Aku tak pernah terfikir akan sampai ke rumah orang-orang tua dan tak tau pun ada rumah orang-orang tu kat Dungun hinggalah aku jejakkan kali pertama ke rumah Ehsan semalam. Asalnya aku tak volunteer nak pergi walaupun sebenarnya aku nak pergi sebab kena drive sendiri. Tak naklah aku pergi sensorang. Nasib baik kak bah ajak aku naik keta dia. So, pagi semalam aku, kak bah dan anak-anak dia dan kak Wa naik satu kereta ke sana. Amin pun aku bawak sekali sebab aku nak dia dia lihat sendiri orang-orang tua yang ditinggalkan dan yang tiada sesiapa. Dan aku nak dia tau jugak, satu hari nanti dia juga akan jadik seperti itu kalau ditinggalkan anak sendiri.
Kak bah bawak 3 plastik roti pizza yang nak diberi pada orang tua kat situ.. Sampai kat rumah Ehsan tu, pihak pengurusan sedang menguruskan jenazah orang tua kat situ yang baru meninggal dunia awal pagi tadi. Memang nak jadik rezeki si arwah sebab hari tu kebetulan ramai pelajar lelaki yang ada.. jadik ramailah yang menyembahyangkannya termasuklah Amin. Kalau tak hanya 3 empat orang kakitangan ajelah. Bila melihat diorang, aku terkenangkan diri sendiri yang tinggal tak berapa tahun lagi akan jadi seperti mereka. SAtu pendedahan untuk amin juga.
Kat situ, aku ditegur oleh seorang orang tua yang duduk atas kerusi roda di berandah wad. Oleh kerana makcik tu tak berapa mendengar aku hanya melayan je apa yang dia cakap. " Cikgu ka?tok ni orang Taiping. Tau tak kamunting? Tok duk situlah. Satu Kamunting tu tok tau!! Tok mai sini dah dua tahun... Tok tak mau mai sini.. tok sayang rumah tok tu... Tok ketua kampunglah antaq tok mai sini.. dia cakap ngan tok tak ada orang leh jaga tok.. jadik apa-apa kat tok tak ada orang tau.. kat sini ada orang jaga makan minum tok... tok tak mau... tok nangih.. Tok ada anak dua... sorang laki sorang pempuan .. tapi dah mati masa kecik.. kalo diaorang ada lagi diorang memang tak bagi tok duk sini... Masa tok mula duk sini, tok duk nangih je"... Aku dengar jelah luahan dia.. somtimes terdetik di hati aku, mungkin ada hikmah Allah ambik aak dia awal... Mungkin kalau anak dia ada lagi dia tambah derita. RAta-rata orang tua kat situ kebanyakannya tak mampu berjalan lagi. Syahdu tengok diorang.
Aku memang tersentuh tengok Amin yang jumpa, salam dan beri roti pizza pada semua orang tua. Even roti dah abis di dalam plastiknya dia tetap jumpa semua orang. Dan yang paling menyentuh hati aku bila aku tengok dia menyuap seorang tua yang tak boleh bercakap makan tanpa di suruh oleh sesiapa.. kak bah kat cakap kat aku , " Has!! Amin can take care of you. He has an empathy.. Cuma sok jangan kena hasut ngan bini sudah.. ". Harapnya begitulah bila dia besar nanti. Tak apalah kalau akademik ditakdirkan tak seberapa, tapi asalkan baik budi pekerti dan sayang orang tua.
Tengahari we all balik lepas jumpa semua orang tua yang pelbagai. Seriously, aku tak sedih sangat even aku happy tengok orang tua-orang tua kat situ sebab mereka terjaga dengan baik.. makan ,pakai, kebersihan semua cukup. Kesihatan pun dijaga dengan baik berbanding kalau duduk sorang diri. TApi aku sedih. sebab kebanyakannya ada anak tapi anak tak mampu jaga dan langsung tak jenguk mak ayah lepas hantar diorang ke rumah orang tua. Memang semua orang masa sihat akan kata tak minta apa-apa balasan dari anak... tapi bila kita dah tua, tak mampu dan berdaya.. tiada orang lain yang diharapkan melainkan anak-anak sendiri. Dan bila waktu perlu anak tak dipedulikan, waktu itulah juga kita akan mencemburui orang lain yang tak ada anak sebab mereka tak perlu sedih dan susahhati anak-anak tak peduli ke, tak jenguk ke. Masa tu rasa tak ada anak pun tak apa.. Dan aku sedih mengenangkan kalau akan datang nasib aku seperti mereka.. Tak sanggup... tapi tulah!! Kita tak tau apa akan terjadi pada kita akan datang.. berdoa sajalah agar satu hari nanti tidak jadi seperti itu.. Aku doakan agar kak Bah sentiasa dimurahkan rezeki.. Next time aku akan ke sana dan bawak anak-anak aku lagi.