Negarawan datang

Hari ini YAB Tun Dr Mahathir Mohammad datang ke tempat aku untuk memperkatakan tentang 'Ketuanan Melayu" atas jemputan pihak U. Hari ini kiranya dalam sejarah U aku mengumpulkan hampir keseluruhan rakyatnya sebab dah namapun wajib hadir. Macam majlis konvokesyen pulak rasanya. Segala hamba sahaya termasuklah aku ini sangat bersemangat dan teruja untuk melihat Tun dari dekat. Aku berdiri di tepi jalan berhampran DEwan Besar kerana aku menjangkakan dia akan lalu melalui jalan itu. Ras dan Noor awal-awal lagi dah masuk dalam dewan. aku tak dapat masuk sebab dewan penuh sesak hingga tiada cara lain lagi untuk masuk dalam tu kecuali dengan cara mempipihkan diri. Tapi aku tiada kemahiran mempipihkan diri aku yang bulat mengembang ni.. Akhirnya dia tiba dan segala perancangan awal aku untuk pengsan di depannya atau menerpanya terbantut bila dia lalu di depan mata di dalam kereta sambil melambaikan tangannya. Penuh semangat dan keterujaan aku mengambil gambarnya di dalam kereta menggunakan hp Nokia canggih aku tuh, tapi akhirnya gambar yang dapat diambil hanyalah punggung kereta perdana tu sahaja. Oleh kerana dalam dewan dah penuh, aku memilih untuk duduk diluar khemah bersama pelajar lain. Melihat raut wajahnya dan gayanya berjalan penuh bertenaga, pasti ramai yang tidak akan menyangka yang dia sudahpun berusia 80 lebih.Kalau didengar dan dinilai ucapannya dari sudut negatif, sememangnya orang akan mengatakan yang dia mengutuk bangsanya dan memdedahkan ketololan orang Melayu dari zaman raja-raja dulu sendiri hingga sekarang. Tapi kalau dinilai dari sudut positif ia bertujuan menyedarkan orang Melayu supaya jangan membaruakan diri dan terjual maruah akibat kedangkalan sendiri. Aku tidak lama disitu apabila hari semakin panas, aku semakin lapar, macam-macam bau peluh yang merimaskan dan tambahan lagi banyak yang diperkatakannya terkeluar dari silibus, maka aku blah awal.... Penatlah nak tunggu lama... baik aku pegi makan.