Esok hari Ahad, maknanya genap seminggu aku accident mencium tiang iklan. Isu aku mencium tiang iklan dengan jayanya masih hangat diperkatakan. Itulah bahanaya mencium tiang iklan..... Tak pasal-pasal glamor mendadak, sampai yang x kenal pun boleh kenal aku nih ha... mujur tak masuk suratkhabor "Sinar" aje je lagik... Aku rasa esok aku nak pi toreh kat tiang iklan tu ' aku yang lanyak ni'. WAlaupun glamer sebab aksiden, tapi mak aku langsung tak tau, dia duk ingat aku sihat walafiat. Adik beradik aku cuma abang Mie dan abg Dzul aje yang tau. Selagi tak mati, my mother will not know and I will not tell her anything...Kalau dia tau maknanya dari mulut orang lain... Aku tak nak darah dia naik.. Tapikan, setiap hari mesti ada orang tanya aku... "Macamana? ok tak? ada cedera ket mana-mana? Ada patah riyuk tak? Macamana boleh accident? Keta teruk dok? Keta ada kat mana? Pendekata banyak benorlah soklan yang ditanya sampai aku tak larat nak jawab lagi dah. Aku ingat pasni aku nak rakam citer ataupun buat lakonan semula aksiden ni kat hp aku. Kalau orang tanya je psal accident tu... nah!! amik!! talk to my handphone! Let the handphone do the talking... Semalam aku pegi rumah kak Sidah yang buat makan-makan jamu anak murid dia. Aku ingat nak jamu jugak anak murid aku spagheti yang sedap, even aku dah beli dah sos nak buat spagheti. Tapi bila dah jadi camni, badan pun duk sakit-sakit.. at last tak jadik la masak spagheti tu. Next time lah... Tak lama pas makan, ex student aku pun sampai... tengok muka diorang aku dah agak soklan yang pertama akan keluar dari mulut diorang... dan tekaan aku memang betulla...
Anak murid aku (A) : Puan, puan sihat? Ok?
aku: Bolehlah!! siket-siket!! Tapi badan duk sakit lagi..
A: Biasalah tu puan, saya dah dengar... tapi nak tanya puan jugak...Macamana boleh aksiden ni?
aku: Saya potpetpotpetpotpet.......
A: Jadik betullah spekulasi kitorang..(WAhh!! bebudak ni... pandai2 buat spekulasi!). Habis tu keta kat ana?
Aku: workshop
A: Puan tau tak!! kitaorang dapat tau je puan accident terus bergegas pi hospital kad wad kecemasan nak tengok puan.. Si Yan siap nak gaduh ngan attendan hkat wad kecemasan tu.. Kitaorang tanyalah ada tak lecturer nama sekian-sekian masuk wad kecemasan, tapi attendan tu tak ada. SI yan tak percaya, dia kata macamana boleh tak sampai lagi.... At last, attendan hospital tu bengang dia kata dengan Yan.. " Macam nilah, apakata awak pegi tanya kat pejabat pos kot-kot dia ada kat situ"....
Pnyalah aku bantai gelak.. x sedor diri tulang rusuk tu duk sakit..nasib baik aku mulut kosong, kalau tak ,memang menyemburlah kat muka tukang cerita tu... Kesian anak murid aku, hari aku aksiden tu dia ada call tapi aku tak jawab sebab otak aku tengah sewel kerana stress.
DAlam gelak tu, sikit terasa syahdu sebab diorang take care tentang aku. Bukan sebab diorang nak beli jiwa kerana aku dah tak ajar diorang tu. Begitu juga dengan kawan-kawan aku samada yang rapat atau tidak, really take care of me dan beri aku kekuatan dan semangat... Syukur sangat-sangat pada Allah kerana bekerja kat sini... Ada jiwa di sini. Tak akan keseorangan disaat susah melainkan kalau orang itu kera sumbang dan sombong tak bertempat.
Nota kaki bling bling: Jangan jadi kera sumbang dan sombong tak bertempat... nanti orang panggil "tolol berdarah' !!! hehehe!! bling!blingg!!