Semalam aku dan myhubby menggumukkan diri di restoran ' Noodle Station' kat Kuala Terengganu setelah selesai membuat urusan beli kereta Viva untuk adik ipar aku. Makanan kat Noodle Station tu rasanya not bad lah dan pilihan pun banyak sampai aku tak tau nak makan apa. At last aku cuma order apa yang pelayan tu kata sedap aje. Sedang elok selesai sessi menggumukkan diri itu, hujan turun dengan lebatnya dan kilat sabung menyabung. Sambil duduk diluar kedai menunggu hujan reda dan melihat kilat yang mengerikan tu, aku duk pikir mesti waktu ni anak beranak vampire versi omputih atau pontianak versi melayu dalam citer "twilight" tu tengah duk main besbol. Hehehe! Mengarut!!! Sedang aku menunggu dan myhubby membantu menghalau nyamuk dengan memasang ubat nyamuknya, tiba-tiba keluarlah satu couple dari kedai makan tu. Yang perempuan memang ranggilah.. kelopak mata biru berkilau-kilau, berbaju kurung hitam yang vogue dan aksesori rantai manik yang bagi aku kira lawalah. Sedang aku duk khoya memerhati pempuan tu masuk dalam kereta proton testdrive sambil memuji bajunya yang vogue dalam hati, tiba-tiba myhubby bersuara....
myhubby: Eiii!! Kalu Ida tergamok dok pakai gitu?
aku : Tergamak.
myhubby yang terkejut: Tergamok pakai gitu?
aku: Tergamak. Abang kata boleh je, esok ida terus pergi beli dan pakai macam tu. Hehehe!!
Myhubby terus terdiam dan menggelengkan kepala melihat aku yang sedang tersengih-sengih sebab terkejut mendengar jawapan berani mati dari bininya... hehehe.. Tapikan, kalaulah tetibatibatibatibalah aku tukar penampilan aku macam tu, memang geng-geng aku memang terperanjat badaklah... sure diorang kata aku tak sihat dan buang tebiat.... hehehe..
Adakah aku tergamak memakainya atau tidak? Aku tiada jawapan untuk itu.
Cerita kedua :
Selepas selesai sessi menggumukkan diri, aku singgah kat kedai kasut nak silau kasut warna biru kalau adalah. Kalau ada aku nak beli terus sebab nak padankan dengan baju kurung biru aku yang banyak masa kerja. Biar sedondon gitu. Sekali dalam kedai Vincci tu aku terjumpalah kasut biru yang aku cari sekian lama. Aku dah excited giler nak beli kasut tu tambahlagi bila myhubby tetiba kata nak belanja aku kasut, tapi aku dihampakan oleh pelayan kedai tu sebab saiz yang aku nak tak ada. Ya Allah!! Frustnyer aku... Macamana boleh tak ada ha? Diorang ni tak nak meniaga ke atau dah kaya sangat? Dalam rasa kekecewaan yang teramat tu, aku singgah kedai Bata berhampiran kedai Vincci tu. Kedai Bata tu lagilah hampeh. Kasut warna standard aje yang ada.. Panas hati punya pasal yang bersambung dari kekecewaan tak boleh beli kasut biru tu menyebabkan aku memberi cadangan pada tokeh kedai bata tu.." Encik, nanti cadanglah kat pengilang buat kasut warna lain dari warna-warna standard ni... warna biru ke, pink ke.. sebab tak semua orang nak pakai kasut warna standard" sambil berjalan keluar kedai meninggal jurujual dalam kedai tu yang dalam hatinya tengah menyumpah seranah aku ni... " Sengal punya pempuan!!". Pedulik hapa aku...