i feel good

HAPPY SUNDAY!

Hari ni aku dilanda penyakit malas tahap cipan. mungkin makan banyak kot.Syawal belum abis lagi, maknanya raya 30 harilah, sama banyak dengan jumlah puasa. Jadi bila Syawal ni ramailah orang yang buat rumah terbuka raya. Semalam aje ada 3 buah rumah yang buat rumah terbuka raya. Rumah Wani, Rumah Prof Madya Ahmad dan rumah Yusliena. Memang bertambah bulatlah aku. Lama- lama esok aku boleh jadik sebesar peti sejuk. On the way balik aku tinggalkan anak-anak aku kat rumah abang Mie sebab petang tu diorang nak main futsal. Aku tak boleh naik join sekali sebab aku tengah pantang lagi tak boleh buat kerja berat. Jadik terpaksalah aku tahan nafsu main futsal tu. Lewat petang selepas kawan myhubby datang bertandang ke rumah, kami pun kuarlah nak pergi ambik anak-anak aku dan ambik keta yang myhubby hantar basuh petang tadik. Orang kedai basuh keta tu kata kedai tutup pukul 10.00, jadik myhubby pun santailah. Sampai kat kedai basuh keta tu, pagar kedai dah berkunci. Jadik aku dan myhubby terus ke rumah abg mie dan bercadang untuk datang balik ke kedai tu. Sampai rumah abang Mie dah nak Maghrib. Alang-alang maghrib dah masuk, kami pun sembahyang jemaah beramai-ramai yang mana myhubby telah ditolak ke depan jadik imam. Tapi sebelum start sembahyang amin dan Naim duk berebut sampai bergaduh-gaduh sebab nak qamat. Duklah... "Amin nak qamat", 'Naim Qamat dulu' , Amin qamat" .. Naim nak qamat"..... At last, si Mubin yang qamat..
Lepas sembahyang, kami pun balik untuk ambik keta semula dan terus balik rumah. Tetiba-tiba dalam keta myhubby ngomel sikit sebab dia kena jadi imam sedangkan abg aku lagi tua. Jadik orang senior lah jadik imam. Tapi dia diam bila aku jawab " kitaorang anak polis, abang anak imam. So, abang jadik imamlah". hehe! Sampai kat tempat basuh keta tu, pagar masih berkunci. Myhubby dah start tensyen bila dia tengok si neo tu berkilat duk tersadai dalam garaj tapi kedai da tutup awal. Besok dia kena pi sekolah awal sebab dia penyelaras peperiksaan pmr kat sekolah. Kalau dia hantar anak ke sekolah, hantar aku pegi kerja konpem dia akan lambat sampai. Untuk tenangkan hati, we all pergi bandar ke Pustaka Seri Intan untuk beli A4 paper dan pusing balik ke kedai cuci keta tu. Manalah tau kot-kot ada orang kat situ. Tapi kedai tu sunyi sepi je di dalam hujan malam. Aku duk rasa samada kedai tutup awal sebab hujan lebat lewat petang tu sampai malam ataupun kedai tu tutup pukul 7.00 malam, tapi myhubby salah dengar pukul 10.00 malam. Nak tumpang kawan dia pergi sekolah awal pagi esok, masalah dia akan balik lambat. At last, jalan penyelesaiannya, pinjam keta abang Mie sebijik. Selesai masalah. Malam tu we all pusing balik rumah abg mie pinjam keta kancil dia yang telah dicabul oleh budak mana yang tak reti bahasa dan tak ada kesedaran sivik dengan perkataan F**K. Memang samdol punya budak!! Dia ingat cat keta ni harga macam cat lukisan agaknya... Nasib baik dia tak buat corak batik kat keta tu. Hehe! Moral of the story, kalau hantar keta untuk dibasuh,tunggu dan amik terus. Kalau nak tinggalkan keta, pastikan kita tinggalkan nombor hp supaya mudah dihubungi tuan kedai yang dah nak tutup kedai, kalau tak keta tu memang tersadai sampai esok pagi. Sekian tips hantar basuh keta kat kedai basuh keta.... I feel good today.