hilangkan rasa gundah

It was already late when we pushed off to Pasir Mas last Friday. Plan asal nak bertolak awal. Sepatutnya ambik mak hari Khamis, tapi sebab malam Jumaat tu ada kawan buat solat hajat masuk rumah baru so tak dapatlah ambik mak sebab dah lewat sangat. Mak aku pun dah tidur, so tak nak lah kacau dia. Sudahnya tunggu paklang datang rumah sekali bawak mak dan terus bertolak berramai-ramai 2 kereta. Hari dah menjengah tengahari tapi batang hidung paklang tak nampak-nampak lagi. Bila call pak lang katanya kat opis dia lagi.. Tak larat nak tunggu sebab perut pun dah bising-bising sebab lapar, aku terus masak asam pedas ayam, goreng ikan masin, rebus telur masin dan sayur goreng untuk lunch. Aku dah agak memang sure abang aku tu lambat. Dah kenyang makan tengahari tapi dia masih tak sampai lagi hinggalah pukul 4.00 pm. Sampai je rumah terus dia tanya ada makanan ke idak sebab dia lapar tak makan lagi.. Nasib aku masak lebih.. kalau tak kebulurlah abang aku satu famili. Pukul 4.30 sharp kitorang bertolak. Half way kat Jerangau tiba-tiba aku teringat aku lupa nak bawak pasport antarabangsa aku... Maka hancur berkecailah impian aku nak masuk berjoli kat Thailand. Kemudian we all singgah minum petang di restoran kak Zah kot yang letaknya betul-betul bersebelahan simpang nak ke Sekayu tu. Dah minum sambil mendengar ceramah kesihatan dari paklang kita terus bergerak dan sampai kat Seri DElima homestay kat pasir mas tu lebih kurang pukul 10.00 malam. Family aku share ngan family akak Juyah. Family abang Dzul stay ngan Ainul dan family pak Long. Pak lang stay kat rumah mentua dia kat Tendong. Malam tu myhubby terus pengsan tak sedar diri sebab penat driving dan aku menggosok semua baju so nanti tak adalah tergopoh gapah nak menggosok keesokan harinya...


Majlis nikah start pukul 10.30 pagi kat masjid Sungai Pinang, Tumpat. Kitoarang sampai awal dan sebab masa sampai tu tak ada orang pun lagi. Pukul 10.00 lebih kelibat tok kadi muncul dan majlis akad nikah pun bermula dengan myhubby jadik salahsorang saksi. Surprisingly, majlis akad nikah kat sini senang sangat dan cepat sangat. Sampai aku rasa macam akad nikah ni macam ala-ala main pondok-pondok gitu. Akudah pergi banyak majlis akad nikah di KL, negeri Sembilan, Sgamat dan Kedah tapi inilah yang paling simpale. SAmapi aku tak tau bila pengantin lelaki abis baca taklik. Even, tak adapun upacara sibuk-sibuk check hantaran dan duit maskawin..tiba-tiba selesai je.. Aku rasakan... agaknya tulah sebab ramai orang suka nikah kat sempadan.. senang.. tak banyak songeh ,tak banyak interbiu dan tak banyak deraan mental.


Abis akad nikah terus pergi rumah pengantin perempaun yang terletak kat masjid tu. as usual aku tak sibuk-sibuk pun naik ke atas rumah pengantin perempuan dan bergambar sebab aku lebih selesa sibuk-sibuk makan dulu. Memang derhaka dan tak prihatin punya mak sedara..hehe!!! who cares!! Yang penting aku datang jugak merai majlis. Abis makan terus we all pergi ke Pengakaln Kubor. Tapi aku tak shopping sakan. Myhubby beli cooler pastu dia beli panadol sebab sakit kepala. pas dia beli dia terus lepak dalam cukai. Tinggallah aku dengan Amin. Puas berjalan at last aku beli tudung, jam untuk anak-anak aku, baju dan spek hitam untuk Amin dan sehelai tshirt emporio armani untuk myhubby.


Esoknya 14 hb majlis menyambut menantu di rumah mak kakAishah di JKR pasir Mas. Sambil makan we all celebrate birthday Musa yang jatuh pada hari Valentine.. Pas lepak kejap.. aku pun balik dan plan untuk ke rantau panjang dibatalkan sebab udah letih dan tak dok pitih doh.


Ok.. times up!! nak buat kerja laen plak..


Fakta-fakta:


I'm happy, anak-anak happy sebab dapat berjalan...

Kesian kat mak asyik menung je.. adalah tu yang mengusik jiwanya

Aku berkenan dengan basikal Jepun.. tak ada kat dungun

Nasik berlauk dia laenlah

Sampah-sampah banyaklah

Orang kaya ramailah..

Makanan murahlah..

Nak kawen senanglah... hehe!!












materialistik


























Paris hilton celup ngan spek pinjam




















































Muhammad dan Che Hasliza... Selamat pengantin baru..

Moga kekal ke anak cucu.