Posting aku hari ini aku tulis selepas baru balik dari rumah terbuka Hari Raya jiran tetangga jalan Melati 3. Tengah-tengah syiok makan tetiba hujan turun ngan lebatnya. Nasib baik ada khemah, jadi tak adalah basah tengah makan cuma banjir kilat sket-sket je... pun, tak adalah sampai kena pindah sebab basah kasut sikit je kalau tumit rendah. Cuti deepavali aku kali ini terisi lagi. Myhubby pergi kursus ke Kuantan selama 3 hari bermula hari Rabu sehingga Jumaat. Jadik, pada hari jumaat aku dan anak-anak merancang untuk ke kuantan untuk menyertai myhubby bercuti bersama selepas dia habis kursus. Yang pasti, anak-anak aku dah seronok nak tidur kat hotel dan mandi kolam. Dari Dungun ke Kuantan we all naik bas. Jadik hari khamis tu aku pi beli tiket. Perancangan aku adalah untuk tidak naik bas dua tingkat dan duduk di tingkat atas. Bila aku nak beli tiket, pasti aku tanya... " bas dua tingkat ke? Yang pasti aku tak pergi beli kat kaunter tiket bas SP Bumi dan Sani ekspress. At last, aku beli tiket bas Cepat ekspress yang bertolak pukul 10.30 pagi. Tapi, aku hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah itu lebih rapi. Esoknya pukul 10.30 pagi, bas yang ditunggu tak kunjung tiba. Khabarnya bas Cepat bermasalah. Nama aje cepat, tapilembap! Hampehh! Akhirnya, aku dan anak-anak aku dan beberapa orang penumpang Cepat tu dipindahkan ke Bas SP Bumi. Punyalah tak naknya naik bas dua tingkat.... kena jugak naik bas dua tingkat. bukan setakat kena duk tingkat atas... baris depan sekali pulak tu... Tuhan nak suruh jugak aku merasa duduk tingkat atas bas dua tingkat. Gayatnya perasaan aku jangan kiralah. Anak-anak aku happy je, aku yang panik. Masa naik bas tu, aku sempat berpesan pada pakcik drebar bas tu.
aku : pakcik !!jangan bawak laju sangat ya..
pakcik drebar bas: kalau bawak nak bawak slow.. naik keta lembu lah.
Dalam hati aku... : Ha Wau punya pakcik!!
Aku: tak adalah slow.. tapi jangan laju sangat.
Aku rasa mesti pakcik tu menyumpah seranah aku dalam hati yang memandai beri arahan kat dia.. Pedulik!!
Tak lama selepas bas tu bergerak, aku dengar pak drebar tu berbual dengan kawan dia....
Pakcik drebar bas: Laju keta tu weh!! Bakpe kalu keta laju orang dok maroh.. tapi kalu bas laju orang maroh sangak?
Aku menjawab dalam hati sebab aku duduk tingkat atas, kalau tak mesti dia dengar..: pakcik ni tongong ke apa!! Kau kan bawak nyawa ramai orang. Kalau naik keta kau bawa nyawa kau sorang je. Lantak kaulah nak bawak laju-laju ke.Tongong!! ada otak letak kat lutut. Pakcik ni tak boleh pikir ke..
At last kawan dia jawab kat drebar tu.. : orang kata.. ikut peraturan. Dan pakcik drebar tu terus senyap. sepanjang perjalanan aku sentiasa berdoa agar selamat. Uiii!! gayat weh terutamanya kat selekoh... rasa macam bas tu nak terbalik je. Akhirnya sampai jugak aku kat kuantan. Myhubby datang amik dan check in kat hotel MS Garden Kuantan yang terletak exactly sebelah Berjaya Megamall. Aku ni dah berangan nak pegi sauna lah, nak pegi tengok wayang lah citer Jin Notti... Tapi akhirnya jadi penunggu kolam tunggu anak-anak aku mandi, malam keluar makan sushi kat sushi Noya, balik hotel tidur dan esoknya sambung jadik penunggu kolam. By the way, worth it la stay kat hotel ni dengan kos 227 hingget semalam sebab semua kemudahan ada. Bilik pun besar. Maknanya boleh lambak lagi 5,6 orang atas toto. Tapi kalau aku nak pegi sauna ke memang tak boleh bawak budak-budak tu tidur...kena pegi dengan laki je. lenguh betul jadik penunggu kolam ni. Tengah-tengah diorang mandi aku suruh myhubby sambung pulak. Aku pegi merendek menjamu selera sorang-sorang makan dim sum kat restoran cina dalam hotel tu. Seramai-ramai pelanggan kat situ aku sorang aje Melayu. Yang lain semuanya Cina. Who cares!!! Lagipun aku dah konpem restoran tu halal. Redah ajelah. Bukan senang nak cari restoran cina jual dim sum yang halal. Aku amik 4 jenis dimsum. Sedap beb! Tapi aku tak abis makan sorang-sorang. Nak tapau takut tak boleh. Nak tanya segan. Tengok cina-cina yang makan kat situ.. tak ada sorang pun yang menapau. Agaknya tak boleh kot..!! So, lepas bayar aku pun baca surat khabar kat cashier tu bila tetiba salah sorang waitress tu tanya aku nak tapau ke tidak. La!! boleh tapau rupanya. Aku pun suruh ajelah dia tapau. Memang rezeki anak-anak akulah nak merasa dim sum tu. Moral of the story, jangan segan tanya... nanti rugi!!!
We all check out pukul 12.30 pm.On the way balik we all singgah rumah adik ipar aku kejap kat Beserah. Pas sembang we all terus ke rumah abang Lang aku kat Geliga sebab dia buat rumah terbuka. Dia buat nasi minyak dan aku sekeluarga orang yang pertama sampai. lepas menggumukkan diri, rehat-rehat... sembang-sembang... kitaorang pegi rumah abang Zahar pulak sebab nak jenguk abang zahar yang khabarnya lelah. Sampai aje rumah abang zahar tengok dia dah tak ada pergi baiki bot orang. Tengah semput pun boleh pegi buat keja. Pas lepak kejap rumah abang Zahar, kitaorang singgah rumah mak aku jap sebelum balik Dungun lepas maghrib. Si Yati naik bintat-bintat kat muka sebab allergik. Mungkin dia ada termakan santan kot masa kat umah pak lang tadi. Sian pulak kat dia. Sampai umah dah pukul 9 lebih... Nasib baik hari Ahad cuti... kalau tak kelam kabutlah aku nak prepare mengajor.
Masa hari Khamis petang baru ni jugak... keta Neo aku cedera. Orang pecahkan tingkap tepi belakang Neo tu dan telah mencuri notebook myhubby yang disorokkan bawah seat keta. Masa myhubby duk bercakap dengan aku on the way ke ketanya dia tersedar, si neo dah gongak. pucat lesi dia... manakan tidak... Notebook yang dicopet tu hak milik kerajaan. Report polis maknanya surcaj 14 ribu hingget, kena ganti kos notebook dan kenaikan gaji ditahan selama 5 tahun. Ngeri beb!! pihak pengurusan nak ganti kos baiki cermin tapi tidak notebook. Kalau hilang memang sianlah myhubby.. aku pun nganga jugaklah. Kalu jadik kat aku.. Nauzubillah la.. Tapi kalau jadik kat aku.. memang aku make sure dia pulangkan balik walau apa jua cara sekalipun.... Tak kiralah bomoh ke apa ke.... biar k***k orang yang curik tu keras cokeng tak turun-turun sepanjang masa sampai dia pulangkan notebook tu. Tapi kalau yang curi tu cipap? Whateverlah... hahaha!! Tapi, Allah itu maha kaya. Akhirnya notebook dijumpai tidak sampai sehari selepas dicurik. Notebook tu dicurik di Hotel Megaview tapi dijumpai oleh Security guard di celah tiang tepi dinding parking lot Berjaya MegaMall. Yang menyebabkan myhubby boleh dihubungi sebab dalam banyak-banyak disket yang ada dalam beg notebook tu ada satu keping CD yang ada mana dan no telefon cikgu sekolah di dungun ni. Jadi, pak guard tu contactlah cikgu pempuan tu dan cikgu tu syak notebook tu myhubby punya sebab myhubbykan glamor kat Dungun ni. Cikgu pempuan tu pun contactlah kawan myhubby dan kawan myhubby tulah contact myhubby memberitahu notebook dah dijumpai. Seriyes!!! Macam drama la! Boleh jumpa balik? Kawan-kawan sekursus dia dan aku macam tak percaya notebook yang hilang tu boleh dijumpai balik. Satu dalam sejutalah. Pengurus hotel tu kata mungkin laki aku kuat sembahyang kot... hehe... tapi aku percaya satu saja.. Kalau kita buat baik pada semua orang, kita ikhlas, buat kerja dengan ikhlas juga dan doa dari orang... kalau dalam kes myhubby mungkin doa dari anak-anak muridnya yang mengucapkan " salam sejahtera ke atasmu "setiap hari, mungkin doa dari ibu bapa... Allah akan membalas kebaikan kita dalam apa jua caranya... samada cepat atau lambat. Allah nak menduga dan pada masa yang sama nak kita sentiasa mengingatinya. Punyalah happy myhubby sampai dia bagi sedikit duit pada ketua security guard supaya dia belanja anak-anak buahnya makan. Bukan setakat itu, myhubby buat surat penghargaan kepada pihak hotel kerana sanggup bertanggungjawab mengganti cermin keta neo yang pecah dan juga pada pengurusan Berjaya megamall menyatakan penghargaannya pada security guard dan anak buahnya kerana sangat amanah melaksanakan tugas... Moral of the story... buatlah kebaikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dan balaslah kebaikan orang lain dengan kebaikan juga. Kalau tak mampu, cukuplah sekadar mendoakan agar yang membuat kebaikan tu sentiasa diberikan kesejahteraan. What goes around, comes around. Besok ada jamuan raya lagi kat tempat kerja aku. Bulan Syawal ni asyik makan, makan dan makan... lama-lama esok aku boleh jadik sebesar peti sejuk. Peti sejuk yang comel... Hahaha....