Aku dan anak-anak aku pakai baju sedondon masa pegi sambutan maulidurasul kat tempat aku kerja. 7.30 pagi aku sampai tapi yang aku nampak kat tempat perbarisan untuk kelab aku ada 6 orang je. WAh!! panik jangan kiralah.. takkan lah nak berarak 10 orang je. Malulah beb... tunggu punya tunggu at last nampaklah kelibat bayang anak-anak buah aku. Leganya aku!! KAlau tak mau aku cabut kepala aku dan sorok dalam baju sebab malu. ahakss! Perarakan start pukul 8.00 pagi. Nasib baik tak pusing satu bandar dungun... mau pengsan aku dibuatnya. Pas perarakan ada ceramah kat dalam pusat Hidayah. Malangnya oleh kerana terlalu khusyuk dan tawadhuk mendengar ceramah, lagipun sedap je suara penceramah bagai membuaiku menyebabkan aku hanya dapat intipati awal, tengah dan wassalam je.. hehe!Letihlah..
Tapi yang sebenarnya aku bengang sebab adalah segelintir orang yang tak benarkan student join aktiviti dengan buat test. Apalah masalah diorang ni ha!! Kalau tak suka orang buat majlis maulidurrasul.. Fine!! itu hak kau dan dan memang masing-masing ada pendapat sendiri tentang majlis maulidurrasul.. Tapi kalau kau tak suka, janganlah sekat orang lain yang nak join aktiviti ni... entahlah!! aku nak kata tolol berdarah kat diorang ni kang.... masalahnya diorang ni cerdik pandai... pendekata memang cerdiklah... atau patut aku kata ada otak tapi letak kat lutut? .. Kan dah jelas peraturan kata tak boleh buat sebarang kelas atau test atau seumpamanya sewaktu hujung minggu kerana hujung minggu adalah ruang untuk pelajar berehat dan membuat aktiviti.. Aku tak tau nak kata apa... tapi aku memang benganglah... Apa agaknya yang dia rasa bila dia buat program, tetiba anak murid dia kata tak boleh datang sebab buat ada test dan tak leh tangguh... mesti dia bengang jugakkan... Macamana aku boleh describe diorang ni? Selfish?? Mungkin kot..