Masa aku tengah mengajor malam semalam tetiba kakak ipar aku call. Aku tak angkat sebab pertama aku tak sedar kerana tepon aku tengah silent mode... Kedua, aku tengah ngajor... Ketiga... aku duk ingat tak ada apa yang penting sangat. Maklumlah kakak ipar aku muda... jadi selalu gosip-gosip aje dengan aku... masalah jugaklah bila kakak ipar dia yang satu ni sudah tua tapi jiwa muda. Wakaka!!! Panggg!! Apalah ko ni cemi tak sedor lagi... Back to reality... hehe!!Balik dari mengajar tetiba myhubby kata ada bad news... ibu meninggal... dan aku ternganga seketika sebab terperanjat. Ibu tu mak kakak ipar aku. Aku tak tau nak kata apa dan aku tak tau nak nangis ke idak... Aku cuma kesian ngan kakak ipar aku sebab masa ibu meninggal abang Dzul tak ada kerana urusan kerja kat Austolia. Hari Sabtu ni baru balik.. Abang Zahar tak sihat sebab semput yang dah dua tiga empat lima hari tak baik... ikut hati aku nak pergi terus jenguk arwah ibu, tapi aku pun baru balik kelas. Badan penat walaupun tak mengantuk. Myhubby tak bagi aku drive dan dia tak boleh pegi malam semalam sebab pagi nih dia nak tolong apa yang patut sampai arwah ibu selamat dikebumikan. Jadi, hari ni myhubby dan aku pergi rumah kak Zu awal pagi. Lepas selesai balik Dungun, bersiap-siap untuk bertolak ke KL pergi kedutaan Indonesia nak renew pasport Ros dan terus ke Seremban untuk ke majlis akad nikah bob, anak saudara aku. Dua tiga hari ni kening kiri aku asyik gerak-gerak aje.. mak kata nak tengok sesuatu... tapi aku rasa kebetulan aje seperti mana aku mimpi dua tiga gigi bawah aku tercabut tak lama sebelum arwah abah meninggal.Aku doakan agar roh arwah ibu sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan ahli Syurga...