pas kura nak gopi... aku pening

Kura-kura yang aku bela dah mati. Sejak aku bawak dia pi klinik haiwan dia sudah tidak menjamah makanan lagi hingga aku jadik orang bodoh memaksa dia makan. Kalau orang tengok aku bagi dia makan memang orang kata orang gila bercakap dengan kura-kura... Hari-hari aku jemur dia di bawah panas pagi kerana menurut tokeh pet shop yang selalu aku pergi beli makanan kucing tu kata kura-kura tu demam. Jadi kalau jemur dibawah cahaya matahari waktu pagi boleh melancarkan perjalanan darahnya... Mijie kata kalau kura-kura dah tak makan maknanya dia akan mati dengan perlahan-lahan. Ya.. yang hidup pasti mati ... begitu juga dengan kura-kura aku... sedih memang sedih sebab kura-kura tu dah agak dewasa, tambahlagi dia mati kesunyian. Kesianlah pulak kat dia. Yang pasti!!! no more kura-kura dan seumpamanya in da house. Tapi semalam Amin meminta kebenaran dari aku nak pelihara ikan gopi. Ikan? Arghhh!! Aku dalam dilema.... Pening!Pening!