mesti besi aura-aura tu... Aku sebenarnya malas nak melayan tapi bila jantan tu nampak beria-ia sangat.. aku pun ambiklah untuk tidak mengecewakan dia... Pas aku ambik aku pun sapulah benda alah besi aura tu kat dada yati .. Tengah duk buat tetiba Yati dipanggil.. Pas selesai aku pun pulangkan benda alah besi aura tu pada lelaki itu tadi sambil ucapkan terimakasih.. Berbudibahasala katakan..
apa jadi selepas itu? Adakah Yati sihat terus ? Owh tidak sama sekali sebab selepas aku sapu benda alah besi yang dikatakan ada aura tu, anak aku terus ditahan kat wad kanak-kanak selama tiga hari 2 malam ... Hampeh!! Bukan Insyaallah hilang... masuk wad lagik adalah.. Lagilah aku susah nak percaya..

Entah...

apa mimpi dia tetibatibatiba dia call aku setelah sekian lama dia menyepikan diri setelah berkahwin atau buang tebiat ke apa ...tapi... aku tak kesah pun... so... aku cerita sketlah hajat dia since kalau orang lama senyap sunyi tetibatiba call ni memang selalu berhajat...
Dia : aku call kau ni sebab aku ada hajat ni... kau boleh tolong aku tak?
aku : Boleh... apa dia?
Dia : aku nak mintak tolong kau beli barang avon dalam katalog 1-15 ogos guna no akaun aku boleh tak? Tak kisahlah seratus ke dua ratus ke.. Aku nak beli set periuk untuk wakil avon tu... Lawa periuk tu.. aku berkenan sangat, tapi kena aktif sampai kempen bulan depan!!!
aku : bila kau nak aku order?
Dia : bila kau nak order sok kau sms lah kat aku...... kau adakan no hp aku..?
aku : Ha iyalah... nanti aku order ..
Setelah itu, conversation aku dengan dia pun tamat.... Tak adalah nak tanya aku ni sihat ke.. tergolek ke... rupanya cuma berhajat sahaja..... tak apalah labu... ikut suka kaulah... at least she still remember me... I dont care much dan aku malas nak ambik hati..

Semalam....

masa aku tengah bergolek-golek atas katil sambil berangan-angan merancang nak berpoya-poya kat bandar bila tetibatibatiba angan aku dimatikan oleh sms dari kawan aku merangkap boss aku hantar sms cakap semua staff di minta datang bertugas seperti biasa... Adoii... spoil mood aku... Memang ramai kawan aku yang bengang.. Kawan aku kata hero tamil yang buat arahan tu bongok.... hehe!! aku beritau aje.... Tapi aku rasa dia mungkin jaelous tu... tak nak kerja sensorang... tambahlagi baru ni dia excited sangat nak datang tempat aku sebab bolehlah dia balik peluk bini muda dia.. tapi tak dapat so... dia bengang la.. hahahah!! kalau dia terbacalah entri aku nih... mampus aku kena gulai dek dia... tapi dah nama kuli pecacaikan... datang ajelah... aku tak delah kisah sangat... lagipun aku kalo duk lama-lama sensorang kat rumah boleh mati kutu aku dibuatnya. Cuti atau tidak... rutin aku mcm biasa... dah nama ada laki dan anak sekolah.... laenlah kalau aku bujang.... hehe... bila cuti aje confirm aku hilang... heheh!!
Baru ni aku balik rumah mak mertua aku sebab mak mertua ajak pergi berunding tarikh perkahwinan adik ipar aku di kuala berang. Tak salah aku rumah bakal isteri adik ipar aku tu di Kg Tanjung Baru ..lebih kurang 6 km nak sampai tasik kenyir... Luckily, dioorang punya bahasa kuala berang tak pekat sangat.. understoodla.. tapi kalau kena macam masa aku tanya arah rumah masa aku di Kg Kuala Menjing dulu.. memang terlopong la aku... aku rasa kalaulah aku kawin dengan orang sebelah kuala berang yang pekat dialeknya... kalau diaorang sekeluarga ga sak bantai kutuk aku pun aku iyakan ajelah gamaknya sebab tak paham. Bincang punya bincang... akhirnya diorang kata nak buat majlis masa raya ke 3 ni sebab diorang kata kebetulan anak-beranak dia berkumpul waktu tu... jadi tidak ada yang ketinggalan. Tapi pastu diorang duk pening sebab buat time raya nanti orang kg tak layan sebab sibuk nak beraya... Ala.!!. pada aku bukan susah sangat pun.. small matter aje... kalau tak nak susahkan orang kampung yang nak beraya... upah aje caterer... abis cerita... selesai masalah... Tapi itu tak konpem lagi... tertakluk pada perubahan semasa. cuma sekarang duk pegang pada tarikh tu lah. Jadik raya tahun ni, raya pertama kat umah nampaknya kat umah mak akulah..
Petang sabtu aku balik dungun... on the way aku singgah kat batu buruk sebab kebetulan ada pertandingan watersport kat situ yang baru abis. Masa aku anak beranak sampai kat situ, ada konsert yang penyanyi dari tentera darat duk terkinja-kinja atas pentas. Aku tak kisahlah yang tu... masa aku duk tengok tetiba adalah sorang yang aku kira boleh digelar atuk duk syok sendiri joget sensorang kat tengah-tengah tu. Beria-ia dan begitu semangat dia berjoget sampai berpeluh-peluh tanpa mempedulikan orang disekeliling..Laki aku kata dia orang tua tak sedar diri. Ada jugak orang macam ni. Mesti kaki kelab dangdut ni. Aku kata dia exercise kot bang ... Tapi mungkin orang lain kata dia stim kena dadah... pandangan masiing-masing... apapun... pakcik itu sungguh berani dan dia tak ambil peduli apa orang kata kat dia... memang berani!!
Aku terkejut bila dapat tahu Yasmin Ahmad meninggal.. Aku memang kagum dengan dia sebab bagi aku dia sangat kreatif, berani dan berterus terang... aku memang admire semangat dia dan aku cukup suka dengan filem-filem dia dan semua iklan-iklan yang dia arahkan...aku lebih rela tengok cerita dia dari cerita Yusuf Haslam yang guna bahasa baku dan mendatar dan filem Razak Mohaideen yang macam tongong jek.. apapun, ajal maut di tangan Tuhan... Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Babai yasmin... may you rest in peace and i live in peace..

again... its sharing time

my favorite song from my childhood time till now.. a very nice song... dedicated to all my best friends..


One Day In Your Life (Micheal Jackson)
lyricsSongwriters: Armand, Renee; Brown, Sam Iii;


One day in your life
You'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around,

One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me, somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day


One day in your life
When you find that you're always waiting
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there
You'll remember me, somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day


One day in your life
When you find that you're always lonely
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there

Aku demam

lagi hari ni... Punyalah sejuk mandi pagi tadi sampai berbungkus-bungkus aku dalam selimut macam ulat kepompong yang tertonggeng.... Dasat betullaa!! petang semalam balik dari kerja aku dah demam demam dan sakit badan... Kesian laki aku jadi mangsa... sekejap-sekejap aku paksa dia rasa dahi aku nak beritau yang aku demam sampai naik cemuih dia dibuatnya... Mulalah aku tergolek macam tenggiling sebab tak larat... Tapi bila tetiba laki aku ajak pi makan mee goreng mamak... terus aku rasa macam sihat jek...... hehehe!!! Aku memang ikut perangai mak dan abah bab berjalan ni.... arwah abah dulu kalau setiap kali aku balik mesti dia mengadu demam... 'Aduii!! kepala abah sakit cemi... tolong picit kepala abah ni!!" sambil tangannya memegang kepalanya.. Kenkadang dia cakap.." abah demam" sambil terbaring atas katil... Tapi bila aku atau anak dia yang lain cakap.. " Abah!! Jom kita pergi jalan"... secara automatik dia terus sihat dan bersiap ... hehehe!! Dia boring sebenarnya dan nak perhatian dan anak-anak. Cuaknya aku bila sebelum aku nak naik motor tetiba laki aku sibuk nak pam tayar motor.. All this while dia naik motor tak de la pulak dia sibuk2 pam tayar tu. Bila aku yang jarang sekali naik motor nak naik motor dia terus gatal nak pam.. Aku tau dia perli aku tu dengan cara yang sangat bersopan santun dan berhemah.. So semalam dalam keadaan demam tetiba sihat aku pun pergilah laki bini pergi Restoran Salamath kat berhampiran rumah aku naik motor dengan tak pakai topi keledar. Kalaulah arwah aku ada dan nampak kejadian aku tak pakai topi keledar nih... memang konpemlah berkarung-karung dia mempotpetpotpetpotpet kat aku laki bini ni... Diakan seorang bapa yang sangat berdisiplin yang kenkadang buat aku sangat lemah.. hehehe! Aku rindu sangat kat abah!!
Aku pun tengah risau jugak sebab kat tempat aku sekarang tengah sibuk H1N1. Setakat ni ramai budak yang kena kuarantin dan suspected H1N1.. Most probably kampus ni kena tutup. apapun, aku harap semuanya terkawal..
Aku tambah panik panik dan panik bila semalam budak-budak yang duk serumah dengan budak yang kena kuarantin sebab positif H1N1 datang bilik aku dan aku bertambah-tambahlah cuak dan panik bila budak-budak tu ada yang batuk-batuk dalam bilik aku... Scary weh!!!.. dah lah aku tengah tak sihat.. diorang boleh siap menakutkan aku lagi...
Budak-budak tu: Puan demam ek!! Jangan-jangan puan kena gak!!
Aku yang dah cuak: kau jangan!! Saya da panik ni!! Dah la saya sakit tekak ni..
Budak-budak tu: Ha!! tanda dah ada satu... Puan sakit badan tak?
Aku: Saya memang sakit badan..
Budak-budak: Haaa!! Dah ada dua tanda dah tu!! Selesema puan ada tak?
Aku: Adoii!! Adalah sikit-sikit bersin kerap tu!!!
Budak2 tu: Haah puan!! H1N1 dah!!!
Aku punyalah gila punya cuak walaupun aku rasa aku mungkin tak kena H1N1 sebab aku tak batuk dan sakit kepala yang teramat.. lagipun aku demam tak delah sampai tak boleh bangun. Kalau aku boleh pegi opis dan mengajar tu kira tak serius lagikla. Dua tanda itu saja lagi aku tak de.. Kalau tetiba aku positif H1NI .. memang kena kuarantinlah aku sekeluarga dengan opis mate aku sekali.. Ya Allah.!! lindungilah dan berilah kesihatan yang baik pada hambamu yang nakal dan banyak dosa nih.... amin

Its sharing time.....

Just wanna share with you all this joke which has been emailed by one of my collegues..... Have fun!!!


Subject: Miss Malaysia


One of the main reasons why in recent years the Malaysian Government has always ensured that their Miss Universe representatives were of tertiary level education or higher was because of the followingincident which occurred not too many years ago.It is the final round of the Miss Universe Pageant and the 3 finalists, Miss USA , Miss Malaysia and Miss Sin gapore were being asked 3 simple questions:


MC: The first question is name me an electrical appliance starting with 'L'
Miss USA : Lamp
Miss Sin gapore : Light bulb
Miss Malaysia : LADIO
Judge: No, no, Radio does not start with the letter 'L'


MC: I am going to give you 3 more chances; Now, name me an animal starting with the letter 'L'
Miss USA : Lion
Miss Singapore : Leopard
Miss Malaysia : LABBIT
Judge: No, no, no!


MC: Your next chance. The name of a famous car that starts with 'L'
Miss USA : Lexus
Miss Sin gapore : Lamborghini
Miss Malaysia : Lolls-Loyce
Judge: Oh my God!


MC: I am going to give you one last chance! Name me a fruit starting with the letter 'L'
Miss USA : Lemon
Miss Sin gapore : Lychee
Miss Malaysia , with full of confidence, smiles and says: LULIAN!! ( durian la tu)


This is not the end of the story, the Judge consulted the board of judges to determine if Miss Malaysia should really be disqualified ; and they decided that since Miss Malaysia was having so many problems withthe letter 'L', they decided to give her another chance.


Judge: OK, the final question is : Name me a human anatomy starting with the letter 'L'
Miss USA : Lung (applause)
Miss Sin gapore : Liver (even more applause)
Miss Malaysia : LAN CIAU !

The Judges fainted..!!! "

Hari ini aku...

rasa macam nak demam aje.. semalam tekak aku dah mula sakit jadik petang semalam aku abeskan kelas agak awal tak seperti selalu yang kelas patut abes pukul 4.20. Takkan aku nak paksa tekak aku kalau dah sakit... Silap aribulan daripada dapat mengajar tak boleh mengajar langsung bila tekak dah jammed. Suaralah sumber rezeki aku...
Pagi ni pun sakit lagi dan rasa lenguh-lenguh badan... Tapi bila pagi rasa macam tak sempat ajek nak makan ubat sebab kehidupan rutin pagi aku setiap hari memang rushing sikit especially kalau kelas mula pukul 8.00 pagi..
nak jadik cerita pagi ni kelas aku kat bangunan Rotu... by the way, aku rasa lega sangat sebab kat kelas tetibatibatiba plak dah ada OHP... Ya Allah!! Syukur sesangat-sangat... Aku tak idamkan direct projector... OHP pun kira bagus dah yang mengembalikan mood aku nak mengajar kat situ..
Habih je kelas, aku pun masuk ke dalam bagak dan kebetulan jugak ada student akuyang kebetulan sakit dan aku tumpangkan ke klinik.. Bagak aku ni unik sikit... bila reverse dia pandai menyalak-nyalak memberitahu aku reverse tapi tak pandai nak bertitau ada benda kat belakang... kalau tau kiranya oppsss!! Dah langgar la tu.. owhh!! ada benda rupanya kat belakang!!
So aku pun reverse lah bagak aku bila tetiba-tiba aku terasa bagak aku dah menyentuh sesuatu... Bila aku turun ... wah!!! rupanya bagak aku dah mencabul sebuah motor yang parking belakang kereta aku... Siapalah yang bengong parking belakang bagak aku nih... Serius k!! aku langsung tak nampak ada motor kat cermin sisi kereta aku... dan aku pun memang tak terpikir la plak nak tinjau-tinjau ada motor tak kat belakang... Nasib baik aku reverse slow dan lemah lembut aje.. Jadi taklah teruk sangat kesan cabul tu... cuma kat sticker aje... tapi atas rasa bertanggungjawab... aku suruh jugak budak yang baru sampaicari tuan punya motor yang dicabul itu kat kelas... dah buat kenalah bertanggungjawabkan... So, bila empunya motor yang dicabul tu sampai... aku pun mintak maaf lah kat budak tu bagi pihak bagak aku yang telah mencabul motornya... hehe!! Dan aku bertanya jugak kot-kot dia nak ganti rugi. Tapi budak tu kata tak apa sebab kena kat sticker motor aje... itupun sticker tu macam tercalar sikit aje... Tukang cabul pun luka gak sikit.. tapi small matter... ni kalau myhubby tau nih... memang kena perli kaw-kaw la ..hahaha!! Sorryyyy bang!! Binimu tak sengaja... tak nampakla.. hehehe! Lagipun sibagak tak pandai nak beritaula ada motor kat belakang... Kenkadang memang ada hari yang paling suwei dalam hidup kita..Sekian terimakasih

kenkadang...

aku rasa rumah aku dah jadi macam pusat siber la pulak. Sejak akhir-akhir ni ramai pulak pengunjung terdiri dari kawan-kawan anak jantan aku yang aku tak dapat nak imagine kat mana diorang kenal... hari-hari setiap petang lebih kurang pukul 5.00 diorang dah terpacul depan rumah aku semata-mata nak main game. Ada tu siap datang 3 beradik lagi. Bukan aku tak suka diorang datang rumah aku... Aku ok aje as long as diorang tak buat pelik-pelik dalam rumah aku.. Yang kelakarnya kenkadang aku rasa macam diorang tu pulak anak-anak aku sebab diorang duk mengadap komputer dalam rumah aku, tapi anak-anak aku hilang entah ke mana.. yang pasti Naim gasak duk melanyak basikal kawan dia... Yati kalau tak tidur petang dia pegi rumah jiran depan aku.. Amin buat hal sendiri.. Semalam kan cuti, sekali tengahari semalam adalah sorang kawan Amin tiba-tiba terpacul kat rumah aku nak main game. aku tak kisah but i'm just wondering mak dia tak kisah ke?... kalaulah anak aku peergi merayap rumah orang tengahari buta memang aku libas terus.. Budak tu punyalah asyik main sampai aku ajak makan tengahari pun dia tak nak. Katanya mak tak bagi makan kat rumah orang.. At last dia balik rumah jugak.. Petang dia datang lagi, tapi kali ini dia bawa satu rombongan adik beradik.. Ada lagi satu set 2 beradik dan ada muka baru yang datang rumah aku.... Tapi aku masih tak kisah... Rumah aku memang meriah, ada aje orang datang.. By 7.00pm kawan Amin yang 3 beradik tu balik sebab memang diorang dah maklum time tu je aku dah suruh diorang balik... Bukan aku halau, tapi tak nak makbapak diorang risau dan marah. Tapi ada sorang budak yang baru first time joined the club lekat duk main komputer tu walaupun dah pukul 7.00 sambil dilayan oleh Naim.
Tetiba ...
Naim: Ibu... kawan naim ni tak apa balik lambat sebab mak dia balik lambat.."
Aku : Aaaa!! Habis tu ayah dia mana?
Budak baru yang tengah syok tu: Abah tak ada... pergi kerja ...balik lambat!!
Aku : Habis tu.. Mak mana?
BYTsyok tu : kat umah...
Dan jawpan tu cukup buat aku ternganga dan at last aku suruh jugak budak tu balik...
Malam itu, lebih kurang pukul 9.00 malam tetiba budak kawan amin yang datang rumah aku tengahari buta tadi, petang bersama adik beradiknya terpacul lagi depan rumah aku dan itu adalah kali ketiga dia datang untuk main game yang membuatkan aku dan laki aku ternganga sekali lagi dan berpandangan sesama sendiri kat dapur sebab terkejut bila naim beritau budak tu datang dan dah ada dalam rumah . Begitu berani sekali dia datang dengan basikal... Bila di tanya mak dia mana, dia kata mak dia tak ada pergi mengajar kat sekolah. Balik pukul 10.30mlm yang mana bagi aku mak dia memang guru yang sangat berdedikasilah.Ayahnya pun tiada yang mana aku tak tau ke mana. Bila ditanya mak ayah dia tau tak dia datang sini,dia cakap dia dah pesan kat adik dia nak datang kat rumah aku... aku dan laki dah mula risau tapi budak tu selamba badak aje.. Aku dengan laki aku pulak terlebih risau.. At last, bila dia balik laki aku follow dari belakang dengan motor.. Aku cuma tertanya pada diri sendiri... mcamana mak ayah dia boleh tinggalkan anak-anak kat rumah tanpa pengawasan ya.

It's a ridiculous thing......

Pagi ni aku hantar kura-kura aku yang sakit pi klinik haiwan nak mendapatkan rawatan sebab mata sakit... Mesti korang kata keja bodo dan aku bengongkan!!.. Biasa orang hantar kucing ke pegi rawatan tapi aku hantar kura-kura pulak.. Tapi, semua binatang perlukan kasihsayang k!! Actually dah seminggu kura-kura aku tak makan, biasa dia lincah aje tapi kali ni, aku bagi makan pun dia buat tak tau aje.. Tapi, disebabkan aku tak mau rasa bersalah kalau kura-kura aku mati dan tak mau jadi kejam biarkan kura-kura aku mati dalam kelaparan dan sakit tanpa rawatan jadi aku hantarlah pi klinik. Lagipun aku tak tau nak buat apa nak kasik kura-kura aku sihat balik... aku dah search internet cara merawat kura-kura sakit, tapi aku tak pahamlah istilah ubat-ubatnya... kalu kucing senang aje, bukak aje mulut sumbat aje ubat... at last, aku dah tak de pilihan tawakal aje bawak kat klinik.. Myhubby kata "belilah lagi sekor, dia sakit sebab sunyi tu!! ".. Aku jawab kat laki aku tak ada kuasanya aku nak beli lagi sekor sebab aku tak tau kura-kura tu jantan ke betina ni... dan aku tak rasa kura-kura tu sakit nak menggatal sebab mata dia bengkak... takkan bila dia nak menggatal mata jadi bengkak kot dan sampai tak makan..
Aku sampai di klinik haiwan dengan rasa yang bercampur baur, bimbang diorang tak nak entertain kura-kura aku yang kecik ni dan bantai gelak kat aku . Rasanya dalam banyak-banyak kes binatang sakit, aku sorang aje aje datang sebab kura-kura sakit.. Bila veterinar masuk tengok aje kura-kura tu dia cakap ." Binatang ni duk kat dalam paya aje.." sambil senyum-senyum lalu aku menjawab dengan nada tak puas hati.." Kalau saya lepas kat paya pun, dia akan mati jugak sebab dia tak boleh makan dan dia tak dapat carik makan sebab tak nampak"...
Kemudian veterinar tu pun tiliklah kura-kura aku yang mana aku rasa dalam hati dia mesti bantai gelak ngan kutuk aku seperti ini.." Apalah pempuan ni... kura-kura kecik ni pun nak bawak pegi jumpa aku..."
Lepas dia tilik-tilik, dia pun cakaplah kat aku hasil diagnosisnya.." Kura-kura ni sakit mata ni... nanti pegi farmasi beli ubat titis mata.. letak kat mata dia 2 kali sehari... kemudian saya bagi vitamin , campur 1 ml air dengan secubit serbuk vitamin ni... kasik makan pakai syringe"
Lepas aku balik dari klinik, aku pun singgah kat farmasi beli ubat titis mata which costs me RM 12 untuk si kura-kura wonderpet aku dan bila aku sampai rumah, sebelum aku terus ke opis aku pun tertonggoklah mengadap kura-kura tu memberikan rawatan titis mata dan menyumbat vitamin yang disyorkan yang mana kalaulah mak aku ada kat situ, memang konpem mak aku akan bantai gelak kat aku sambil kata.. 'bodo' .. hehehe!
Tapi, kalau kura-kura aku mati sekurang-kurangnya aku tak lah ralat sangat sebab at least aku dah jaga dia... Yang pasti, this will be the last pet that I'll keep at home... No more tortoise in da house...

Nothing interesting with my holiday

Its Sunday again....

Setiap kali pagi Ahad menjelang tiba, kerap jugaklah hati rasa malas sangat nak pegi kerja... Dah bangun tapi rasa nak macam nak tarik selimut balik aje... Tapi macam biasalah... mana leh malas-malas bila dah ada tanggungjawab kat laki ngan anak-anak ni...
since aku tak buat plan apa-apa masa cuti ni... jadi aku lebih banyak terperap kat rumah tergolek ala buaya kekenyangan spending most of time tengok TV... which is my most favorite activity selain berjalan... Nak berjalan-jalan makan angin dengan anak pun poket dah menipis jadik kena berbelanja secara berhemah lah sikit..
As usual pagi Jumaat, seawal pagi aku dah bangun buat breakfast dengan menunya nasi lemak ..Memang aku jarang beli breakfast kat luar kalau waktu cuti kecuali kalau sekali sekala rasa nak makan something different mcam roti canai ke.. baru lah beli je kat kedai.. Tapi kalau setakat nasi lemak tu, baiklah aku masak dari beli di kedai sebab rasanya nasi lemak aku lebih sedap dari kat kedai lagi... hehe!! ( Dasar pempuan masuk bakul angkat sendiri nih!! hehe) . Kali ni masaknya lebih awal dari biasa sebab myhubby ada kem pelajar kat sekolah dan dia sebagai kem komandan kena ada kat sana seawal 7.30 pagi. Lepak-lepak kat rumah pagi itu dan kemudian aku ke pasar untuk beli barang untuk masak dan keperluan dapur, balik rumah sambung masak untuk lunch dengan memodify lauk sambal ikan bilis nasik lemak aku jadi sambal ikan bilis petai dan tempe plak plus lauk tumis sayur air.. since myhubby was not around sebab sebab dia sembahyang Jumaat kat sana.. terpaksalah aku hantar sendiri si amin dan Naim sembahyanng kat masjid dan sementara tunggu diorang sudah sembhayang, maka tertonggoklah aku kat opis buat apa yang patut. Balik aje dari hantar diaorang sembahyang Jumaat, aku pun memulakan aktiviti yang aku gemari iaitu tergolek macam buaya kekenyangan depan TV. Petang plak, aku bawak anak-anak pergi ke sekolah myhubby sebab nak hantar baju dan toiletries kat myhubby yang terpaksa bermalam kat situ.. Pastu, anak-anak pun dah excited nak pergi tidur dalam khemah kat tengah padang sekolah tu. Tetiba-tiba bila sampai kat muka pagar pintu sekolah, baru aku teringat yang aku terlupa nak bawak kasut sukan myhubby... Nasiblah, nak pusing balik pun dah tak leh... aku dan Yati tak bermalam kat situ sebab aku sendiri rasa tak selesa, jadi lepas magrib aku terus balik rumah.. On the way, aku singgah kat pekan Budaya Dungun menjamu mata sekejap, pastu terus ke bandar nak cari CD Barbie yang aku janji nak beli kat dia... Actually, CD barbie tu terpaksa aku beli sebagai rasuah supaya dia tak nak ikut abang-abang dia tinggal kat sekolah tu. Tengah malam tengah aku bersantai - santai sekali lagi dengan gaya aksi buaya tergolek kekenyangan depan TV si Naim call mintak susu.. dan tak pasal-pasal dia kena sergah ngan aku sebab gatal sangat nak tidur kat sana.. tak ada kuasanya aku nak pergi ke sekolah yang jauh tu semata-mata nak hantar susu di tengah malam buta...
The next day, as usual buat breakfast tapi kali ni lambat sikit sebab kami semua agak suka memperpanjang kan waktu tidur bila cuti... Pastu aku buat operasi kemas bilik tidur secara intensif, tengahari masak untuk lunch dengan menunya masak lemak cili api telur dicampur petai dan pucuk ubi, sawi goreng dan ikan masin.... Lepas tu buat gaya aksi bergolek kekenyangan depan TV macam tak ada masalah tengok hindustan sampai tak sedar diri kena tipu dek si keling... Malam pun sama gak tapi kali ni kena tipu dek omputeh plak..
So, nothing interesting .........

Tak paham betul..

aku dengan perangai budak-budak melayu kat unibersiti nilah. Pantang cuti nak balik, cuti je nak balik umah. Entah apa yang ada kat rumah gamaknya aku pun tak taulah. Belajar tak delah semenggah mana, tapi sibuk je nak balik. Nak kata da ada laki.. tak delah pulak diorang ni sebab muda belia lagi.. Mau aje aku cakap kat Berahim Abu Shah si hero tamil tu tukar polisi pengambilan ... mana-mana budak terengganu antor je belajor kat Segamat ke, Sabah Sarawak ke supaya dioarng tak galok sangat nak balik rumah aje... Duk aje diam-diam kat unibersiti tu belajor... Tapi siapalah aku di mata hero tamil tu... hanya kuli yang menjalankan tanggungjawab aje.. Tadik aku masuk kelas mengajor.. kelas dengan diorang pulak minggu depan hari senin(20hb 7 ni lah) . Kelas mass lecture plak tu combine 2 kelas.. tapi hari senin nih cuti lah plak sebab hari pertabalan sultan terengganu .. aku nih duk berangan nak abeskan silibus awal.. kalau boleh by the time puasa aku dah tinggal 1 atau 2 chapter aje lagi... Jadik tak de lah kepenatan sangat masa bulan puasa ni... Jadik aku saje ajelah tanya diorang nak buat ke tidak kelas hari isnin ni (20/7 ni lah ) memandangkan cuti sehari aje. daripada diaorang melangut aje buang masa merayap ke mana-mana, baik lah attend kelas aku... Aku saje aje tanya nak tengok reaction diorang yang mana aku memang dah agak dah.. Lagipun, tak ada kuasanya aku nak buat kelas waktu cuti walaupun by hook or by crook aku akan ganti jugak kelas tu... Aku pun nak rehat jugak. Apalagi... bila aku cakap macam tu.... macam-macamlah bentuk muka yang budak-budak unibersiti ni tunjuk kat aku yang mana maksud diorang lebih kurang macam ni lah..." Eii!! pempuan ni tak reti ke hari tu cuti.. yang kerek sangat nak mengajar tu apesal ha!! aku dah planning nak balik nih.. " ... Aku tak kisahlah kalo diorang nak balik, tapi yang aku marah sangat sebab diorang ni sanggup ponteng kelas hari ahad sebab nak sambung cuti sampai hari isnin.. Ini sudah tidak bagus bila pentingkan rumah dari masa depan sendiri!! Dioarang ni tongong ke apa!!... Aku memang cukup menyampah bila ada manusia ada otak letak kat lutut.. Teknologi dah canggih sekarang... Hp pun dah ada jenis 3G... sambil bercakap boleh tengok muka lagi.. Kalau rindu sangat kat makbapak, call ajelah... angkat je hp tu.. bukan zaman masa aku belajar dulu.. setiap kali nak call rumah kena beratur berejam-jam kat public phone sampai boleh bergaduh-gaduhla.. Kemudian diorang ni boleh plak kata tak cukup masa lah, sibuklah bila lecturer bagi assignment.. padahal diri sendiri yang tak pandai nak manage masa.. Tengkorak betul la diorang ni!! Sengal!! Bila diorang dah buat muka macam b**i berak kapur tu, aku pun mem'potpetpotpet' sekarung kat diorang biar diorang sedar diri sket tanggungjawab diorang sebagai pelajar.. Jangan nak bersenang-senang sekarang.. nanti tua sok duk menyusahkan mak bapak aje. Aku tau diorang cukup cuak kat kat aku sebab mulut aku cukup jahat pada waktu itu.. Tapi, ada aku kesah... sampai masa duit gaji aku masuk jugak..
Cerita kedua pulak lepas aku abes mengajar tadi aku pegilah kat lori minuman nescafe percuma... Sampai kat situ adalah ramai bebudak yang lebih kurang macam aku yang terhegeh-hegeh nak minuman percuma. Maklumlah Maya Karin yang buat... hahaha! Sampai kat situ aku tengok adalah sorang x-student aku yang masa jadik student aku sanggup kejar aku nak salam siap cium tangan setiap kali lepas abes mengajar... Budak tu tengah cakap dengan kwan aku... Betapa bagusnya budi bahasa budak ni... aku spend masa berdiri kat situ agak lama jugak.. Tapi, selama aku berdiri kat situ, tak ada pun nak tegur aku ... nak salam cium tangan apatah lagi... Boleh buat tak tau aje macam aku ni orang asing... Hipokrit betul budak ni!!!Macam dia ni, kalau ada kelulusan dan cerdik setinggi mana pun tapi budi bahasa tak ada tak ada gunanya... Aku tak expect dia berlari kat aku dan peluk cium aku or whatsoeverlah!!... at least, tegurlah sepatah dua kata since aku dah tertonggok berdiri depan kau. It's just the matter of courtesy and respect to your lecturer tambah lagi aku mengajar dia 2 semester tau.. Tapi, macam biasa.. aku tak amik pot pun... Ada aku kesah dengan bebudak hipokrit macam ni sebab berlambak lagi budak yang sanggup kejar aku, salam, cium sampai nak jilat tangan aku... hehehe!! apapun good luck to her la... kalau dia keluar esok kerja dengan buat perangai hipokrit tak de budi bahasa.. dia taulah untung nasib dia..
Cerita ketiga... lepas minum minuman percuma si Maya Karin tu, aku pun terusla pi ke pejabat kat bawah sebab nak beli air mineral.... sekali aku tengok kat pantri ada nasik minyak... Aku pun macam biasala... pperamah kan... aku pun tanyalah kat sorang staff kat situ..." makanan tu untuk public ke? " But to my surprise, dia boleh jawab lebih kurang macam nilah " kitorang semua kat sini belum makan lagi " macamlah seolah-olah aku ni lapar kebulur sangat dan hadap sangat nasik minyak tu sampai aku boleh habiskan semua lauk dan semua nasik dalam bowl nasik yang besar tu... Apa kaitan nya soklan aku dengan diorang yang tak makan lagi... Bukannya aku tanya yang aku boleh makan ke tak nasi minyak tu sekarang sampai abes licin pun kat diorang tu!! Eh kalau diorang kata public pun aku takkan makannya nasi minyak tu sebab nasi minyak tu bukan favourite aku pun... Dalam tahun ni, adalah 4 kali aje aku makan nasik minyak... itupun kat rumah orang kawin. Lagipun aku dah kekenyangan macam ular sawa sebab minum air nescafe percuma... aku tibai sampai 4 cawan lagi tau!!...
Esok cuti!!!.... eii seronoknya even I don't have any plan for tomorrow!!!! Abes-abes pun... memanjangkan waktu tidurlah... hehehe!! Have a nice day!!!

What is.....

the meaning of 'friends' to all of you?

kongsi masa ketawa hahaha? atau masa sedih.. :-( ?

Masa senang atau masa susah?

Mesti depan mata? Kalau jauh tak main?

Sedia mendengar atau none of my business? Atau Lantak kaulah.. jangan sampai menyusahkan aku..

Sedia terima kekurangan dan kelebihan apa adanya atau nak yang bagus sahaja?

Sentiasa ingat atau bila susah aje baru nak ingat....?

bila nak jual barang? Kalau tak beli, langsung tak jengah muka... senyap terus...

Masih ingat sms mahani kepada aku tak lama dulu.... Sahabat macam main bola ragbi... bila dapat lindungi... sahabat ibarat jari... lukanya sembuh sendiri...

To realize the value of a friend: Lose one


"A friend cannot be considered as a friend until he/she is tested in three occasions; in time of need, behind your back and after the death. (Ali ibn Abi Tali r.a)"

Do you really appreciate your friend?


A simple post but very meaningful one...

kelas dan hantu

hari ini aku masuk kelas budak engineering untuk mula mengajar bila aku dapati bilangan kekasih aku lebih ramai dari biasa, lalu....

Aku : Eh!!! Bukan kelas saya 11 orang aje? kenapa tetiba aje berlebihan ni?"
kekasih2ku: Baru update puan
Aku: apa dia update? Ada sesiapa nak jawab kenapa tetiba ramai ni? Kenapa tak datang kelas saya hari tu...?

Setelah menunggu jawapan dari kekasihku tetapi tiada yang menjawabnya...lalu:

Aku : Atau awak nak cakap dengan saya" Puan, saya memang nak datang, saya semangat nak datang kelas puan hari tu... tapi entah macamana tetiba sampai di atas jambatan saya telah diculik oleh hantu kopek dan saya telah disorokkan bawah kopek dia puan... Besarnya kopek dia lebih besar dari saiz saya samapai saya naik pening puan" atau mungkin jawapan saya seperti jawapan B iaitu .." alaaaa!! first day!!! lepaklah!!! tak belajar lagi punyalah..!! ha !! pilih!! Jawapan A ke B?"

Ada yang gelak dan ada yang termewek-mewek senyum sebab malu.. Dan tiada sanggup yang memberi jawapan dan aku pun mula mengajar ....

Semasa aku mengajar tetiba pintu terbuka dan tertutup sendiri.. eeii.. ngeri!! lalu..

Aku :" pintu ni berpuaka gamaknya...."

Kekasih2ku : Hantu datang kot puan (sambil gelak-gelak)

Aku : hantu apa yang datang ? hantu kopek? sebab saya panggil tadi... Awakk niii!! sebut je hantu kopek buakan main seronokkknyaaa!!! (Diorang terkena lagi!!)

tidak lama kemudian sedang aku mengajar tetiba aku diganggu lagi oleh jeritan dan hilaian student lelaki mana tah yang sedang bergalok sambil turun tangga bertentangan dengan pintu kelas aku... dan aku telah tunggu diorang sampai betul-betul depan pintu kelas aku sambil mengajar.... Sebaik saja diaorang turun ....
Aku yang berdiri di pintu : " Hah!! apasal ni? histeria ke? Kalau awak histeria saya nak panggil ustad bomohkan awak?
Salah seorang dari budak-budak yang macam histeria tadi: "Tak ada puan!! Dia ni berlakon nak jadi hantu..." sambil menuding ke arah kawannya yang tersengeh-sengeh kat aku..
Aku : Apa ? berlakon jadi hantu? Ha baguslah!! Berlakonla jadi hantu kopek!! Sorok orang bawah kopek awak!!! ( Dengan nada suara yang kuat sampai ke blok hujung boleh dengar)
Kekasih2ku dalam kelas dah bantai gelak sebab diorang dah terkena tadi dan budak-budak lelaki yang bergalok macam kena histeria tadi terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang pun.... Dan aku terus mengajar seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku sehingga pukul 2.05 ptg tanpa mempedulikan kekasih2ku yang mula buat muka sambil berfikir " bilalah pempuan ni nak abes mengajar!!" Hehe!! Ada aku kesah!!!

Ku pinggirkan sayu

It was thursday when we went to Kuantan for holiday. Aku sengaja bawak anak-anak aku pi Kuantan naik bas sebab aku nak diaorang merasai pengalaman naik bas. All this while Naim dan Yati tak penah naik bas ekpress. Myhubby dah ke Kuantan awal lagi sebab berkursus. So, kiranya aku dan anak-anaknya hanya memberatkan luggagenya on the way back.. Tak apelah ... sesekali... Since kitaorang ikut kemudian, dia bawak kereta masa pegi, kalau tak dia naik bas je kalau pegi berkursus di Kuantan. kitaorang punya objektif hanyalah untuk pi mandi kolam, jadi disebabkan hotel myhuby menginap tiada kolam renang, kitaorang booking hotel Grand Continental yang duk bersebelahan berjaya Megamall. Luckily, masa kitorang sampai kat stesyen bas ekpress dungun, bas Plusliner pun sampai... My kids were so excited sampai aku tak larat nak layan pertanyaan si Yati yang terlalu banyak..." Ibu, jauh lagi ke?" , "Ibu! Bila kita nak sampai?" ,'Ibu!! Dekat dah ke?"... itu tak termasuk amin dan naim yang tak reti duduk diam... siap boleh bergaduh lag!!! Padahal seat dah sorang satu tu!! Pening aku!!Tak nak dah bawak diorang naik bas lepas ni...
Sampai kat terminal bas makmur di Kuantan lebih kurang 7.45 pm. Myhubby picked us dan terus hantar pi hotel sebelum pegi sambung kursus... as usual la my kids bila masuk je bilik hotel yang ada bathtub, terus sibuk nak bukak baju pi mandi.. Tetapi, niat nak mandi terbantut sebab aku paksa diorang ikut aku pegi megamall untuk 2 sebab .Pertama, selipar Yati dah putus, so kena cari baru... Kedua, nak pegi cari seluar mandi untuk Amin dan Naim sebab seluar mandi diorang tak de. Pastu mengada-ngada pulak tak nak mandi pakai seluar dalam.. Tapi seluar mandi diorang punyalah mahal, lebih mahal dari kain dalam aku.... Tapi kesian kat diorang muka dah tonyok je nak seluar mandi, terpaksalah aku belikan... before balik hotel, aku sempat lagi pergi makan sushi kat sushi Noya tu... nampaknya Amin aje suka makan sushi, naim dan yati nampak tak begitu excited.. Balik hotel diorang terus bukak baju dan terjun dalam bath tub... kejap-kejap kang ada orang melalak, kejap kang bunyi orang bergaduh... lantaklah korang... aku macam biasa macam buaya mengadap TV... hehe!! lebih kurang sepuluh malam myhubby abis kursus, kitaorang keluar lagi sekali untuk supper kat Tanjung Lumpur since myhubby belum makan malam lagi... lebih kurang pukul 12 pagi, anak-anak pun dah tertidur kat seat belakang, myhubby bawak aku round lorong gelap di Kuantan... ala lebih kurang lorong haji Taib la.. tapi lorong seperti ini takada di mana-mana lorong di terengganu dan Kelantan... kalau lalu belakang bangunan lorong ni dipenuhi oleh lelali-lelaki yang nak sangat jadi perempuan tapi tak dapat.... sedang bersantai, ada yang tunggu orang dan ada yang sedang berurusan dengan orang yang hendak mendapatkan khidmat sosial... Serius u!!! Ada yang sangat lawa mengalahkan perempaun... Kulitnya halus dan mulus begitu seksi... No wonderlah... ramai orang bujang lelaki kat KL suka kat lelaki dari orang perempuan yang ori. The next day was the most happiest day to my kids. Lepas breakfast .. diorang gasak mandi kat swimming pool dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 11.00 am. Itupun dah puas ajak naik tapi tak nak... since tak ramai budak yang mandi, diorang conquerla swimming pool. Tapi tak leh lepas diorang mandi tanpa kawalan sebab situ tak ada swimming pool untuk budak-budak.. Diorang boleh mandi kawasan cetek aje.. Aku sampai tak larat nak tunggu budak-budak tu, dari relax duduk atas kerusi santai tepi kolam sampi aku pindah duduk atas lantai tepi kerusi sebab nak elakkan panas matahari yang semakin panas.. Letih la tunggu diorang mandi!! Tak puas lagi mandi kat swimming pool, diorang sambung mandi kat bathtub sampai 11.45 am.. Pukul 1.00 baru kiorang checkout bila myhubby abes dari kursus... Since we're in the mood for holiday, we all planned tuk stay mana-mna hotel yang ada swimming pool lagi... But surprisingly, semua hotel sepanjang jalan from Kuantan samapi Kemaman semuanya penuh.. except for Eastern Pavillion rasanya... tapi gilalah aku nak stay kat situ sebab kos satu bilik semalam kat situpun dah mahal 1/2 kali ganda dari hp baru aku.. So, at last baliklah kitorang kat Hotel Jalan melati yang percuma seumur hidup.... Tapi dengan janji, esoknya pegi mandi kat Minda Talong...

Amin dan yati kat swimming pool

The next day(Friday), early in the morning aku, myhubby and amin pergi jogging di tepi pantai... Membakar lemaklah kononnya since hari sebelumnya aku n myhubby gasak menternak lemak dengan makanan-makanan yang berlemak dan berkolestrol. Tapi, jogging tak semacam mana... pastu boleh makan yang berat-berat masa breakfast kat kedai makan... balik dari joging, aku terus ke pasar dengan myhubby beli keperluan dapur. Balik aje dari pasar aku terus masak dan bersiap-siap untuk piknik kat kawasan perkelahan sungai kelemin yang terletak on the way ke Kuala jengai. Menu aku pada hari itu ayam goreng berempah, singgang tongkol, budu berbinkan buah binjai dan cili api yang memang sedap... Sampai lebih kurang kat pukul 3.00 pm kat sana. Masa sampai, hujan baru berhenti, air sungai masih jernih tapi sedikit laju..Anak-anak aku bukak khemah sambil bergaduh-gaduh. Aku dan myhubby makan dulu sebab lapar teramat dan yati dah masuk dalam air... Aku tak boleh imagine diorang boleh tahan mandi dalam air yang sejuk sampai berjam-jam. We spent there macam orang tak ada masalah dan tak ada kerja nak dibuat sampai pukul 6.00pm. waktu tu air sungai pun nampak dah semakin banyak, laju, keruh dan sedikit menggerunkan sebab hujan lebat kat hulu sungai.. On the way back, boleh pulak berenti tepi jalan makan durian dan we all sampai rumah just nice masuk waktu maghrib... That's why aku seronok setiap kali tiba hari Jumaat dan Sabtu... Cuma, anak-anak aku beruntung, diusia muda diorang dah kenal hotel dan dah tahu istilah 'Check In", swimming pool, Kenny Rogers, KFC, McDonald, Zoo Taiping.. sedangkan aku dulu hotel aku betul-betul menginap kat hotel masa buat degree, itupun because of assignment. kenny Rogers dan Sushi aku kenal dan merasa masa aku mula kerja... KFC masa sekolah dulu hanya mampu pandang dan telan airliur aje... Kalau abang-abang aku tak bawak aku pegi makan, tak adalah aku merasa makan kat KFC kat dan mcDonald. Mungkin juga aku tak berkemampuan dan abah pun bukan orang senang cuma polis berpangkat Lans Koperal bawak Land Rover with extra baggages... dan kerana itulah aku belajar bersungguh-sungguh walaupun dulu aku dianggap kategori tongong dalam famili aku supaya aku boleh dapat apa saja yang aku nak seperti sekarang...






Kawasan perkelahan sungai Kelemin.. I thought it was Sungai Kelamin... rupanya bukan.. hehe


Khemah yang dipasang oleh amin dan naim sambil bergaduh..











Happy je diorang ni macam tak ada masalah langsung... Diorang hanya bermasalah bila time baca buku dan exam..



Its time to go home.....





A sweet lie..

Cerita yang telah dijerukkan menjadi asam...


Pada suatu petang di bulan Ramadhan myhubby tetibatibatiba plak nak buat kuih untuk berbuka puasa. Kalao nak tunggu aku buat memang tak terbuatlah sebab aku sibuk nak mask untuk berbuka. Kalau sempat aku buatlah yang simple-simple kalau tak kira takdelah. aku memang tidak mencaralah laki aku ketika dia masak sebab aku sendiri tengah sibuk masak... Alhamdulillah !! sebab laki aku tolong masak dan menu kuih yang dimasaknya adalah roti celup telur... aku tak amik pot sangat bahan apa yang dia guna... sibuklah katakan... cuma tak salah ingatan dan mata aku memandang myhubby ada guna oregano.. Then, siaplah batch pertama yang dia masak... masalahnya aku dan dia puasa, jadi terpaksalah dia memanggil salah seorang dari anak-anaknya yang tengah main kat luar untuk merasa kuih roti celup telurnya itu..... Kalu sedap, memang dia akan riaklah dengan aku... hehe!! dan jadi mangsa dan jadi tukang rasa adalah si Naim... lalu dia pun mengambil sepotong roti yang siap dimasak dan dimasukkan ke dalam mulut.... Lalu bapaknya bertanya... " Sedap tak?"... Lalu naim menjawab ..." SEDAPP!!" dan terus berlari keluar bersama roti yang dipegangnya.. Apalagi... bapaknya sudah kembang bila si anak kata sedap.... " Sedap Ida!!! Tengoklah siapa yang masak" kata myhubby kepadaku dengan nada sedang kembang... tidak lama kemudian di tengah ketawadhukan aku dan laki aku kat dapur, tetiba laki aku bersuara.. " Eh !! sedap ke tidak aa roti tu? Apasal Naim lepas kata sedap dia lari keluar aaa!! Tak puas hatilah, nak panggil naim sekali lagi rasa, pastu nak tengok dia buat apa" .. Lalu myhubby pun memanggil naim sekali lagi yang sedang khusyuk bermain di luar dan menyuruh Naim merasa roti yang telah baru masak sekali lagi... Dan tanpa sebarang bantahan naim pun ambil lagik sepotong dan menjamahnya... Bapaknya bertanya lagi " Sedap tak naim? " lalu dijawab oleh naim.. "SEDAPP!!" dan dia terus berlari keluar bersama roti yang dipegangnya... kali ini, bapaknya mengikut naim dibelakang... dan bapaknya tergezut yang teramat bila melihat naim sedang membaling roti yang dirasa dan dipegangnya tadik dalam longkang dan aku bininya ... hehehe telah gelakkan lakiku yang tengah kembang tetiba mengecut... sungguh keji aku ini... Sorry bang!! Dan akhirnya roti tu kalau tak silap aku abes jugak sebab sayang membazir cuma selepas dari hari itu sampai ke hari ini myhubby dah tak buat roti telur lagi... hehehe!!! until now... tak boleh percaya kat naim lagi kalau bab rasa makanan... dia tak tau nak kata tak sedap kalau makanan tu memang tak sedap.... Semua sedap...

Abes beban minggu pertama.....

fuh!!! lega!!! Selesai tugas minggu pertama..... alhamdulillah!!!
I'm started to get familiar with new faces and new classes... dunno what will happen next... Ahh!1 Biaq pi lah!! Malas nak pikir.. bikin kepala tingtong aje.... Juz make life easy!!!
Oleh sebab itu....... I can't wait for tomorrow...... Its time for holiday and breakaway!! I have planned already for tomorrow.... Nak bawak anak-anak pi mandi kolam dan overnight kat Kuantan.
Owwh!!! Dua orang Mamat yang buat bijik mata aku bebulu tuh tak masuk kelas lagi hari ini... Tak taulah sebab apa... Mungkin sesat tak jumpa kelas kot... atau duk honeymoon lagi kat rumah. tapi kalau dioarang masuk kelas lain ok gak... Aku dah cemuih tengok muka diorang... Hahaha!! Tapi kalau diorang masuk kelas aku minggu depan , aku akan sental diorang cukup-cukup sebab hari pertama je dah tak datang kelas macam Unibersiti ni mak bapak diorang punya dan diaorang boleh buat sesuka hati Makbapak diaorang je.... Eii!! Sengal!! Kalau dapat seratus orang budak macam diorang ni.. mau sakit jantung aku dibuatnya...
Kesian pulak kat En latep masuk wad sebab stroke.. dengarnya mild attack tapi dia tak larat... aku tak dapat nak menziarah dia kat wad sebab aku ada planning lain... Tak boleh elak... nantilah aku melawat kat rumah, lagipun dia jiran aku kat jalan Melati tu. Biasalah bila dah semakin tua, penyakit senang nak hinggap.. Harap sangat bila aku tua sok aku tetap sihat dan bertenaga seperti masa muda walaupun waktu itu aku dah berkerepot seribu..... AMIN!!!!

Aku tak dapat nak bayangkan

macamana anak-anak aku tiga beradik tu boleh berjalan kaki ke pasar malam berhampiran rumah semata-mata nak beli air macamlah rumah aku tak ada air tanpa meminta izin aku dan myhubby. Pasar malam tu ada setiap petang isnin dan jauhnya lebih kurang 500 meter dari rumah aku. Tapi aku discover pasal pasar malam tu petang semalam bila si Yati terbukak cerita yang dia pegi pasar malam dengan abang-abang dia kat bapak diorang. Bila si adik dah terbukak cerita, maka si abang- abang terus panik... Dan bila bapak dia report kat aku, punyalah aku terkejut dan hangin satu badan. Aku dalam tahun ni pun tak penah sampai lagi kat pasar malam di situ walaupun dekat cheh je dengan rumah aku, anak-anak aku boleh dah sampai kat pasar malam tu siap membeli lagi. Aku memang tak suka pegi pasar malam dan aku memang tak minat nak beli makanan yang tak pasti bersih atau tidak masa membuatnya di situ. Lagipun, lebih baiklah aku masak di rumah atau makan kat kedai masakan yang siap panas-panas daripada beli di pasar malam. Kalau aku pergi pun sekadar nak menjamu mata aje, itupun dalam setahun adalah 2 kali je , kenkadang tak pernah sekali pun aku pegi. Aku marah diorang pergi pasar malam sebab aku bimbang diorang kena culik ke apa ke kat sana sedangkan aku tak tau diorang ke mana. Yang jadi laksamana si Amin, temenggung si Naim dan rakyat jelata tukang ikut si Yati. Patutlah petang isnin tu Naim tanya aku yati boleh minum air batu ke tidak... lepas tu, tiga-tiga beradik tu hilang... aku ingatkan pergi main rumah kawan sebab sebelum Maghrib diorang dah ada kat rumah. Aku sampai tak tau nak kata apa sebab terkejut... Tapi semalam aku dah kasik warning sama itu 3 beradik.. kalau aku dapat tau diorang pegi pasar malam tanpa izin, memang tiga beradik tu aku libas kat pasar malam tu jugak, aku benar-benar maksudkannya dan anak-anak aku memang maklum yang aku pasti buat seperti apa yang aku cakap.. Memang bukan senang nak kawal anak yang dah besar dan panjang akal... Harapnya lepas ni diaorang tak buat macam tu lagi... aku tak nak tragedi jazlin dn shalini terjadi pada anak-anak aku... Mintak dijauhkan!!!

Tetiba aku rasa

sakit kepala bila melihat kelas di bangunan ROTU. Before this aku tak pernah pun mengajar kat situ even aku pun tak tau kelas itu wujud dan di mana letaknya. So, before kelas aku pun roundlah untuk mencari kelas aku supaya nanti aku tak terlewat masuk kelas sebab tersesat. Tiba-tiba aku rasa nak separuh pengsan dan nak meleleh air mata aku bila melihat bangunan itu yang exactly macam bangunan polis Bukit kepong dalam cerita Bukit Kepong tu. Bila masuk dalam kelas untuk mula mengajar, hati aku jadi sebal dan sebak bila melihat kelas kat situ tak ada OHP. Macamana aku nak mengajor nih? takkan nak tulis je kat whiteboard sedangkan aku dah penat-penat prepare transparency. Lagipun banyak beb!! Bukan subjek mengira nih... subjek theory pulak tuh..Bila aku tanya pihak yang bertanggungjawab, diorang kata tak ada spare OHP ... Habis tuh!! Macamana aku nak mengajar diaorang selama satu semester ni? Dahlah tu, 3 bijik tau kelas kat situ... aku memang tension tau!!!! Aku tak kisah lagi kalau mengajar kat kelas kecik ke, bangunan kayu ke sebab itu lebih baik dari mengajar bawah pokok... Aku pun tak kisah mengajar kat stadium ke, masjid ke as long as OHP ada.... Bila yang paling penting tu tak ada, memang spoil mood tau nak mengajar... Anak murid aku setakat ini ok lagi...cuma aku rasalah diorang rasa cuak jugak dekat kekasih baru diorang yang sedikit keji nih!! Nasiblah kau jadi anak murid aku... Telanlah walau pahit macamanapun. Aku dah cakap dengan diorang, aku aktres terbaik... kalau diorang nak aku jadi baik, aku boleh jadi baik tapi kalau tetiba diaorang nak aku jadi keji, automatically aku boleh jadi monster yang sangat keji dan sekelip mata juga aku boleh berubah jadi sangat baik lepas jadi monster yang sangat keji... Yang aku herannya, sekeji-keji aku nih ada jugak budak yang sanggup nak mengadap muka aku nih sampai bersemester-semester. Diorang ni tak cemuih-cemuih.... ataupun mungkin diorang dah terpaksa kot.... hati dah cemuih tapi dah tadak choice.... hehe!! Whateverlah!! Tapi 2 orang mamat yang buat aku bebulu bijik mata tu belum masuk kelas lagi.... Esok kot!! YA Allah!! Berikanlah kekuatan dan kesabaran untuk aku mengadap muka 2 orang mamat tu!! ataupun... redirect diorang masuk kelas lain... AMIN!!

Bila nak bertemu kekasih...

Entah kenapa aku sangat berdebar-debar nak jumpa kekasih-kekasih baruku bermula esok. Feel like butterflies in my stomach. Kekasih-kekasihku memang ramai, kenkadang aku dah tak ingat langsung muka diorang dek ramai sangat. Kekasihku bersilihganti setiap semester. Ada kekasih satu semester. Ada kekasih yang begitu setia sampai dua tiga semester masih sanggup mengadap muka aku. Tapi itulah aku, sentiasa berdebar bila nak berjumpa kekasih baru macam anak dara yang nak kawin esok. Bukan apa, i'm just worried if they do not meet my expectation. Tetapi yang pasti, diorang kena tahan dengan kerenahku. Dah jadi kekasih aku, sabor ajelah.... Dalam hidup diorang kat sini, tiada kekasih lain yang penting selain dari aku. Kalau dia orang melupakan aku dan sia-siakan aku selama menjadi kekasih aku, they'll be in a big trouble. Memang nahaslah diaorang ni. hehe!!
Dalam ramai-ramai bekas kekasihku, aku ada sedikit bebulu dengan sorang ni... dulu kekasihku dua semester, now she becomes my collegue. Just joined unibersiti ni sebulan yang lepas. Mula-mula tengok muka dalam gambar dan namanya aku dah rasa dia ni bekas kekasihku... Cuma dia ni jenis kekasih dekat di mata jauh di hati selama 2 semester sewaktu dia jadi kekasih aku. Bila dah tamat dia jadi kekasih yang jauh di mata jauh di hati pulak and i never bother about her. My principle is so simple, I'll be like what you expect me to be. Kalau lepas jadi kekasih aku, kau nak ingat aku dan sentiasa dekat dihati walau jauh di mata, then i even can be your best friend. But if you don't want, that's it lah... So, aku tunggu jugaklah kot-kot ex-kekasih aku ni drop by at my office just to say "hi". I never expect her to buy me lunch or whatever. It's the matter of courtesy and respect to your new collegues as they were your lecturer before. Tapi haram.... langsung tak ada , sms jauh sekali. But I'll know... sooner or later she'll find me... Mana kau nak lari ... kalau kau ajar management, kau akan cari tok guru kaulah... Dan tekaan aku tepat bila tiba-tiba aku terima sms dari dia semalam , " Salam, ****** here, Ur x student tapi now kat **** ****. Bila Pn free? By the way, saya pun ajar management this sem. Boleh mtk tunjuk ajar dari puan?" . Jengah muka pun tidak, tiba-tiba ingat aku time nak mintak tolong je. hari ini dia datang berjumpa aku dengan muka manis.... aku cuma bagi pinjam buku teks yang aku tak guna dah aje. Luckily kau tak kata nak mintak semua yang aku ada.... Kalau tak, memang ada nak kena terajang sampai ke bukit bauk.. I will not teach her again because she's qualified enough and is paid to teach... so she need to prepare notes by herself.... If you want other people to teach you a simple and easy subject, then don't be a lecturer.. Kira dia beruntung ajar subjek senang dan sikit aje, berbanding dengan aku dulu masa mula mengajar... kena buli sampai 4 subjek kena ajar... pendekata kalau kalau kena gaya boleh terlupalah pakai kain pegi mengajar..... Apapun, I wish her good luck.. sekarang dia akan rasa seperti mana yang aku rasa masa mengajar dia dulu... hehe!!
before I stop, esok akan jadi bermula hari sibuk buat aku... Pagi tadi ada satu kejadian that really touched me... Aku nampak ada seorang bapa yang pada aku very caring and loving di depan kereta aku semasa menghantar anak ke sekolah.... Hari-hari aku terserempak dengan kereta dia sebab anaknya satu sekolah dengan anak aku... even anak dia jugaklah naim suruh datang main kat rumah waktu kena denda dek bapaknya dan sekarang setiap petang dengan penuh setia datang rumah aku bermain dengan anak-anak aku. Bukan setakat anak dia salam dan cium tangan, dia cium anak dia dan bila anak dia nak masuk pagar, si ayah bagi flying kiss lagi kat anak... inilah kali pertama dalam hidup aku aku lihat bapa yang begitu penyayang... Aku cuma harap satu hari nanti anak dia pun akan menyayangi dia lebih dari kasihsayang seorang bapa pada anaknya..... Kalau dah besar nak menyusahkan makbapak.. baik kasik racun je.... hehe!!
Lagu 'cuba' from Faizal Tahir ni ditujukan khas buat ras dan noor dengan ucapan... selamat mengajar dan bersabarlah dengan kerenah kekasih-kekasih barumu... Kalau dapat yang jenis tak sedar diri tu, gonyoh aje dengan clorox dan berus dawai... hehe... Good luck!!

Introducing.....

the new member of my parfurms collection..

Name : FEMME by Hugo Boss
Membership date : 3rd July,2009
Note : Bertambah lagilah botol minyak wangi... dan kalau mak aku tau nih... berkarung-karung jugaklah dia mempotpet' kat aku....



A journey back to...

my mum's house...



Seronoknya dapat balik rumah mak and to see my mum again..... Aku dah cakap aku nak balik peluk mak dan memang aku peluk mak dan kali ini lebih lama dari biasa. Since my hubby was not around, so just me and my children who went back home. Kami bertolak pukul 5.00pm dan sampai rumah mak pukul5.45 pm. On the way aku singgah kat Petronas nak isi angin tayar belakang sibagak aku. Dah nama fobia...memang aku takkan isi angin tayar dan aku main cekup aje orang yang kebetulan tengah pam tayar mintak tolong isikan angin tayar.. Bukannya susah pun, tapi dah dasar penakut!! Macam biasalahb bila sampai rumah mak yang ada cuma mak dan pembantu rumah dan kucing-kucing mak aje. Anak-anak aku terus meluru ke TV nak tengok Astro. diorang memang cukup excited each time nak balik rumah tok wan sebab kat rumah mak ada Astro. Kat rumah aku astro dah diharamkan terus.. So tengok ajelah apa yang ada. Memang kalau sepupu sepapat diorang tak ada, diaorang mengangalah mengadap TV. aku mcam biasalah bila kat rumah mak aktiviti aku bersantai macam tak ada kerja, cari kucing-kucing mak dan buat operasi cari kutu dan cengkenit sekiranya ada kat telinga kucing dan menyembang dengan mak. Aku cakap dengan mak aku kerintingkan rambut aku kat kedai.. saje je nak buat perubahan baru... Sekali mak cakap aku membazir aje..rambut kaukan dah kerinting? hehe!!! Alaa mak... jiwa muda lagikan... suka perubahan.. Tapi mak lupa zaman muda mak dulu dan masa aku kecik dia angkut aku pegi salun kat bandar Melaka mengkerintingkan rambut siap steam lagi... Punyalah lama dua tiga jam sampai tersenggok-senggok aku tertidur dalam salun tu menunggu mak aku siap kerintingkan rambut. Pastu, balik rumah siap ambik gambar lagi tepi jalan depan rumah kat alai sambil menggayakan rambut baru... hehe! Okehla rambut baru aku since myhubby and mykids menyukai fesyen rambut baru aku ni..
Hari Jumaat tu mak bangun seawal pagi.. Pukul 4.30 am mak dah bangun.. Terkejut dengan loceng jam mak sebab aku tidur kat mak malam tu... Eiii!! pempuan ni !! Dah tua bangka ada laki pun tidur celah ketiak mak lagi... hehe!! Aku tanya mak, "mak nak nak pergi mana awal pagi nih?". Mak kata nak pergi masjid sembahyang sunat sajadah. Entah memang telinga aku tuli sket ke atau mungkin jugak aku tengah duk mamai terkejut dengar bunyi loceng mak.. Aku : " Aaa!! mak nak pegi susun sejadah kat masjid ke? Buat apa mak nak pegi susun sejadah kat masjid?Bilal kan ada!". Tetiba Mak sergah aku : "Mak nak pergi sembahyang sunat sajadahlah!! Kat masjid ada buat sembahyang sunat sajadah bulan rejab ni... Apa kejadahnya aku nak pegi susun sejadah kat situ". Owh !!! Aku dah salah dengarlah tu.... tapi aku tak ikut mak sebab Tuhan bagi aku cuti .. heheh!! Since da dapat cuti tu aku tidur baliklah.
Tengahari Jumaat tu mak ajak aku pergi rumah orang kawin kat kampung berdekatan. Biasalah bila aku tak kenal orang, aku pergi rumah kawin untuk makan ajelah dan untuk menemankankan mak. Lepas bersalam dengan tuan rumah.. dan nak balik , mak buka cerita yang rupanya mak pengantin tu sebenarnya bekas madu adik mak. Owh!! all this while aku tak tau dan tak pernah ambil tahu dan malas nak tahu..
Masa nak balik aku ajak mak pegi rumah kak Rosmina. Dia ni bakal menantu mak yang tak jadik hari tu. Cerita lama.. Nak dijodohkan dengan abang Dzul tapi tak ada jodoh coz abg Dzul dah terberkenan dengan kakak ipar aku sekarang ni. Mak agak berat nak pergi tapi aku ajak jugak sebab baru ni dah pegi rumah dia tapi dia tak ada. Sampai rumah dia barulah we all tau dia dalam pantang 17 hari melahirkan anak ke 8 pada umur 47 tahun dengan suami barunya... Wah!!! Sunguh proaktif!! hehe!! But there's other story selain baby baru dia. Rupanya suami barunya tu bomohlah pulak. Kiranya bomoh macam-macamlah... Kalau duduk kat dia masa dia bakar colok tu, dia boleh tau apa yang sedang berlaku.. aku kalau bab bomoh main asap ni, tak lain medium dia jin lah. Aku pernah tinggal kat Melaka kawasan Alor Gajah yang ada bomoh-bomoh macam ni.. aku pernah jumpa bomoh muda pakai asap rokok masa mula-mula dia nak detact punca. Ada bomoh yang bijik tasbih kayunya sebesar buah limau nipis, rambut yang panjang dan muka tak ada aura yang menyenangkan aku bila memandangnya kata ada dua ekor rimau besar duk jaga depan pagar rumah sewa aku kat alor Gajah Melaka.. Kalao korang berada ditempat aku... mesti korang separuh pengsan atau pengsan berkali-kali korang bila mendengarnya.. Eiii!! So scary!!! Tapi aku takkan pindah hanya kerana rimau besar yang aku tak nampak duk depan rumah aku.. Aku kalau bomoh ni aku malas nak dekat dan pandang... But since mak excited nak minta tolong bomoh tu halau hantu raya yang menginap dan mengacau penyewa rumah sewa abg mie... aku tunggulah jugak walaupaun aku agak cuak dengan bomoh ni. Bomoh tu cakap hanturaya tu hantu belaan yang mana tuan dia dah mati. Dia biasa tinggal kat pokok mempelam besar depan rumah abang tu. Bila pokok tu dah ditebang, hantu tu merayau rayau dan singgah di rumah-rumah yang penghuninya lemah semangat. Since yang menyewa rumah tu lemah semangat jadi dia kacaolah. Penghuni yang sebelum ni dia kacau dengan cara masuk dalam badan anak diaorang time maghrib dan menggaru-garu tangan sampai berdarah.. Bila penghuni lain pulak masuk rumah tu, pernah sekali dia pegang kaki wife penyewa sampai tak boleh berjalan dan pernah sekali pada waktu malam kawan anak dia ternampak kelibat perempuan panjang memakai baju putih nak keluar ikut pintu dapur. Aku tak tau samada aku nak percaya atau tidak sebab sebelum ni abang mie duduk bertahun-tahun kat situ sebelum pindah tak adalah pulak kejadian pelik-pelik... mungkin betul kot cakap tok bomoh tu... so next week tok bomoh tu nak datang halau hantu tu.. Tak lama lepas bomoh tu cakap degan mak senario yang sedang berlaku, dia cakap hantu tu datang dan cakar belakang bahu dia sebab marah dikacau. Eii!! Takuttt!!! aku nak balikkk!!! Adoii!! Mujurlah hantu tu cakar bomoh tu... kalau dia cakar muka aku... abislah muka aku yang comel ni!!! Tidak!!! PANNNG!! oitt pempuan! jangan perasan!! Sedar diri tu sket!!hehe! Back to reality... Mujurla mak tak tunggu lama sebab aku dah macam cacing panas kat situ..
Petang tu aku bertolak balik pukul 4.00 pm. Sekali lagi sebelum balik aku peluk mak lebih lama dari biasa. Aku bimbang pasni aku tak dapat peluk mak lagi... Sampai Dungun pukul 4.45pm dan aku keluar balik ke pukul 6.30pm dengan anak-anak to pick up myhubby yang baru balik dari kursus kat airport. Sampai rumah dari airport pukul 2.00 pagi... hari Jumaat yang sangat memenatkan..

Not again....!!

Tadi aku lunch kat kedai makan kat Taman Seri Tanjung. aku jarang makan kat situ especiaally time budak-budak dah masuk sekolah. Tak de privacy... Baru nak suap makan tiba-tiba .."Puan! makan? Sorang je?".. eiii sengal!! Aku cukup menyampah kalau diorang soal kat aku soklan macam tu sebab dah terang dan jelas lagi nyata diaorang nampak aku sorang-sorang tengah suap nasi, takkan aku basuh kain kot! Memang aku kena cari kedai jauh-jauh sket kalau nak makan dengan aman. Tapi bila aku bukak tray lauk kat kedai tu aku tengok lauk ayam aje yang banyak... lauk ayam kicap, ayam sambal dan ayam goreng. Kolestrol punyalah banyak menu diorang ni!! Tapi bila dah lapar kebulur ni kolestrol pun lanyak ajelah. Menu punya pedas gila sampai berasap perut aku. Mau tak berasap perut!! kuah sambal ayam, ambik terung sambal, sayur pulak ada lada hitam bijik besar-besar dan sambal belacan cukup lengkap dalam pinggan. And it costs me RM 5 together with iced tea. Kira reasonable la...
Tutup bab makan. Aku nak cerita pasal semalam plak. Semalam pagi aku ada taklimat cara nak masuk sistem ISIS untuk proses penambahan, pengguguran kursus untuk pelajar especially pelajar bermasalah... Aku tak paham sampai sekarang kenapa unibersiti ni terlalu baik dan manjakan sangat budak-budak ni. Pastu mulalah kuli-kuli macam aku ni jadik mangsa. Sampai masalah dalam kain diorang pun aku nak kena jaga. Manja sangatla budak-budak ni.. Dah tua bangka masalah belajar pun tak boleh nak arrange dan settle sendiri.. Masa aku belajar dulu semua masalah subjek kena buat sendiri tau! Sebab tulah makin lama aku kat sini mulut aku makin celupar kat anak murid. Since ISIS tu aku dah biasa buat, so taklimat semalam more on refreshment je lah... kot-kot lupa.. Dalam pada orang bagi taklimat aku duk godek-godek maklumat dalam ISIS tu tengok senarai nama bakal pelajar aku next sem yang akan bermula 7hb ni. Tiba-tiba mata aku terpaku... OH!!! TIIDAAAAK! TIIDAKKKKK!! NOT AGAINN!!!Kenapa nama budak dua ekor ni ada lagi teermasuk dalam senarai... Aku memang cukup bebulu dengan si mamat dua orang ni. Eeii!! Diorang ni tak bosan-bosan ke ha masuk kelas dan mengadap muka aku sedangkan aku tersangatlah bosan tengok muka bebudak ni. Tak baik kau ni tau!!! Yang si mamat sorang ni aku tak boleh bilang dah berapa semester dia jadik anak murid aku. Seingat aku dia penah ambik subjek Management ngan aku masa part dia part 2. Pastu dia ambik subjek Human Resource dengan aku dah dua kali dan dia gagal kedua-duanya. Kalau tak silap aku dia juga pernah ambik subjek Organizational behavior dengan aku dan aku tak sure dia lulus ke gagal. Semester lepas dia memang buat aku cukup hangin degan dia. Test 1 dia tak datang. Pastu dia datang jumpa aku kata bapak dia sakit. Oklah!! aku bagi peluang untuk dia ambik sekali lagi. Tapi tiba masa batang hidung tak nampak-nampak membiarkan aku tertonggok tunggu dia kat ofis macam orang tongong. Dah tak datang buat backup test tu satu hal lah!! Eh boleh pulak dengan muka tak malu datang kelas tanpa rasa bersalah... minta maaf pun tak ada.. Itu tak termasuk individual assignment yang dia tak buat dan hantar. Aku dengar dia ada awek dan dia duk hangkut sana-sini macam dunia ini ana yang punya... Tak sedar diri awek yang duk ajar dia ni yang paling penting dan bermakna dalam hidup dia yang patut dia utamakan. Dasar lelaki mangkuk tingkat!! Yang aku hangin lagi, masa final baru ni dah la dia jawap macam **** , tapi berani pulak tulis surat cinta kat aku mintak diluluskan. Ohh!Aku tak sanggup tengok muka dia lagi... aku cuak!!! Buka semester ni kiranya kali ketiga dan terakhir dia ambik subjek ni. Kalau fail jugak!! OUT you go la!. Eii budak ni!! next sem kau buat perangai lagi memang aku carutkan atas bawah... Dah part 7 , tapi tak sedar diri lagi!! Kalau anak aku buat perangai macam ni memang aku hentikan belajar... Baik jadi tukang kebun aku je... Nauzubillah!!
Yang si Mamat lagi sorang ni plak agak kerap ponteng kelas aku masa aku ajar dia Organizational Behavior lebih kurang 2 semester lepas. Awek dia sekelas dengan dia, tapi awek dia ok aje. Kenkadang aku nak nasihat aje awek dia ni suruh revise balik dia punya relationship dengan si Mamat ni. Panas baran pulak tu! Tinggalkan aje si mamat tu! Tapi siapalah aku nak campur urusan rumahtangga orang. Kalau akulah dapat boipren jantan tak bertanggungjwab masa studi ni, memang babai lah. Nak dijadikan cerita satu malam aku sudah tangkap si mamat ni tengah meniru masa buat test 2 . Sehelai nota bawah kertas jawapan dia. Aku sudah hangin satu badan, aku nampak macam kecik aje si mangkuk tu. Dan jadilah drama malam itu di mana aku telah mengoyakkan kertas jawapan budak tu di depan kawan-kawan dia, awek dia dan aku telah menghalau dia keluar .. Sadis betul!! Selepas dari hari itu, dia buat bodoh aje each time dia masuk kelas dan langsung tak minta maaf dengan aku dan dia dah kantoi OB ni yang mana bukan aku sengaja nak menggagalkan dia... even sampai sekarang dia tak jumpa aku dan minta maaf.. Kalau aku terserempak dengan dia di tepi koridor on the way ke kelas pun dia buat tak kenal aje.. Tapi ada aku kesah!! lantak kaulah!! Aku berdoa dengan Tuhan tau supaya aku tak diketemukan lagi dengan muka dua orang budak mangkuk ni lagi. Tapi nampaknya Tuhan tak memakbulkan permintaan aku. Mungkin ujian kesabaran aku di semester depan... Adoiii!! Aku tak tau macamana nak mengadap muka diorang lagi semester ni untuk selama 4 bulan!! It's going to be a nightmare to me!! Yang pasti... first time aku jumpa diorang kali ini soalan yang pertama aku nak ajukan kat si Mamat dua orang ni ialah " awak ni tak bosan-bosan ke tengok muka saya ni ha!! " Ya Allah!! Berikanlah kekuatan pada hambamu ini!!!
Esok hari Jumaat!! Yahoo!!! Aku nak balik rumah mak hari ni........ aku rindu kat mak aku !!! Aku nak balik peluk mak aku.... aku bimbang kalau-kalau aku tak dapat peluk mak lagi pas ni!!

aku dan polis

Another backdated story

The stories below are the compilation of my experience with policeman...

Cerita 1: (back to year 2000-2001)

One day, on my way to work by motorcycle. Rasanya waktu itu aku sorang aje naik motor kat tempat kerja. Bawak macam pro tapi lesen takde. Anak polis tapi anak tak ada lesen. Kalau arwah bapak aku ada, memang confirmlah berkarung-karung dia mem'potpetpotpet' kat aku.... Aku memang rushing waktu tu sebab dah lambat nak masuk mengajar. Lebih kurang 400 meter nak sampai ke pintu pagar belakang, tetiba aku nampak kelibat polis di tepi jalan sedang menahan motosikal yang lalu.. "Ya Allah! Mampos aku!! Aku dah mula panik. Peluh panik sudah mula keluar dan jantung aku berdegup kencang. Kalau sakit jantung ni, mau rebah aku kat situ. Maunya aku tak panik, dahlah tak ada lesen... insurans dengan roadtax motor pun tak ada. Yang ada cuma lampu motor dan cermin sisi yang berfungsi dengan baik... Aku bertambah berdebar bila polis tu tahan aku. Badanku dan kaki aku mula lemah dan ringan di saat aku berhenti depan polis tu. akal aku mula ligat memikirkan jawapan kalau polis suruh tunjuk lesen, roadtax dan insurans. Dan aku kena redholah jugak kalau dia angkut motor aku bawak pegi balai polis. Muka aku pucat tidak terkira, memang kalau orang toreh pun tak ada darah cuma nampak daging ngan tulang je. Tiba -tiba ,
Polis yang menahan aku: Cik staf kat situ ke?
Aku : Ya ( Sambil senyum macam konfiden gila... tapi dalam hati bergolak Tuhan saja yang tau!!
Polis yang menahan aku tu: Ok cik... boleh pegi... ( Aku terkesima seketika... tak sangka aku boleh lepas)
Dan aku berlalu pergi... SELAMAT!!!
Cerita 2 : Someday in year 2007
Aku dengan ofis mate aku nak keluar lunch. Ala.. setakat nak keluar lunch kat area tempat kerja ni , apa barang nak pakai tali pinggang keledar. So memang aku dengan opismate aku memang tak pakailah tali pinggang.. Memang all this while pergi mana-mana dalam area Sura hujung sampai Sura Jetty memang aku tak penah pakai tali pinggang unless kalau keluar dari area tu. Sebaik aje keluar dari pintu belakang tetiba aku nampak roadblock... dan nampaknya polis-polis tu duk check lesen. Biasalah kalau terkujat tengok polis automatik tangan menyambar talipinggang keledar.. Ni kalau arwah bapak aku ada lagi nih.. lagi berkarung-karunglah dia 'mem'potpetpotpet' kat aku. Bab tali pinggang tu selamatla sebab sempat.. tapi aku teringat lesen 'P' (Pakar) tamat tempoh seminggu dan aku lupa nak tukar ke lesen baru.. Aku mula panik.. pada Ras aku katakan lesen aku dah mati, lupa nak renew. lagi panik lah Ras. Kalau Ras panik, aku berganda-ganda paniknya.. sebab aku tengok polis tu duk 'tilik' lesen memandu orang di depan aku. Sampai aje giliran aku :
Polis tu : Nak pergi mana?
Aku : Nak pegi makan kat depan tu.
Polis tu : Lesen memandu ada?
Aku : Ada (Aku jawab dengan penuh konfidennya sambil senyum macam tak ada buat salah tapi pergolakan dalam hati tu hanya Tuhan aje yang tahu )
Polis tu: Betul ada ni?
Aku : Ada !! ( Sambil membuat aksi nak buka purse aku dengan gaya yang sangat menyakinkan!!! Plastik pempuan ni!! hehe)
Tiba-tiba .....................................................................
Polis tu : Tak apalah... kalau ke mana-mana kena pakai tali pinggang keledar)
Aku: terima kasih ( terkesima jugak... tak sangka lepas... ) Mungkin sebab aku pempuan yang comel kot !! Hahaha! PANNGG!! Over betul minah ni!!
Dan aku selamat lagi..
Hingga ke hari aku tulis post aku ni, aku punya lesen masih hidup dan renew dua tahun terus. senang... malas nak pikir setiap tahun. Cuma kawan-kawan aku cukup cuak dengan aku sebab tak pernah tak lepas setiap kali polis tahan aku.. Jangan riak ya pempuan!! akan datang belum tahu.. tapi aku bersyukur sangat sebab tak pernah kena setiap kali polis tahan... mungkin waktu itu memang nasib aku baik..