
Aku tengok verandah rumah tu berselerak dan agak kotor dan aku agaklah kedai sebelah rumah tu mungkin tuanrumah yang berselerak tu yang mana kesimpulan yang aku buat adalah tuanrumah itu pemalas dan tak jaga kebersihan rumah. Kalau tuanrumah tu bukak kedai makan, memang aku takkan pegi makan kat situ.
Tak lama kemudian, datanglah penjual aiskrim yang naik motor bersama locengnya. Bila penjual aiskrim tu sampai je, aku nampak dua orang budak yang sedang main berlari ke arah penjual motor tu nak beli aisrim. SAlah sorang dari budak tu berlari meluru masuk ke dalam kedai, mungkin nak mintak duit dari mak dia kot dan sorang lagi order aiskrim. Aku terus memerhatikan dua beradik ni, sorang order roti aiskrim dan sorang lagi order aiskrim dalam kon. Aku perhatilah penjual aiskrim ni menyediakan aiskrim untuk budak-budak tu. Aku tengok roti yang telah dikepit aiskrim tu diletakkan atas tong aiskrim tu sementara dia sediakan aiskrim kon. Budak 2 beradik tu aku tak tau plak ke mana sementara si mamat jual aiskrim sibuk sediakan aiskrim untuk diorang. Aku pikirkan hampir sehari suntuk si Mamat jual aiskrim duk ke hulu ke hilir menjual aiskrim tu dengan tong atas motor tu, entah berapa banyak habuk tanah dan debu yang melekat atas tong tu yaang tak nampak dek pandangan mata kasar. Aku tak nampaklah pulak si mamat jual aiskrim tu mengelap tong tu.. dan si mamat tu telah meletakkan roti aiskrim yang dia dah buat atas tong tu sementara dia nak sediakan aiskrim yang lagi satu. BAyangkan berapa banyak kuman-kuman ke yang melekat kat roti tu. Itu tak termasuk lagi si mamat penjual aiskrim tu yang dah pegang handle motor dia, lap peluh ke, korek telinga dia yang gatal ke, atau pas korek taik idung dia kemudian pegang roti dan aiskrim kon tanpa basuh tangan terlebih dulu... Kemudiankan, dia pun naik dan start motor sambil pegang roti aiskrim dan menunggu dua beradik tu yang berlarian datang ambik aiskrim dan membayarnya. Pas budak tu bayar, masa budak-budak tu duk pegang dan baru nak menikmati aiskrim, si Mamat tu menekan minyak dan berlalu pergi dengan asap ekzos motor yang hitam tu betul-betul kena kat budak-budak tu. Maknanya asap ekzos motor tu memang kena aiskrim yang budak-budak tu duk pegang... Aku duk imagine.. no wonderlah budak-budak duk kejar dan tunggu penjual aiskrim tong ni... sedap gamaknya dan banyak perisa. Hehehe!!
Berbalik pada budak-budak ni pulak... aku konpem diaorang tak basuh tangan sebelum menikmati aiskrim tu. aku perati budak-budak tu main samapai diorang berlari beli aiskrim tapi tak ada aksi yang menunjukkan diorang basuh tangan.. Bayangkan si abang yang khusyuk mencubit roti yang letak di atas tong yang berdebu, dipegang oleh tangan si mamat jual aiskrim yang tak berbasuh, pastu bercampur plak ngan azab ekzos motor tu, diseletkan aiskrim dan dimasukkan ke dalam mulut menggunakan tangan yang tak dibasuh... Huiii!! SEdapkan... hehehe!! Si adik pulak dengan tangan yang tak berbasuh jugak khusyuk menjilat aiskrim kon yang dipegangnya di atas pangkin di bawah pokok mangga. Sebelah tangan pegang aiskrim kon, sebelah tangan lagi duk pegang sana-sini. Tak lama selepas itu, tiba-tiba aku lihat si abg memanjat pokok mangga dengan sebelah tangan memegang roti aiskrim tu, makin lama main tinggi hinggalah ke atas dahan. Bayangkan, tangan dia yang sebelah lagi digunakan untuk memegang batang dan dahan pokok yang konpem berdebu dan kotor semasa memanjat pokok mangga dan sebelah lagi duk pegang roti aiskrim. Sampai di dahan pokok tu, dia duduk senyap kat atas sambil mencubit roti dan dimasukkan ke mulut menggunakan tangannya yang memegang pokok masa memanjat tadik. Rupanya mengelak adik perempuannya yang baru sampai mengendeng dan mintak aiskrim tu dari dia. Memang dasar kedekut punya abang. Kesian kat adik tu merengek nak aiskrim sambil memandang abangnya yang duk senyap makan aiskrim di atas tanpa mempedulikan dia.
Sambil duk perati gelagat budak-budak tu dari awal dia berlari membeli aiskrim sampai dioarang makan aiskrim tu sampai abes.. aku terpikirkan berapa banyak kuman dan bakteria yang dah masuk dalam perut budak-budak tu. Aku terpikirkan jugak tahap kebersihan aiskrim tu semasa penyediaan hinggalah aiskrim tu sampai kat budak-budak tu. SAkit atau tidak budak-budak tu lepas ni, bergantung pada ketahanan budak-budak tu. Bila mengingatkan yang aku juga pernah membeli aiskrim dari penjual aiskrim tong ni menyebabkan tekak aku tetiba kembang. Bayangkan dia baru pas korek tahi idung dia tu, dia pegang pulak kon aiskrim yang aku beli... Tak sanggup aku mengenangkannya..... hehe!! Dah lepas!! Sebelum ni masa beli tak pikir dulu orang tu baru pas korek taik hidung dia ke atau baru pas hembus hingus dia ke dengan tangan. Semalam baru kau realize benda benda tu suma pas banyak kali beli dan melantak aiskrim tu. huhu!!! Geli!!
Lesson learnt: pasni jangan sesekali beli aiskrim dari pakcik jual aiskrim tong melainkan nampak dia bawak air basuh tangan.... dan pasni aku takkan bagi anak-anak aku beli aiskrim dari penjual aiskrim tong lagi.