Memang hangin

Aku memang hangin sejak dua menjak ni dengan internet connection kat opis haku yang lembab nak mampus nih. Aku rasa macam nak meroyan setiap kali aku guna internet tu. Kalau setiap kali men'google' menda-menda yang aku nak tu, aku boleh lagi sempat pegi jamban, balik opis, baring-baring sambil berangan jadi kaya. Memang sakit jiwa aku dibuatnya setiap kali bukak internet. Internet tu ke yang gile? komputer aku yang giler atau aku yang gila sebab tak sabor?
Aku jugak memang cukup hangin ngan sorang pensyarah baru yang perasan bagus ni tapi bagi haku dia memang kuang asam. Si pempuan pensyarah baru ni dulu ex student haku. Aku rasa dia ni pensyarah pakej je.... TAPI DIA PUNYA BERLAGAKNYA MACAM DAH TARAP PROPESOR.....
Citernya baru ni aku attend meeting fakulti. Masa aku nak masuk duduk dalam barisan kerusi lipat tu, aku terperasan sorang lecturer baru yang duk bertentangan barisan aku masuk. Aku memang familiar dengan muka tu yang tengah duk memandang aku dengan muka yang sangat poyo. Tegur aku pun idak, senyum pun ala macam kambing tahan kentut aje. Aku ni just nak konpemkan perasaan aku ni pun berbahasa basilah tanya dia ..
Aku : Saya rasa macam kenal aje awak. Awak student saya dulukan? Dah jadi lecturer kat sini ehh?
Dia sambil senyum macam kambing tahan kentut: Ya lah, saya budak DIA dulu...
Aku: ohh ! patutlah muka awak nampak familiar.
Pastukan budak tu terus senyap dan buat bodoh aje kat haku macam haku ni orang asing dan tah sape-sapelah. Eiii geramnya aku tengok budak tu yang berlagak perasan macam bagus sangat..padahalkan pensyarah sambilan aje.. rasa macam nak bagi je sedas dua panggg kat budak tu. Menyesal je rasa kasik dia lulus dulu...Tau apa yang jadik selepas itu?Masa jamuan pas meeting tu, aku sembang bergalok dengan kawan aku tapi aku buat bodoh dan buat tak nampak kat dia macam dia tak wujud langsung walaupun dia duk tertonggok sebelah kawan aku depan aku. Nasiblah ko! Sombong lagi ngan haku. Hiii! tak baik betul haku nih! Lantak ko lah nak sombong ke idak. Cuma haku tak paham kenapa pensyarah baru sekarang hidung tinggi belaka...Diaorang tak tau walau pandai macamanapun, tapi kalau perangai sengal tak ada gunanya.....