
Lewat pukul 11.00 pm malam Jumaat yang lepas aku ke dapur nak minum air, bila dengar macam bunyi hujan. Aku ingatkan hujan tapi tak rasa sejuk pun. Just to make sure hujan ke idak, aku pun bukak pintu dapur... Haaa !! Punyalah terkejut badak aku tengok kawasan semak berhampiran belakang dapur aku duk terbakar. Panik jangan kiralah sebab api besar.. sesekali bila angin tiup api tu makin besar dan semakin hampir ngan dapur aku. Aku call myhubby yang kebetulan kat sekolah sebab ada tournament badminton. Pastu aku call Na jiran depan rumah aku.. menggigil-gigil jugaklah suara aku takut beritahu belakng dapur rumah aku terbakar. Kalau korang kat situ pun mesti panik jugaklah tengok api besar tu. Dalam kepala otak aku duk pikir dah nak basahkan rumput belakang rumah aku guna paip belakang rumah aku tu. Tapi mengenangkan api besar tu sure tak jalan punya, tambah lagi aku dah rasa bahang panas api tu.
Nasib baik tak lama pastu bomba datang. Jiran aku boleh tak sedar api duk marak belakang rumah dia sebab duk nyenyak tidur, naseb baek api tu tak sambar rumah dia sebab rumah dia rumah kayu. Jiran aku si Na pulak masa tengah duk mamai tu pas aku call, dia kejutkan laki dia cakap dapur rumah aku terbakar... Nasib baek jugak api tu tak sempat sampai dan membakar rumah aku pulak, kalau idak, nampak gayanya duduk dalam sicukai kami anak beranak ataupun kalau jenis tidur mati tak sedar apapun, silap aribulan tinggal tengkoraklah aku anak beranak.
Lesson learnt : Mesti sentiasa tidur tidur ayam bukan macam ayam... Nauzubillah