
Hari itu entah kenapa aku rasa sangat letih. Aku baru sampai rumah dari majlis kawin anak saudara aku di Seremban. Pagi itu macam biasa aku hantar anak ke sekolah. Selepas itu aku buat preparation untuk mengajar bagi kelas terakhir aku. Pagi tu jugak advisee tesis aku datang untuk buat consultation, dan sedikit buat kerja lain sebelum masuk kelas pukul 12.30 tengahari sampai pukul 2.00. Habis kelas aku terus ke pejabat HEA dan makan nasi ayam yang Mr Gopala belanja sempena raya Deepavali. Lepas makan aku terus berkejar amik anak aku sekolah dan hantar balik rumah sebelum balik ke opis. Pastu aku terus rush ke opis apabila aku mula rasa mengantuk gilerr. Memandangkan opis aku dah dekat sangat, aku tak berhenti di tepi jalan untuk tidur... apa kelas nak berenti tidur sedangkan tempat keja tinggal sekangkang kera. Lagipun, kalu aku berhenti tepi jalan memang aku konpem kawan-kawan aku duk gelak kat aku lsambil guling-guling macam tenggiling. Jadik aku pun cuba jugaklah tahan mata aku.Lebih kurang tak sampai seratus meter ke pagar belakang tempat keja aku, rasanyalah aku terlelap sekejap bila tiba-tiba aku tersedar tiang didepan mata dan "BUUMMMM" si bagak telah melanggar tiang iklan MPD yang terletak beberapa meter aje dari pagar tempat keja. Seriyes beb! aku tak sangka tetiba aku accident. Aku rasa aku bawak kereta, entah macamana tetiba aku boleh langgar tiang sampai bengkok. Sebaik sahaja aku rasa bagak dah berhenti, aku terus bukak pintu dan keluar dari bagak. Tiba-tiba aku rasa sesak nafas dan aku terus duduk macam baby merangkak tercungap-cungap mencari nafas. Sedang aku duk huk hek huk hek cari nafas aku teringatkan anak-anak murid aku ." Ya Allah!Anak murid aku.Ya allah! Malam ni anak murid aku test! soklan aku tak buat lagi. Macamana anak murid aku esok'. Tetiba aku dengar satu suara ' Hasmida, are u okey? Are you okey? '. Rupanya suara Kong yang sampai sebaik sahaja aku accident. Aku tak pedulikan pertanyaan dia sebab aku tengah sesak nafas. Bila keadaan aku mula okey, aku berdiri tapi aku memang dalam keadaan terkejut dan badan aku sangat letih. Aku tak mampu menangis dan hanya mendiamkan diri. Bila aku dah nampak aku okey.. Kong tanya aku lagi .." You nak I hantar pegi mana? Klinik dalam ke Hospital Dungun?' Aku masih mendiamkan diri seketika bila tetiba aku memberikan jawapan yang tak munasabah.." Saya nak masuk ofis' . Sebabnya fikiran waktu itu hanyalah kerja dan anak murid aku. Kesian kat Kong dengar jawapan bengong aku, blur dia kejap bila dengar jawapan aku. Pastu aku menung jap tengok bagak aku tu dan terus menerpa ke bagak yang dah terlepek kat tiang bila aku teringat buku-buku dan handbag aku dalam bagak aku. Dalam keadaan yang aku yang masih sesak nafas,aku terus ambik buku-buku dan handbag aku sebab aku bimbang bagak aku terbakar dan meletup sebab masa aku nak keluar dari bagak aku nampak bagak aku berasap. Orang mula ramai berhenti sebab itulah jalan utama ke tempat keja dan seri tanjung. Ada dua tiga orang yang membantu mengeluarkan bateri kereta bimbang kalau-kalau bagak terbakar. Kong dan husband dia bawak aku ke klinik dalam tempat kerja aku untuk diperiksa. Aku sempat telefon myhubby memberitaunya yang aku accident, call noor mintak tolong dia off komputer, aircond dan kunci opis aku. Sampai kelinik dr Yusri check aku dan katanya aku cuma terhentak dan tak ada sebarang tulang yang patah. Semasa menunggu aku dibenarkan balik, beberapa orang kawan aku datang melawat aku. Balik aje rumah aku terus flat dan aku trauma.. lepas isyak aku pergi kat balai polis buat report. Dalam keta aku telah diajar oleh myhubby supaya ubah keterangan aku. Sampai balai polis, ada orang tarik kereta dah ajar aku menipu dan duduk sebelah sekali masa beri keterangan. Malam itu aku telah memberi keterangan palsu pada polis dengan rasa yang sangat bersalah. Fakta yang sebenar aku tertidur, tapi fakta dasat punya tipu, saya cuba mengelak motor yang tidak diketahui jenis dan motor plat yang meluru laju dari arah kanan menyebabkan hilang kawalan dan saya terbabas. Kawkaw punya tipu beb walaupaun sebenarnya aku rasa polis tu tau aku sedang menipu dan dia sedang ditipu.. huhu.. Mungkin aku comel kot, menyebabkan polis tu buat donno aje ketika sedang giat ditipu. hehehe!dah mula tak sedar diri tu...PANGGG! Tapi kalau sangat jujur masa buat report lagi akan menyusahkan aku. Saman 300 hingget tu memang dah konpemlah. Berpinor jugaklah biji mata aku kejap tengok polis tu siat kertas saman dan serah kat aku. Itu belum masuk saman MPD lagi sebab dah memberi sumbangan dengan membengkokkan tiang iklannya. Bukan setakat bengkok, sampai macam nak tercabut jugaklah tiang tu. Daripada asal straight tak ada body, tetiba jadik seksi sebab ada bumper plak aku kerjakan. Aku rasa syahdu sangat bila tengok bagak aku yang sangat teruk keadaannya. Bahagian bumper depan hampir terlipat dua, dua-dua bijik mata bagak terkeluar. Dashboard rosak, stereng keta patah, gandar tayar depan pun bengkok. Airbag pecah terus, cermin depan dan belakang retak seribu tunggu masa nak luruh je dan bahagian atas belakang bagak kemek sket. Kuatnya hentaman, maklumlah main langgar tanpa langsung membrek menyebabkan bagak terangkat dan termasuk ke bahagian dalam. Pendekata payah jugaklah lori penunda nak tarik keluar. Kalau chasis lari, alamatnya total lost la. Sedih tengok keadaan bagak, yang pasti aku tak akan jumpa lagi dalam tempoh masa yang lama dan aku sedih mengenangkan kemungkinan bagak kena jual sedangkan aku duk berangan nak simpan bagak sampai bila-bila.. sebab aku sangat sayang kat bagak aku. Aku beli dan pandu bagak dengan penuh jiwa. Kesian dia jadi mangsa kecuaian aku. Kawan aku kata kesian kat bagk asyik cium benda tak sepatutnya, nak kena beli baru... Aku cakap bagak tu kena mandi bunga nak buang suwey.. hehe! Setakat keganasan aku memandu menurut kata myhubbylah, bagak aku tak cium bontot orang lagi.. Apapun, aku syukur sangat pada Allah sebab aku selamat. Aku cuma luka sikit kat kaki, lebam-lebam sikit kat bahagian dada. Yang pasti sekarang ni badan aku rasa sangat sakit macam kena pulas. Doktor cuma bagi aku segenggam pil yang aku kena makan, ada pil perancang..eh salah!! bukan.. painkiller, surut bengkak, radang dan sakit ulu hati.. Sekarang kalau aku batuk, ketawa dan bersin pasti bahagian rusuk aku rasa sangat sakit. Jalan pun macam penguin sebab kaki aku sakit dan lebam sebelah. Kawan-kawan aku macam tak percaya bila melihat aku yang pergi kerja keesokan harinya selepas accident. Sebab kalau ikut keadaan si bagak yang teruk tu, diaorang rasa pasti aku parah. Anak murid aku kata 'miracle'. Tapi aku percaya mungkin doa anak-anak muridku yang membantu menyelamatkan dan Allah yang melindungi aku. Tapi aku kena kuat walaupun aku sakit demi anak murid aku. Kalau tak kesian kat diaorang. Namun, adakalanya aku mengeluh sakit jugak. Sekarang , kalau orang lalu-lalang ikut pintu belakang tempat kerja aku pasti melihat satu tiang yang bengkok hasil sumbangan aku. hehe! Apapun, aku rindu kat bagak aku. lambat lagi nak dapat..
Pelajaran yang aku dapat kali ini... walau dekat macamana pun, tapi kalau mengantuk sangat... berhentilah berehat... Sekadar mengingati. Berhati-hatilah memandu di jalan raya. Merah tanda berhenti...
Nota kaki.... bling!!bling!
Sejak aku accident ni tetiba aku jadi glamer lah. Cerita aku accident sampai ke puncak Melaka nun. Jumpa orang mesti kena tahan macam selebriti plak. Inilah bahananya langgar tiang iklan ni... jadi glamor!! bling!bling!