Tengah awal pagi tadi masa tengah kalut-kalut nak hantar anak sekolah tetiba aku dengar suara nyaring anak kucing kat rumah jiran. Aku tak ambik kisah sanat lagi bila tetiba-tiba anak-anak aku jumpa dua ekor anak kucing yang tak putus tali pusat kat bawah si cukai. Nasib baek tersedar awal... kalau tak nanti mesti ada orang bengkak mata pegi keja dan trauma sebab jadik pembunuh. Sah, ni mesti kerja kucing aku si Albin yang beranakkan anak luar nikah dia merata-rata dan aku agak si suspek tu jugak beranak kat rumah sebelah dan tinggalkan anak dia kat situ. Seramai 4 kucing betina aku yang mengandung anak haram, tinggal dia je sekor lagi yang belum beranak lagi. Oleh kerana suspek tak kelihatan di mana-mana, anak kucing yang dua ekor tu aku tumpangkan sementara kat ibu si Albin yang baru je beranak 2 minggu lepas. Pas aku antar anak aku ke sekolah, aku balik rumah pulak nak selesaikan masalah ibu beranak ni. Bila aku jenguk je anak kucing dua ekor tu, rupanya jatuh ke bawah dah sebab tak diterima ibu tumpangnya. Padahal bukan orang laen pun, cucu dia jugak. Kejam betul nenek ni! Dah jadik satu kerja pulak aku ni setiap kali kucing aku beranak aku kena jadik bidan terjun tukang potong tali pusat anak kucing.. Dari mula mak kucing beranak sampai ke 2 generasi. Mesti mak aku gelak kat aku kalau dia tau aku jadik tukang potong tali pusat anak kucing nih! tak pun dia kata aku bengong.. tak ada keja cari keja. hehehe!!! Nak buat macamana, aku dah sayang kucing-kucing aku tu yang asalnya dari kucing yang terbiar. At last, aku jumpa suspek tu bila dia balik nak makan. Betullah konpem dia yang beranak bila aku tengok perut dia dah ramping. Masalah aku jugak selesai bila aku dah jumpa anak kucing yang sekor lagi dia tinggalkan kat rumah sebelah dan bila aku dah letakkan dia sekali dengan adik dia si salesa yang juga baru lepas beranak 2 hari yang lepas. Tapi tertonggeng-tonggeng jugaklah aku nak selesaikan masalah ibu kucing baru first time beranak tapi tak pandai ni. So sekarang ni, kucing kat rumah aku dah jadik 19 ekor..... 4 ibu, sekor jantan remaja yang masih teruna dan 14 anak kucing yang berumur dari sehari sehinggalah dua minggu. Kalau sekarang ni 1 pek 7 kg makanan kucing sebulan, nanti jadik 2 pek sebulan. Bertambah lebar jugaklah senyuman auntie kedai haiwan kat kuala dungun tu. Kalau mak aku tau ni, memang konpem dia berleter potpetpotpet sekarung kat aku. Actually ari tu pun dia dah sound kat aku sebab tak bagi makan pil perancang kat kucing2 betina aku. Bukan aku tak nak bagi, tapi aku tak reti nak masukkan tablet dalam mulut kucing. Hari tu masa aku cuba nak bagi makan pun hampir kiamat dibuatnya kat rumah aku tu. At last pil perancang tu aku bagi balik kat mak aku. Tak apalah, kali ni je aku bagi chance kat kucing tu cari boipren dan beranak. Pasni kalau tak larat nak bagi makan pil perancang, aku bawak pi klinik haiwan je ikat terus. YAng pasti, ahli keluarga aku dah bertambah ramai dan anak-anak aku termasuklah aku sekali akan mula merangka nama-nama anak kucing yang akan di 'chop' . Sebab kucinglah jugak aku lambat masuk opis hari ni dan tempat parking aku di barisan pertama di tempat orang-orang beriman dah diambik orang.
TAdi meeting akademik, merasa jugaklah aku naik mazda x3 si zetti dari opis ke dewan bakawali. sekejap pun tak apalah. Keluar je dari keta, aku terus tekan remote keta, tapi tak da bunyi. "Eh!! Kenapa tak bunyik ni? '. Aku tekan sekali lagi bila aku tersedar yang aku cuma menumpang keta orang tapi tak sedar diri perasan macam bawak keta sendiri... beria tekan remote si cukai sedangkan sicukai ada di saf belakang tempat orang-orang beriman... Tak pasal aku kena gelak dek tuan punya keta x3 yang comel tu secomel tuannya dan yang menumpangnya... muahahaa!! dah mula tak sedar diri lagi. tuh!! Masa tengah meeting Kak bah sempat lagi promote jadi ajk kelas swimming nak yang nak ditubuhkan since kak bah ada keahlian Mayangsari Resort kat rumah aku tu. Yuran RM20 sebulan.. Hmmm!! menarik tu!! Aku ni tak pandai berenang, jadik boleh lah belajar berenang.. Tapi!! aku risau gak masuk kolam renang dewasa ni.. selama ni aku duk masuk main kat kolam kanak-kanak je... itupun ada alasan sebab nak jaga anak aku.. Aku ni bukan apa. aku bimbang kalau bila masuk je kolam tu, tak sempat nak terapung lagi terus 'bedebub' tenggelam ke dasar kolam sebab berat sangat.... ahakks!! Malu je!!! Tu yang buat aku pikir dua ribu riban kali nih!!
Selamat bercuti dan selamat menyambut Maulidurrassul. Marilah kita berarak beramai-ramai esok.