aku bila lagi?

Aku tumpang gembira dengan kawan-kawan aku yang ramai dah sambung belajar. Azlina dah nak graduate, Dina kat Wollongong, Yati kat Nottingham, Azeni dan Jolin kat Perancis pun dah half way lagi nak abes. Itu tak kira lagi si Khamis , najihah, Atiqah, Abi yang tengah cuti belajar dalam negeri . Sekarang, Rozi, Has , Nisa dan kong pulak da interbiu scholarship.. Dengar diaorang cakap scholarship ada ke Denmark la, peranchis la, kanada , Jepun...sebab tuition fees murah rasa teruja je plak. TApi memikirkan nak kena tau bahasa laen sedangkan bahasa sendiri pun duk tunganglanggang tambah lagi belum tau lagi boleh adapt ke idak dengan environment kat sana tambahlagi kalau dah lidah sambal belacan.. Tambah lagi kalau kat Jepun tu dengan cost of living yang sangat mahal especially kat Bandarayanya buat aku kata baik tak payahlah .. bermimpi ajelah.
Aku cukup respek dengan diorang ni.. Aku kira diorang sangat cekal dan aku rasa aku tak sekuat diorang. Sometimes tak larat nak dengar orang bertnaya bila nak sambung. Hati lagi terusik bila ada ex student lagi advance dari kita dan kawan-kawan yang bakal tamat kelak dengan gelaran baru.
Macamana nak sambung, proposal tak ada lagi.. title proposal pun kabur lagi... cuma sudah membayangkan area dan sapa supervisor yang nak disentap tapi tak approach lagi dan tak tau bila nak meminang dia. YA Allah!! Kau sejahterakan dan panjangkan umur Dr di KUSTEM tu...supaya kelak bila aku betul-betul tergerak hati untuk sambung ,wahyu datang sekali dengan tajuk, waktu itu dia masih hidup dan sihat walafiat lagi untuk aku pinang jadi supervisor aku.
Bila? TAk taulah lagi..InsyaAllah... Only time will tell. Sekarang ada banyak komitmen lagi... Duk berterabur lagi ni ha, anak pun kecik lagi. Like what myhubby said.. " Masa buat Master pun tungganglanggang". But when time comes, I will not apply for scholarship .. I just dont wanna be tied up by time.. Nanti pressure. So.. part time ajelah.. bila? bila-bila sajalah..hehehe!
To all my friends, good luck in your study.. I will always pray for your success.. especially to my dearest Dina...
Nota kaki blingbling: Baru ni aku terjumpa si Atiqah yang tengah cuti belajar.. aku tengok dia makin berisi.. lagilah aku ngeri nak sambung.. aku ni dah lah bulat takut lagi membulat macam buah pomelo... ahakss!!