dialog petang khamis

Yati : Ibu, nanti bila Yati besar nanti, Yati nak duduk dengan ibu... Yati nak jaga ibu..

Aku : Mana boleh Yati duk ngan ibu.. nanti Yati kawin ada laki kenalah Yati duk ngan suami Yati. Tapi kalau nak duk ngan ibu, ibu tak kisah...

Amin: Amin nak duduk ngan ibu ngan abaaaahhh!!

Aku : Baguslah Amin nak duk ngan ibu.. boleh jaga ibu ngan abah... tak yah duk jauh-jauh!!

Tiba-tiba ... abahnya bersuara..


Myhubby: Eh !! Mana boleh!! Dah besar sok.. duk lah rumah masing-masing.. buat apa nak duk ngan ibu ngan abah... biar abah duk berdua ngan ibu je lah.. ( wah!!!)

Aku : Ibu nak duk ngan anak-anaklah.

Myhubby : Kalu cenggitu!! Ibu duduklah ngan anak-anak... biar abah duduk sorang-sorang!!!


Hehehe!!! TAk terkata aku...



Sometimes aku rasa aku macam arwah abah. kalau boleh nak anak-anak duduk dekat-dekat. Cuma bezanya abah mssa anak-anak sekolah kalau masuk asarama penuh dia tak kisah menghantarnya. Tapi tidak aku.. aku tidak akan sesekali benarkan anak-anak aku tinggal di asrama. Aku tak nak kasih sayang anak-anak aku berkurang sebab membesar dengan kawan-kawan dan bukan di depan mata aku sendiri. Susah menghantar setiap hari aku tidak kisah asalkan anak-anak aku di depan mata sebab lambat laun diorang tetap akan jauh dari aku satu hari nanti. Lagipun, kurikulum sekolah menengah biasa dan asrama penuh tiada bezanya. Ok dah.. sambung keja pulak.