tensyen yang tak sudah

EEiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
Benci!! Benci!! Benci!!
Aku bengang tau!!!
Last 2 weeks aku kena buat soklan peksa . Kena buat 2 set plak tu.. Fine!! Aku tak kisahlah sebab tu memang dah antara keja hakiki aku pun. Dateline last hantar hari ni sebab hari ni start buat vetting soklan. Jadik pada hari Sabtu baru ni, aku telah membatalkan semua urusan aku kat luar, aku telah mengurangkan masa cuti aku ngan anak-anak semata-mata nak siapkan soklan peksa ni. Ahakss!! Dah nama pun buat last minute. Bayangkan.... Aku kan selepas buat breakfast ngan breakfast aku dah mengadap komputer buat soklan, berhenti masak tengahari, pas lunch mengadap balik komputer , pastu berhenti plak tuk makan malam, pastu sambung balik mengadap komputer buat soklan sampai pukul 1.30 pagi hingga siap complete set. Pendekata sampai leperlah punggung aku sehari suntuk duk atas kerusi yang keras tu sambil menggigil-gigil nyawa menyiapkan soklan.
Kemudiankan petang semalam dengan semangat berkobar-kobar aku pegi bilik Has nak minta CDRW sebab nak burn soklan sekaliharung dengan menghantornya sekali..
Tetibatibatiba di bilik Has...
' Kak Cemi, Has baru dapat memo dari Shah Alam kata kita tak payah buat soklan untuk paper kak cemi tu... dua dua sekali OB ngan HR. "
Bayaaaangkan kalo korang berada di kasut haku pada waktu itu... Apakah yang akan korang lakukaaaaaan???
Aku kan, aku kan... memang bengang betul waktu tu tau!1... Dahlah tingtongtingtong kat kepala aku ni belum habis lagi... Memang aku rasa nak mencarut je waktu tu yang mana aku rasa kalau aku mencarut pun memang sesuai benor lah. Tapi aku tak lah sampai jatuh ke tahap mencarut lagi... baru rasa-rasa je... Eiiii!!! tapikan aku rasakan aku akan benar-benar mencarut bila aku dah buat siap-siap, kemudian pergi vetting bawak soklan tetapi orang Shah Alam yang ada sekali waktu vetting tu tetiba kata tak payah buat.... Hah!! Waktu tu memang konpem!!! Memang aku pasti akan mencarut punyelah!.... tapi belakang diorang lah!! mana boleh carut depan boss wei!!! carut kat tiang ke, kat stereng keta ke atau kat tayar keta ke untuk melepaskan perasaan... Bengang! Bengang! Bengong!Bangang!! Semester depan aku tak nak buat soklan lagi dah. Aku nak recycle je soklan yang ada.