Suasana Hari Raya

Posting aku kali ni pasal raya. Raya kali ini tidaklah meriah mana. Kurang meriah kerana tak semua ahli keluarga aku berkumpul. Tahun ni abang Mie dan pak Lang raya kat Kelantan di rumah mertua masing, kak Jurai pun tak balik sebab beraya bersama suami baru di rumah mertua baru. Yang seronok raya buat aku sekarang sebab aku tak perlu lagi susah payah kat dapur basuh pinggan sebab maid ramai kat rumah tu. Jadik tak adalah basah baju dan kecut tangan aku basuh pinggan yang berlambak-lambak kat dapur macam rumah orang kenduri kawin. Tapi yang aku tak berapa seronoknya tang raya ni sebab bila dah tua bangka ni, kopak poket aku kena standby duitraya. Bila agaknya duit raya ni diganti ngan baulu ke, telur ayam ke atau coklat ke tiap kali raya ek.. Boleh la jimat sket. Kalo tak, poning kepalo den ni ha!
Bila raya pertama, wajib kami adik beradik pergi beraya beramai-ramai rumah sanak saudara terdekat dan yang wajib kitaorang pegi lepas ziarah kubur ayah ialah rumah Chu Nah iaitu adik mak aku, rumah abang usop, kak Mek dan kak Ain yang merupakan sepupu sepapat aku. Dulu kami pergilah kat sebuah umah tapi sekang dah tak pergi dah tambahlagi kakak mak aku yang tinggal berhampiran rumah dia dah meninggal dan rumah tu pun dah dijual. Tapi itu bukan sebabnya kerana sebab utamanya kami pernah pergi beraya rumah diorang dulu, tapi diorang duk susahhati kitaorang datang sebab dia tak dapat nak pegi meniaga. Tambahlagi ada kes terbaru mnyebabkan kitaorang terutama abang zahar aku cukup cuak gila dengan diorang...
Di pagi hari pertama di rumah kak Mek aku mengusik abang Zahar aku.
Aku : Abang, abang tak nak pergi rumah saudara yang kat sinun tu?
Abang Zahar : Buat hapa pegi rumah orang tu.. potpetpet... Kau nak ke pegi rumah ...potpetpotpetpet yang kutuk potpetpet.. Kalau kau nak pegi, pegilah! aku tak nak!
Haku usik je abang aku tuh, tapi dia naik hot lah plak. Aku tau dia naik marah sebab bersebab dan dia hot kat orang tu memang sangat bersebab dan memang wajar abang aku marah.Even aku sendiripun memang tak lalu dah nak pegi dah umah dia sejak insiden itu yang berlaku tak lama dulu. Apa insidennya? Biarlah rahsia...