Ehsan.

Aku tak pernah terfikir akan sampai ke rumah orang-orang tua dan tak tau pun ada rumah orang-orang tu kat Dungun hinggalah aku jejakkan kali pertama ke rumah Ehsan semalam. Asalnya aku tak volunteer nak pergi walaupun sebenarnya aku nak pergi sebab kena drive sendiri. Tak naklah aku pergi sensorang. Nasib baik kak bah ajak aku naik keta dia. So, pagi semalam aku, kak bah dan anak-anak dia dan kak Wa naik satu kereta ke sana. Amin pun aku bawak sekali sebab aku nak dia dia lihat sendiri orang-orang tua yang ditinggalkan dan yang tiada sesiapa. Dan aku nak dia tau jugak, satu hari nanti dia juga akan jadik seperti itu kalau ditinggalkan anak sendiri.
Kak bah bawak 3 plastik roti pizza yang nak diberi pada orang tua kat situ.. Sampai kat rumah Ehsan tu, pihak pengurusan sedang menguruskan jenazah orang tua kat situ yang baru meninggal dunia awal pagi tadi. Memang nak jadik rezeki si arwah sebab hari tu kebetulan ramai pelajar lelaki yang ada.. jadik ramailah yang menyembahyangkannya termasuklah Amin. Kalau tak hanya 3 empat orang kakitangan ajelah. Bila melihat diorang, aku terkenangkan diri sendiri yang tinggal tak berapa tahun lagi akan jadi seperti mereka. SAtu pendedahan untuk amin juga.
Kat situ, aku ditegur oleh seorang orang tua yang duduk atas kerusi roda di berandah wad. Oleh kerana makcik tu tak berapa mendengar aku hanya melayan je apa yang dia cakap. " Cikgu ka?tok ni orang Taiping. Tau tak kamunting? Tok duk situlah. Satu Kamunting tu tok tau!! Tok mai sini dah dua tahun... Tok tak mau mai sini.. tok sayang rumah tok tu... Tok ketua kampunglah antaq tok mai sini.. dia cakap ngan tok tak ada orang leh jaga tok.. jadik apa-apa kat tok tak ada orang tau.. kat sini ada orang jaga makan minum tok... tok tak mau... tok nangih.. Tok ada anak dua... sorang laki sorang pempuan .. tapi dah mati masa kecik.. kalo diaorang ada lagi diorang memang tak bagi tok duk sini... Masa tok mula duk sini, tok duk nangih je"... Aku dengar jelah luahan dia.. somtimes terdetik di hati aku, mungkin ada hikmah Allah ambik aak dia awal... Mungkin kalau anak dia ada lagi dia tambah derita. RAta-rata orang tua kat situ kebanyakannya tak mampu berjalan lagi. Syahdu tengok diorang.
Aku memang tersentuh tengok Amin yang jumpa, salam dan beri roti pizza pada semua orang tua. Even roti dah abis di dalam plastiknya dia tetap jumpa semua orang. Dan yang paling menyentuh hati aku bila aku tengok dia menyuap seorang tua yang tak boleh bercakap makan tanpa di suruh oleh sesiapa.. kak bah kat cakap kat aku , " Has!! Amin can take care of you. He has an empathy.. Cuma sok jangan kena hasut ngan bini sudah.. ". Harapnya begitulah bila dia besar nanti. Tak apalah kalau akademik ditakdirkan tak seberapa, tapi asalkan baik budi pekerti dan sayang orang tua.
Tengahari we all balik lepas jumpa semua orang tua yang pelbagai. Seriously, aku tak sedih sangat even aku happy tengok orang tua-orang tua kat situ sebab mereka terjaga dengan baik.. makan ,pakai, kebersihan semua cukup. Kesihatan pun dijaga dengan baik berbanding kalau duduk sorang diri. TApi aku sedih. sebab kebanyakannya ada anak tapi anak tak mampu jaga dan langsung tak jenguk mak ayah lepas hantar diorang ke rumah orang tua. Memang semua orang masa sihat akan kata tak minta apa-apa balasan dari anak... tapi bila kita dah tua, tak mampu dan berdaya.. tiada orang lain yang diharapkan melainkan anak-anak sendiri. Dan bila waktu perlu anak tak dipedulikan, waktu itulah juga kita akan mencemburui orang lain yang tak ada anak sebab mereka tak perlu sedih dan susahhati anak-anak tak peduli ke, tak jenguk ke. Masa tu rasa tak ada anak pun tak apa.. Dan aku sedih mengenangkan kalau akan datang nasib aku seperti mereka.. Tak sanggup... tapi tulah!! Kita tak tau apa akan terjadi pada kita akan datang.. berdoa sajalah agar satu hari nanti tidak jadi seperti itu.. Aku doakan agar kak Bah sentiasa dimurahkan rezeki.. Next time aku akan ke sana dan bawak anak-anak aku lagi.

Sambutan maulidurasul jumaat lepas.

Aku dan anak-anak aku pakai baju sedondon masa pegi sambutan maulidurasul kat tempat aku kerja. 7.30 pagi aku sampai tapi yang aku nampak kat tempat perbarisan untuk kelab aku ada 6 orang je. WAh!! panik jangan kiralah.. takkan lah nak berarak 10 orang je. Malulah beb... tunggu punya tunggu at last nampaklah kelibat bayang anak-anak buah aku. Leganya aku!! KAlau tak mau aku cabut kepala aku dan sorok dalam baju sebab malu. ahakss! Perarakan start pukul 8.00 pagi. Nasib baik tak pusing satu bandar dungun... mau pengsan aku dibuatnya. Pas perarakan ada ceramah kat dalam pusat Hidayah. Malangnya oleh kerana terlalu khusyuk dan tawadhuk mendengar ceramah, lagipun sedap je suara penceramah bagai membuaiku menyebabkan aku hanya dapat intipati awal, tengah dan wassalam je.. hehe!Letihlah..

Tapi yang sebenarnya aku bengang sebab adalah segelintir orang yang tak benarkan student join aktiviti dengan buat test. Apalah masalah diorang ni ha!! Kalau tak suka orang buat majlis maulidurrasul.. Fine!! itu hak kau dan dan memang masing-masing ada pendapat sendiri tentang majlis maulidurrasul.. Tapi kalau kau tak suka, janganlah sekat orang lain yang nak join aktiviti ni... entahlah!! aku nak kata tolol berdarah kat diorang ni kang.... masalahnya diorang ni cerdik pandai... pendekata memang cerdiklah... atau patut aku kata ada otak tapi letak kat lutut? .. Kan dah jelas peraturan kata tak boleh buat sebarang kelas atau test atau seumpamanya sewaktu hujung minggu kerana hujung minggu adalah ruang untuk pelajar berehat dan membuat aktiviti.. Aku tak tau nak kata apa... tapi aku memang benganglah... Apa agaknya yang dia rasa bila dia buat program, tetiba anak murid dia kata tak boleh datang sebab buat ada test dan tak leh tangguh... mesti dia bengang jugakkan... Macamana aku boleh describe diorang ni? Selfish?? Mungkin kot..

Breath again

Tengah awal pagi tadi masa tengah kalut-kalut nak hantar anak sekolah tetiba aku dengar suara nyaring anak kucing kat rumah jiran. Aku tak ambik kisah sanat lagi bila tetiba-tiba anak-anak aku jumpa dua ekor anak kucing yang tak putus tali pusat kat bawah si cukai. Nasib baek tersedar awal... kalau tak nanti mesti ada orang bengkak mata pegi keja dan trauma sebab jadik pembunuh. Sah, ni mesti kerja kucing aku si Albin yang beranakkan anak luar nikah dia merata-rata dan aku agak si suspek tu jugak beranak kat rumah sebelah dan tinggalkan anak dia kat situ. Seramai 4 kucing betina aku yang mengandung anak haram, tinggal dia je sekor lagi yang belum beranak lagi. Oleh kerana suspek tak kelihatan di mana-mana, anak kucing yang dua ekor tu aku tumpangkan sementara kat ibu si Albin yang baru je beranak 2 minggu lepas. Pas aku antar anak aku ke sekolah, aku balik rumah pulak nak selesaikan masalah ibu beranak ni. Bila aku jenguk je anak kucing dua ekor tu, rupanya jatuh ke bawah dah sebab tak diterima ibu tumpangnya. Padahal bukan orang laen pun, cucu dia jugak. Kejam betul nenek ni! Dah jadik satu kerja pulak aku ni setiap kali kucing aku beranak aku kena jadik bidan terjun tukang potong tali pusat anak kucing.. Dari mula mak kucing beranak sampai ke 2 generasi. Mesti mak aku gelak kat aku kalau dia tau aku jadik tukang potong tali pusat anak kucing nih! tak pun dia kata aku bengong.. tak ada keja cari keja. hehehe!!! Nak buat macamana, aku dah sayang kucing-kucing aku tu yang asalnya dari kucing yang terbiar. At last, aku jumpa suspek tu bila dia balik nak makan. Betullah konpem dia yang beranak bila aku tengok perut dia dah ramping. Masalah aku jugak selesai bila aku dah jumpa anak kucing yang sekor lagi dia tinggalkan kat rumah sebelah dan bila aku dah letakkan dia sekali dengan adik dia si salesa yang juga baru lepas beranak 2 hari yang lepas. Tapi tertonggeng-tonggeng jugaklah aku nak selesaikan masalah ibu kucing baru first time beranak tapi tak pandai ni. So sekarang ni, kucing kat rumah aku dah jadik 19 ekor..... 4 ibu, sekor jantan remaja yang masih teruna dan 14 anak kucing yang berumur dari sehari sehinggalah dua minggu. Kalau sekarang ni 1 pek 7 kg makanan kucing sebulan, nanti jadik 2 pek sebulan. Bertambah lebar jugaklah senyuman auntie kedai haiwan kat kuala dungun tu. Kalau mak aku tau ni, memang konpem dia berleter potpetpotpet sekarung kat aku. Actually ari tu pun dia dah sound kat aku sebab tak bagi makan pil perancang kat kucing2 betina aku. Bukan aku tak nak bagi, tapi aku tak reti nak masukkan tablet dalam mulut kucing. Hari tu masa aku cuba nak bagi makan pun hampir kiamat dibuatnya kat rumah aku tu. At last pil perancang tu aku bagi balik kat mak aku. Tak apalah, kali ni je aku bagi chance kat kucing tu cari boipren dan beranak. Pasni kalau tak larat nak bagi makan pil perancang, aku bawak pi klinik haiwan je ikat terus. YAng pasti, ahli keluarga aku dah bertambah ramai dan anak-anak aku termasuklah aku sekali akan mula merangka nama-nama anak kucing yang akan di 'chop' . Sebab kucinglah jugak aku lambat masuk opis hari ni dan tempat parking aku di barisan pertama di tempat orang-orang beriman dah diambik orang.
TAdi meeting akademik, merasa jugaklah aku naik mazda x3 si zetti dari opis ke dewan bakawali. sekejap pun tak apalah. Keluar je dari keta, aku terus tekan remote keta, tapi tak da bunyi. "Eh!! Kenapa tak bunyik ni? '. Aku tekan sekali lagi bila aku tersedar yang aku cuma menumpang keta orang tapi tak sedar diri perasan macam bawak keta sendiri... beria tekan remote si cukai sedangkan sicukai ada di saf belakang tempat orang-orang beriman... Tak pasal aku kena gelak dek tuan punya keta x3 yang comel tu secomel tuannya dan yang menumpangnya... muahahaa!! dah mula tak sedar diri lagi. tuh!! Masa tengah meeting Kak bah sempat lagi promote jadi ajk kelas swimming nak yang nak ditubuhkan since kak bah ada keahlian Mayangsari Resort kat rumah aku tu. Yuran RM20 sebulan.. Hmmm!! menarik tu!! Aku ni tak pandai berenang, jadik boleh lah belajar berenang.. Tapi!! aku risau gak masuk kolam renang dewasa ni.. selama ni aku duk masuk main kat kolam kanak-kanak je... itupun ada alasan sebab nak jaga anak aku.. Aku ni bukan apa. aku bimbang kalau bila masuk je kolam tu, tak sempat nak terapung lagi terus 'bedebub' tenggelam ke dasar kolam sebab berat sangat.... ahakks!! Malu je!!! Tu yang buat aku pikir dua ribu riban kali nih!!
Selamat bercuti dan selamat menyambut Maulidurrassul. Marilah kita berarak beramai-ramai esok.

bilalah nak berubah

Aku cukup cuak ngan si mamat sorang ni kat tempat kerja aku. Bagi aku dia memang over limit dan tak reti langsung jaga hati dan maruah orang lain..

I dont know how to describe him... Apa orang lain buat semua tak kena, dia sorang aje betul. Bongkak ke? Sengal ke? Actually aku malas nak melayan si Mamat ni. TApi semalam aku tak dapat nak mengelak bila dia datang duduk kat sofa aku duduk masa aku tengah baca surat khabar dalam bilik rehat. Memang semalam aku cukup bengang dengan dia tapi layan ajelah Mamat tu bercakap dengan muka manis-manis kelat. Aku bengang, bengang dengan dia sebab dia kacau privasi aku yang tengah khusyuk baca suratkhabar. DAh lah kacau orang tengah baca suratkhabar pastu mengutuk pihak pengurusan lah... apa yang pengurusan buat dan orang laen buat semua tak betul.. Aku lagi hangit dengan mamat ni bila dia mengungkit cerita basi sepuluh tahun yang lepas dengan gaya penuh semangat macam ahli politik yang syok sendiri... Eii!! Apa masalah si Mamat ni ha? Mamat ni kan pendekata semua orang buat tak pernah betul. Dia duk bising pasal program 5S. Dia kutuk bilik pensyarah yang dapat hadiah sebab bilik cantik dan kemas.. Katanya macam bilik cikgu tadika pun boley menang. Agaknya bagi dia kalau bilik yang berterabur macam bilik tikus beranak and then nak cari barang pun tak jumpa tu baru dinamakan bilik pensyarah.. so kau banggalah kalau bilik bersepah, tengit bau rokok dan student tengok sakit mata. In fact, si Mamat ni jugaklah suka benar complain dan bising-bising pasal jadual waktu dia. Pernah sekali jadual diakena mengajar 6 jam sehari, dia gasak bising sampai hampir nak bertumbuk dengan AJK yang buat jadual waktu untuk dia depan student laen. Tak malu buat perangai macam budak-budak depan pelajar. Agaknya kalau bagi dia kelas malam ke , subjek baru ke.. mau diamuknya semua orang. Dasar tak reti nak bersyukur punya orang.. mujur orang nak buat jadual untuk dia. Kalau tak buat kang baru padan muka. Kau buatlah sendiri jadual untuk kau.Dahlah tak berterima kasih , nak hamun orang adalah...
Memanglah sebagai orang lama sedikit sebanyak ada juga kebenaran yang dia cakap tu... tapi tak semua tak betul .. kalau orang laen salah, tegurlah dengan cara berhemah.. janganlah bersemangat nak jatuhkan air muka orang depan orang ramai.. lepas tu gelak-gelak macam puashati dan bangga dapat kutuk orang... Kesimpulannya si Mamat ni exactly macam si Amitabh Bachan dalam citer mohabbatein tu. Langsung tak nak terima perubahan... dia sorang je yang betul.
Yang paling aku hangat hati sekali ngan si Mamat dah lah kutuk semua tak betul sebab kau tak turun padang sekali ... tapi bila orang suruh buat keja tak nak pulak dengan seribu macam alasan... patut kakitangan laen buatlah.. saya dah nak pencen lah.. ...... So what???? Dah nak pencen tak payah buat kejalah.. Wahh!! Seghonoklah macam tu!! SENGAL!!! Tak reti nak hormat perasaan orang laen langsung. Kemudian sibuk kata orang tak bertegur sapa dengan kau! Habes tu kau sendiri tak reti dan respek dan jaga air muka orang, macamana orang nak respek kau!! You should respect and be nice to other people if you want other people to respect you!! Susah sangat ke nak paham benda senang tu atau buat-buat tak paham dan sombong sebab akulah orang lama yang cerdik pandai. Dan susah sangat ke nak tegur orang laen yang tak betul dengan cara yang elok.
Aku tak mengumpat tapi aku nak lepaskan geram aku.... Aku berdoa supaya satu hari nanti bila aku dah tua aku tak jadik seperti dia. sekian terima kasih..
nota kaki blingbling: Jangan asyik nak mengata orang tak betul kalau diri sendiri tak betul.. Jangan jatuhkan airmuka orang laen sebab sebenarnya kita sedang menjatuhkan airmuka kita sendiri bila kita sedang bersemangat menjatuhkan airmuka orang laen depan orang laen. Nanti orang akan mengata kat kita samada bangang, sengal atau tolol berdarah!

new subject

Masa aku tengah duk syok makan kat restoran dengan family pak lang tetiba my boss called:


myboss: U ada kat mana?
aku: saya tengah bercuti sedang makan ngan family.
myboss: Tak adalah.. i nak tanya u sikit. I tengah buat jadual ni..Ni pasal subjek Personal Development. U nak ajar tak? Sebab klau boleh i nak suruh orang lama ajar subjek ni.
aku: HAaah!!PErsonal Development???!!! (ala-ala kujat gitu!!!)
myboss: Ha lah... kalau boleh tak nak bagi orang baru ajar ... so.. thats why i tanya u!!

at last..

aku: oklah, i'll try.

Menung kejap lah jugak aku depan meja makan, aku tak penah terpikir pun dalam kepala otak aku to teach that kind of subject... Yalah.. subjek tu lebih kurang intipatinya untuk memupuk sikap-sikap yang baik... contohnya time management... Aku ni dahlah brutal, lipstick tak pernah warna pink.. asyik merah menyala sampai sebatu pun boley nampak... hehe!! Kelas pun kenkadang terbabas masuk lewat. so... macamana aku nak mengajar subjek ni aa?... macam tak sesuai aje...

Kenapa akhirnya aku terima untuk ajar subjek baru dalam hidup aku ni? Selain dari tidak sampai hati untuk berkata tidak... why not I take the challenge.. lagipun ni pun ilmu Allah jugak.. gain another new knowledge by studying it and then share it with the students. Tak rugikan? Dapat pahala jugakkan?

so next sem... another new subject... sengaja mencari batu untuk digalas.. tak apalah... batu bukan sebarang batu... batu hikmat...


nota kaki blingbling: Agaknya kalo tetiba orang suruh aku jadi ustazah ajar bab munakahat pun aku belasah je ajar... ahakss!! Ha elok lah tu!! sudahnya ngan anak-anak murid sesat ke mana... muahahaha!!

hilangkan rasa gundah

It was already late when we pushed off to Pasir Mas last Friday. Plan asal nak bertolak awal. Sepatutnya ambik mak hari Khamis, tapi sebab malam Jumaat tu ada kawan buat solat hajat masuk rumah baru so tak dapatlah ambik mak sebab dah lewat sangat. Mak aku pun dah tidur, so tak nak lah kacau dia. Sudahnya tunggu paklang datang rumah sekali bawak mak dan terus bertolak berramai-ramai 2 kereta. Hari dah menjengah tengahari tapi batang hidung paklang tak nampak-nampak lagi. Bila call pak lang katanya kat opis dia lagi.. Tak larat nak tunggu sebab perut pun dah bising-bising sebab lapar, aku terus masak asam pedas ayam, goreng ikan masin, rebus telur masin dan sayur goreng untuk lunch. Aku dah agak memang sure abang aku tu lambat. Dah kenyang makan tengahari tapi dia masih tak sampai lagi hinggalah pukul 4.00 pm. Sampai je rumah terus dia tanya ada makanan ke idak sebab dia lapar tak makan lagi.. Nasib aku masak lebih.. kalau tak kebulurlah abang aku satu famili. Pukul 4.30 sharp kitorang bertolak. Half way kat Jerangau tiba-tiba aku teringat aku lupa nak bawak pasport antarabangsa aku... Maka hancur berkecailah impian aku nak masuk berjoli kat Thailand. Kemudian we all singgah minum petang di restoran kak Zah kot yang letaknya betul-betul bersebelahan simpang nak ke Sekayu tu. Dah minum sambil mendengar ceramah kesihatan dari paklang kita terus bergerak dan sampai kat Seri DElima homestay kat pasir mas tu lebih kurang pukul 10.00 malam. Family aku share ngan family akak Juyah. Family abang Dzul stay ngan Ainul dan family pak Long. Pak lang stay kat rumah mentua dia kat Tendong. Malam tu myhubby terus pengsan tak sedar diri sebab penat driving dan aku menggosok semua baju so nanti tak adalah tergopoh gapah nak menggosok keesokan harinya...


Majlis nikah start pukul 10.30 pagi kat masjid Sungai Pinang, Tumpat. Kitoarang sampai awal dan sebab masa sampai tu tak ada orang pun lagi. Pukul 10.00 lebih kelibat tok kadi muncul dan majlis akad nikah pun bermula dengan myhubby jadik salahsorang saksi. Surprisingly, majlis akad nikah kat sini senang sangat dan cepat sangat. Sampai aku rasa macam akad nikah ni macam ala-ala main pondok-pondok gitu. Akudah pergi banyak majlis akad nikah di KL, negeri Sembilan, Sgamat dan Kedah tapi inilah yang paling simpale. SAmapi aku tak tau bila pengantin lelaki abis baca taklik. Even, tak adapun upacara sibuk-sibuk check hantaran dan duit maskawin..tiba-tiba selesai je.. Aku rasakan... agaknya tulah sebab ramai orang suka nikah kat sempadan.. senang.. tak banyak songeh ,tak banyak interbiu dan tak banyak deraan mental.


Abis akad nikah terus pergi rumah pengantin perempaun yang terletak kat masjid tu. as usual aku tak sibuk-sibuk pun naik ke atas rumah pengantin perempuan dan bergambar sebab aku lebih selesa sibuk-sibuk makan dulu. Memang derhaka dan tak prihatin punya mak sedara..hehe!!! who cares!! Yang penting aku datang jugak merai majlis. Abis makan terus we all pergi ke Pengakaln Kubor. Tapi aku tak shopping sakan. Myhubby beli cooler pastu dia beli panadol sebab sakit kepala. pas dia beli dia terus lepak dalam cukai. Tinggallah aku dengan Amin. Puas berjalan at last aku beli tudung, jam untuk anak-anak aku, baju dan spek hitam untuk Amin dan sehelai tshirt emporio armani untuk myhubby.


Esoknya 14 hb majlis menyambut menantu di rumah mak kakAishah di JKR pasir Mas. Sambil makan we all celebrate birthday Musa yang jatuh pada hari Valentine.. Pas lepak kejap.. aku pun balik dan plan untuk ke rantau panjang dibatalkan sebab udah letih dan tak dok pitih doh.


Ok.. times up!! nak buat kerja laen plak..


Fakta-fakta:


I'm happy, anak-anak happy sebab dapat berjalan...

Kesian kat mak asyik menung je.. adalah tu yang mengusik jiwanya

Aku berkenan dengan basikal Jepun.. tak ada kat dungun

Nasik berlauk dia laenlah

Sampah-sampah banyaklah

Orang kaya ramailah..

Makanan murahlah..

Nak kawen senanglah... hehe!!












materialistik


























Paris hilton celup ngan spek pinjam




















































Muhammad dan Che Hasliza... Selamat pengantin baru..

Moga kekal ke anak cucu.


Masa tengah duk lepak-lepak kat opis tetiba Ras datang bawak cup cake untuk aku. Cup cake tu datang d ari budak-budak hotel yang buat bisnes kat sebelah building sarjana. How sweet of them sebab ingat jugak kat aku ni.. Dah lama aku tak dapat hadiah stail request hantar ke bilik. Dulu masa zaman muda belia dan jelita dulu hehe.. Adalah jugak dapat request request ni tapi dari geng-geng ajelah..
Aku ni kira loyal customer diorang la.. Kiranya setiap hari aku mesti pegi kedai diorang dan diorang tau setiap kali aku pegi mesti aku nak beli milo ais. Nampak je muka aku, diorang dah tak tanya bila aku kata kat diorang.. " As usual my dear!!" . Bagus marketing strategy diorang ni ya!! Strategi yang aku namakan strategi beli jiwa. Tapi kalau diorang tak bagi aku cup cakes pun, aku tetap pegi kedai diorang setiap hari sebab kat kedai diorang satu-satunya ada jual air milo ais yang sedap.. Baidewei!! BFF tu stands for BE friends forever.. aku dah tanya dah budak-budak tu..

Cuti lagi

Esok Jumaat. Esok cuti. Hari ahad cuti raya cina. Cuti!Cuti!Cuti! Yeehaa!! Waktu cuti adalah waktu yang paling buat aku hepi sekali..

Aku sebenarnya tak sabar nak tunggu esok. Sebab esok aku n family nak pegi Pasir Mas ke majlis kahwin Muhammad, anak abang MIe. aku kalau bab berjalan ni, tenah demam panas terlepek pun tetiba boleh jadik sihat... hehe! Tak pastilah lagi nak pegi konvoi dengan abang Zahar atau idak. tak plan betul-betul lagi. Oleh kerana myhubby aku cuti seminggu, maka aku pun cuti jugaklah seminggu sampai 20 hb ni. Uiii!! seronoknya cuti!!


So we all punya plan petang ni pegi amik mak kat Kijal. Esok pagi bertolak ke Pasir Mas, kalau sampai awal nak rehat-rehat ngan jalan-jalan. HAri Sabtu majlis nikah dan kenduri rumah pengantin perempuan kat Tumpat, then kalau sempat lagi buat terapi mata kat Rantau panjang ke, pengkalan Kubur ke. TAk adalah shopping sangat pun, takut lari budget.. setakat buat terapi minda dan mata ajelah.. Aku dan laki aku dah berangan-angan nak masuk Thailand ni. 14 hb majlis menyambut menantu kat rumah besan mak aku di Pasir Mas sebelum push off pada 15 hb ke dungun...


16 hb ni anak aku sekolah, tapi oleh kerana aku dan laki aku bercuti maka aku punya plan nak pergi Kuantan dengan myhubby melawat student praktikal aku yang tiga orang tu. Dan hari-hari berikutnya aku nak spent masa je kat rumah jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Lagipun, myhubby tengah duk bersemangat nak buat stepping stone sebanyak dua ratus bijik untuk lanskap rumah aku tu. Sekarang dah ada timbunan tanah merah, satu timbunan pasir, satu timbunan batu dan satu timbunan batu-bata depan rumah aku. JAdi aku sure dia nak abeskan masa cuti dia nak buat stepping stone tulah. Tapi aku duk feel yang projek lanskap dia siap dalam masa setahun jugaklah..Hehe!! Ataupun jadik projek terbengkalai... ahakss!! Ni kalau laki aku baca ni, mampus aku kena gulai ni.. hehe!! Tak apalah, setahun ke, dua tahun ke, yang penting siap!! Kawan-kawan aku suma duk ingat aku nak tambah bilik. Tak ada duit lah nak tambah bilik. Aku duk berangan kalau aku ada duit yang banyak, aku nak sambung belakang rumah aku jadik dapur terbuka, so jadik tempat masak-masak, santai-santai. Aku pun ingat nak buat stor simpan barang dan tambah awning sikit untuk tempat sidai baju... Tapi tak taulah bila aku nak kaya ni.. InsyaAllah!! Soon!!
Abeslah sessi berangan kali ni. Back to work!!
To all my friends............ Have a nice holiday!!

The good old days 2





































































Pagi tadi

amin tunjukkan kertas jawapan objektifnya pada aku


Aku hampir pengsan bila...


Ruangan peperiksaan khas : dia hitamkan kat ruangan hospital.
(Seingat aku tak de lah pulak anak aku masuk hospital masa peksa TOV baru ni!!)

Ruangan subjek : Dia hitamkan ruangan 'Pemahaman Bahasa Tamil' ... ( Eh!! Bila masa pulak anak aku ambik bahasa tamil ni!!)



Tak taulah aku.. nak marah ada, nak gelak pun ada kat anak bertuah aku yang sorang ni... Aku selalu doa yang terbaik untuk dia.



singgit, dua dan tiga

" Ibu! Esok ibu kena bagi Yati tiga ringgit!"
"Kenapa ibu kena kasik YAti tiga ringgit?"
"YAti kan anak ketiga, jadik ibu kena bagi Yati tiga ringgitlah!! Abang Naim ibu kena bagi dua ringgit sebab dia anak kedua!!"
" Habis tu! abang Amin ibu kena bagi singgitlah?"
" Hoo lah!! Abang Amin kan anak pertama.. dia kena dapat singgitlah", sambil dia sengeh-sengeh memandang ibunya...
**** Mana dia dapat ilmu ni aa ?

penjual aiskrim tong naik motor semalam

Minggu ni aku dah lega sebab keja-keja vetting yang menyesakkan dada itu dah selesai. So, back to business. Cuma keja mohon kanan tu tak settle-settle lagi sebab tertunda tambah lagi aku memang kurang berkenan dengan kerja-kerja isi borang. Petang semalam sementara nak tunggu Amin abes latihan kawad kaki kat sekolah, aku ngan myhubby duk melepak sambil minum petang kat Rush cafe berhampiran sekolah anak aku. Kalau kat dungun ni cafe tu antara tempat favorite aku ngan myhubby pegi makan sebab kopi ngan teh aisnya yang 'da bomb'. Sementara melepak membuang masa kat situ, myhubby duk baca magazine dan aku merenung persekitaran sambil bermuhasabah. hehe!! Dan target renungan aku adalah rumah dan kedai bersebelahan dan bertentangan tempat aku duduk.


Aku tengok verandah rumah tu berselerak dan agak kotor dan aku agaklah kedai sebelah rumah tu mungkin tuanrumah yang berselerak tu yang mana kesimpulan yang aku buat adalah tuanrumah itu pemalas dan tak jaga kebersihan rumah. Kalau tuanrumah tu bukak kedai makan, memang aku takkan pegi makan kat situ.


Tak lama kemudian, datanglah penjual aiskrim yang naik motor bersama locengnya. Bila penjual aiskrim tu sampai je, aku nampak dua orang budak yang sedang main berlari ke arah penjual motor tu nak beli aisrim. SAlah sorang dari budak tu berlari meluru masuk ke dalam kedai, mungkin nak mintak duit dari mak dia kot dan sorang lagi order aiskrim. Aku terus memerhatikan dua beradik ni, sorang order roti aiskrim dan sorang lagi order aiskrim dalam kon. Aku perhatilah penjual aiskrim ni menyediakan aiskrim untuk budak-budak tu. Aku tengok roti yang telah dikepit aiskrim tu diletakkan atas tong aiskrim tu sementara dia sediakan aiskrim kon. Budak 2 beradik tu aku tak tau plak ke mana sementara si mamat jual aiskrim sibuk sediakan aiskrim untuk diorang. Aku pikirkan hampir sehari suntuk si Mamat jual aiskrim duk ke hulu ke hilir menjual aiskrim tu dengan tong atas motor tu, entah berapa banyak habuk tanah dan debu yang melekat atas tong tu yaang tak nampak dek pandangan mata kasar. Aku tak nampaklah pulak si mamat jual aiskrim tu mengelap tong tu.. dan si mamat tu telah meletakkan roti aiskrim yang dia dah buat atas tong tu sementara dia nak sediakan aiskrim yang lagi satu. BAyangkan berapa banyak kuman-kuman ke yang melekat kat roti tu. Itu tak termasuk lagi si mamat penjual aiskrim tu yang dah pegang handle motor dia, lap peluh ke, korek telinga dia yang gatal ke, atau pas korek taik idung dia kemudian pegang roti dan aiskrim kon tanpa basuh tangan terlebih dulu... Kemudiankan, dia pun naik dan start motor sambil pegang roti aiskrim dan menunggu dua beradik tu yang berlarian datang ambik aiskrim dan membayarnya. Pas budak tu bayar, masa budak-budak tu duk pegang dan baru nak menikmati aiskrim, si Mamat tu menekan minyak dan berlalu pergi dengan asap ekzos motor yang hitam tu betul-betul kena kat budak-budak tu. Maknanya asap ekzos motor tu memang kena aiskrim yang budak-budak tu duk pegang... Aku duk imagine.. no wonderlah budak-budak duk kejar dan tunggu penjual aiskrim tong ni... sedap gamaknya dan banyak perisa. Hehehe!!


Berbalik pada budak-budak ni pulak... aku konpem diaorang tak basuh tangan sebelum menikmati aiskrim tu. aku perati budak-budak tu main samapai diorang berlari beli aiskrim tapi tak ada aksi yang menunjukkan diorang basuh tangan.. Bayangkan si abang yang khusyuk mencubit roti yang letak di atas tong yang berdebu, dipegang oleh tangan si mamat jual aiskrim yang tak berbasuh, pastu bercampur plak ngan azab ekzos motor tu, diseletkan aiskrim dan dimasukkan ke dalam mulut menggunakan tangan yang tak dibasuh... Huiii!! SEdapkan... hehehe!! Si adik pulak dengan tangan yang tak berbasuh jugak khusyuk menjilat aiskrim kon yang dipegangnya di atas pangkin di bawah pokok mangga. Sebelah tangan pegang aiskrim kon, sebelah tangan lagi duk pegang sana-sini. Tak lama selepas itu, tiba-tiba aku lihat si abg memanjat pokok mangga dengan sebelah tangan memegang roti aiskrim tu, makin lama main tinggi hinggalah ke atas dahan. Bayangkan, tangan dia yang sebelah lagi digunakan untuk memegang batang dan dahan pokok yang konpem berdebu dan kotor semasa memanjat pokok mangga dan sebelah lagi duk pegang roti aiskrim. Sampai di dahan pokok tu, dia duduk senyap kat atas sambil mencubit roti dan dimasukkan ke mulut menggunakan tangannya yang memegang pokok masa memanjat tadik. Rupanya mengelak adik perempuannya yang baru sampai mengendeng dan mintak aiskrim tu dari dia. Memang dasar kedekut punya abang. Kesian kat adik tu merengek nak aiskrim sambil memandang abangnya yang duk senyap makan aiskrim di atas tanpa mempedulikan dia.
Sambil duk perati gelagat budak-budak tu dari awal dia berlari membeli aiskrim sampai dioarang makan aiskrim tu sampai abes.. aku terpikirkan berapa banyak kuman dan bakteria yang dah masuk dalam perut budak-budak tu. Aku terpikirkan jugak tahap kebersihan aiskrim tu semasa penyediaan hinggalah aiskrim tu sampai kat budak-budak tu. SAkit atau tidak budak-budak tu lepas ni, bergantung pada ketahanan budak-budak tu. Bila mengingatkan yang aku juga pernah membeli aiskrim dari penjual aiskrim tong ni menyebabkan tekak aku tetiba kembang. Bayangkan dia baru pas korek tahi idung dia tu, dia pegang pulak kon aiskrim yang aku beli... Tak sanggup aku mengenangkannya..... hehe!! Dah lepas!! Sebelum ni masa beli tak pikir dulu orang tu baru pas korek taik hidung dia ke atau baru pas hembus hingus dia ke dengan tangan. Semalam baru kau realize benda benda tu suma pas banyak kali beli dan melantak aiskrim tu. huhu!!! Geli!!

Lesson learnt: pasni jangan sesekali beli aiskrim dari pakcik jual aiskrim tong melainkan nampak dia bawak air basuh tangan.... dan pasni aku takkan bagi anak-anak aku beli aiskrim dari penjual aiskrim tong lagi.

dialog petang khamis

Yati : Ibu, nanti bila Yati besar nanti, Yati nak duduk dengan ibu... Yati nak jaga ibu..

Aku : Mana boleh Yati duk ngan ibu.. nanti Yati kawin ada laki kenalah Yati duk ngan suami Yati. Tapi kalau nak duk ngan ibu, ibu tak kisah...

Amin: Amin nak duduk ngan ibu ngan abaaaahhh!!

Aku : Baguslah Amin nak duk ngan ibu.. boleh jaga ibu ngan abah... tak yah duk jauh-jauh!!

Tiba-tiba ... abahnya bersuara..


Myhubby: Eh !! Mana boleh!! Dah besar sok.. duk lah rumah masing-masing.. buat apa nak duk ngan ibu ngan abah... biar abah duk berdua ngan ibu je lah.. ( wah!!!)

Aku : Ibu nak duk ngan anak-anaklah.

Myhubby : Kalu cenggitu!! Ibu duduklah ngan anak-anak... biar abah duduk sorang-sorang!!!


Hehehe!!! TAk terkata aku...



Sometimes aku rasa aku macam arwah abah. kalau boleh nak anak-anak duduk dekat-dekat. Cuma bezanya abah mssa anak-anak sekolah kalau masuk asarama penuh dia tak kisah menghantarnya. Tapi tidak aku.. aku tidak akan sesekali benarkan anak-anak aku tinggal di asrama. Aku tak nak kasih sayang anak-anak aku berkurang sebab membesar dengan kawan-kawan dan bukan di depan mata aku sendiri. Susah menghantar setiap hari aku tidak kisah asalkan anak-anak aku di depan mata sebab lambat laun diorang tetap akan jauh dari aku satu hari nanti. Lagipun, kurikulum sekolah menengah biasa dan asrama penuh tiada bezanya. Ok dah.. sambung keja pulak.

Panas membara


Lewat pukul 11.00 pm malam Jumaat yang lepas aku ke dapur nak minum air, bila dengar macam bunyi hujan. Aku ingatkan hujan tapi tak rasa sejuk pun. Just to make sure hujan ke idak, aku pun bukak pintu dapur... Haaa !! Punyalah terkejut badak aku tengok kawasan semak berhampiran belakang dapur aku duk terbakar. Panik jangan kiralah sebab api besar.. sesekali bila angin tiup api tu makin besar dan semakin hampir ngan dapur aku. Aku call myhubby yang kebetulan kat sekolah sebab ada tournament badminton. Pastu aku call Na jiran depan rumah aku.. menggigil-gigil jugaklah suara aku takut beritahu belakng dapur rumah aku terbakar. Kalau korang kat situ pun mesti panik jugaklah tengok api besar tu. Dalam kepala otak aku duk pikir dah nak basahkan rumput belakang rumah aku guna paip belakang rumah aku tu. Tapi mengenangkan api besar tu sure tak jalan punya, tambah lagi aku dah rasa bahang panas api tu.
Nasib baik tak lama pastu bomba datang. Jiran aku boleh tak sedar api duk marak belakang rumah dia sebab duk nyenyak tidur, naseb baek api tu tak sambar rumah dia sebab rumah dia rumah kayu. Jiran aku si Na pulak masa tengah duk mamai tu pas aku call, dia kejutkan laki dia cakap dapur rumah aku terbakar... Nasib baek jugak api tu tak sempat sampai dan membakar rumah aku pulak, kalau idak, nampak gayanya duduk dalam sicukai kami anak beranak ataupun kalau jenis tidur mati tak sedar apapun, silap aribulan tinggal tengkoraklah aku anak beranak.
Lesson learnt : Mesti sentiasa tidur tidur ayam bukan macam ayam... Nauzubillah

tensyen yang tak sudah 3

Dua hari beturut-turut vetting soalan buat aku betul-betul rasa penat. Pagi sampai petang, sambung waktu malam sampai pukul 11.00 malam buat aku rasa nak demam. Berasap-asap kepala dan berpinar bijik mata aku. Bukan senang jadik ketua vettor ni.. semua subjek nak kena jaga. Anak buah dah senang lenang ketua vettor duk terkial-kial lagi buat keja. Aku memang betul-betul tensyen dengan vetting kali ni.. memang tensyen. Aku tak tensyen sebab jadik ketua tapi aku tensyen dengan perjalanan vetting yang memenatkan dan berterabur.. aku tak tau nak salahkan sapa... Aku jadi ketua vettor untuk MGT321,MGT340,MKT310,MGT131 dan MGT132.Anak buah aku ada 5 orang. 4 dari Jengka dan sorang boipren dari Kelantan. Masalahnya yang datang tu orang marketing.. Sorang lagi boipren dari Kelantan cuma ajar Organizational Behavior je dan dia cuma bawak satu je set soklan dan itupun orang laen punya. .Dan sorang lagi Human Resource. Sepanjang proses vetting, si mamat tu almost sehari suntuk mengadap paper OB tu yang sebijik..Aku tak tau apalah yang ditiliknya. Dahlah tak nak duduk sekali ngan meja kitorang... dia duduk nun jauh di sana mengadap laptopnya. Aku panggil dia ajak duk sekali dalam grup , bukannya aku nak mengorat pun dia dan aku tak da masa untuk itu dan aku tak minat pun.. manalah tau kot-kot ada subjek laen yang dia boleh tolong tengokkan macam grammar ke, cara soal ke, format soalan ke tapi dia buat hal dia je.. sesekali dia datang kat aku yang tengah terkial-kial cek soalan orang untuk tunjuk kerja dia.. Aku cuma panggil dia je sekali duk dalam grup aku, pastu aku tak akan panggil banyak kali.. Malasss!!BAgi aku, dia dah tua bangka... so, he should understood!When working in group, he should stay with the group members. TEnsyen? YA!! Aku tensyen dengan dia tapi aku malas nak layan... banyak mende tensyen lagi aku nak kena layan pada waktu itu. Yang lagi 3 orang dari jengka bidang Marketing tu cuma vet 1 kod jelah 5 set. Pas abes.. tak adalah nak bertanya aku mana yang patut minta tolong.. Tinggallah aku dan Has yang terkiya-kiyal menilik paper MGT340 dan MGT132. Actually, boleh je nak siap awal.. tapi masalah yang menyebabkan 3 set lambat siap tu sebab paper yang aku vett tu punyalah terrible... so terrible... sampai aku rasa nak reject je paper tu. Diorang memang buat ikut sedap je... ada yang tak check grammar, ada yang pakai buku lama , ada yang bercampur aduk, format berterabur. Tapi, kalao aku reject semuanya... apa yang tinggal? At last yang tukang check pulak yang sakit kepala kena baiki dan tukar soklan diorang tau!! ? So keji !!! At last tengahari semalam settlelah paper MGT340 bila pemantau kata ok semuanya.
Selepas itu, bermulalah episod tensyen aku yang luarbiasa bila mula vet kod MGT 132. Subjek ni pelik sikit sebab subjek ni combination of Human Resource dengan management. Masalah pertama yang aku hadapi.. paper tu dah lambat untuk di vett sebab ahli kumpulan aku tak ada inisiatif nak tolong tengokkan paper tu, at least checklah struktur ayat dan format. Tapi masing-masing melangut merayau merata-rata bersosial. Takkanlah aku kena terhegeh-hegeh panggil diorang buat. dioarang cerdik pandai kan, patutnya paham-pahamlah. Takkan yang tu pun nak kena cakap. Dan aku yakin kalau aku suruh pasti diorang refuse dengan mengatakan diorang tak reti sebab bukan bidang diorang.. Subjek ni pulak tak ada kat Dungun dan ni pun first time aku dengar dan jumpa yang sedemikian rupa. Memangla subjek tu tak ada kat Dungun, sebab budak Perladangan yang ambik.. Pastu bukan aku tak boleh check sebab aku pun pernah ajak HR dan management ni cuma masalah aku ialah aku tak tau silibus dia macamana.. kalau aku syok sendiri kang tetiba out of syllabus tak ke naya aku. Masalah berikutnya pulak soklan tah hapa-hapa sampai aku pening membacanya dan masalah bertambah bila tak ada sorang pun wakil yang ajar MGT132 ni datang... so camna tu? Aci dok aku nok reject? Bloom taxonomy tak ada nih? Tapi tak leh lah.. Maka terkial-kiallah aku check soklan dan membaiki dan menukar soalan.
Last night was a disaster. Aku dah lah penat, stress lagi bimbang takut tak sempat siap. It became worsen when the MC keep pushing . "MGT 132 dah siap? Kalau boleh kita cuba siapkan malam ni supaya petpotpetpet.. "Huh!! Berasap -asap aku dan menggigil-gigil nyawa aku menaip segala pembetulan! Masa berlalu , jam dah tunjuk pukul 10.05 malam dan aku masih menggigil-gigil depan PC menaip sambil ditemani Noni. Tetibatiba Rozi datang menghampiri aku sambil berkata dengan nada panik... " Akak!! Pemantau tu cakap multiple choice jawapan yang ABC tu tak da titikla... macamana ni?
Dan tetibatiba ..."AAAAAAAAAaaaaaaaaa" aku menjerit... Jeritan yang tidaklah kuat tapi cukup membuatkan semua orang berhampiran memandang ke arah aku.. Aku tak pedulik!! Ya Allah!! It's already 10.15pm and I have to change all the multiple choice question... Aku tension... very simple one!!Macamana plak boleh tak ada titik? Aku bengang sebab paper-paper sebelum ni semua ok je lepas. Some of my friend argued with pemantau yang kerek tu, even we all tunjuk last semester punya exam question yang ada titik... Dia boleh jawab " Itu semester lepas punya!!!... Fine!! dalam tensyen tu, aku tetap bersabar dan ubah balik setiap soklan multiple choice..I'm tired ok!! Waktu aku dah hampir siap ubah format multiple choice tu tiba-tiba RAs datang menghampiri aku dan berbisik " Kak Cemi, tak ada titik pulak" ... YA ALLAH!! Kalau korang di kasut aku waktu itu, apakah agaknya yang korang rasa ??? Aku sangat tensyen, aku rasa nak mencarut ada, aku nak menjerit lagi ada, aku nak pengsan ada. Aku tak tau nak gelak ke nak nangis.. aku gelak-gelak merenung monitor dan soklan multiple choice yang keji tu dan pada masa yang sama airmata aku dah nak kuar... Noni gosok-gosok bahu aku minta aku bersabar.Dia tau aku tengah sangat stress. Macamana aku tak stress, jam dah 10.30 malam tau and then si mamat MC yang keji tu duk pushing lagi walaupun nada yang lembut. Dengar dia mula bersuara je aku dah makin stress. Aku tenung kejap monitor tu, pastu sambil gelak dan airmata yang nak kuar aku terus bangun , tinggalkan PC dan keluar dari dewan.. OWhhh!! I really need a break!! Kat luar dewan baru aku menangis, gelak pun ada... Aku call laki aku sambil menangis dan gelak pun ada mengadu hal.. Aku nangis sebab jam dah lewat. Dah kat pukul 11.00 mlm dan aku belum settle.. aku gelak sebab aku gelakkan diri sendiri yang bodoh dan membodohkan diri sendiri dengan bersusahpayah buat orang laen punya and end up jadik macam ni just because of those silly format. Memang keji betullah pemantau tu... Dahlah datang buat sebok-sebok je menyemak tak buat kerja... pastu memandai-mandai pulak cakap itu cakap ini.. Jangan ingat dia da Dr tu so dia tu pandai sangat.. lagak je lebih tapi kenkadang bangang gak sudahnya aku jadik mangsa. Dah puas aku menangis dan melepas perasaan aku kat tiang hotel, aku lap airmata, masuk balik dewan dan sambung keja aku macam tak ada apa apa yang berlaku. Pukul 10.50 malam, soklan siap dan aku pun hantar kat pemantau sambil sengeh-sengeh walau tengah tensyen... Sampai kat pemantau, haa kau! Too many corrections here and there.. then I realize something.. I cannot work efficiently when I'm really tired and when I'm so pressured. Nasib baeklah kak Najah tolong aku baiki format muka depan and I did the rest.. Malam semalam pukul 11.07 malam baru aku balik and i'm the last one..Itupun MC yang kerek tu buat gaya-gaya tutup lampu. Myhubby datang ambek aku kat hotel.Kemudian we all pegi minum kat kedai, balik rumah dan aku terus tidur dengan lipstik dan bedak dimuka.. Tak larat dah!! Aku da betul-betul flat!!!!
Pagi ni, aku datang awal settlekan yang selebihnya. Alhamdulillah!! Aku lega. Semuanya lancar hari ini walaupun aku orang yang terakhir menghantar skrip soalan subjek yang aku tak pernah ajar... Apapun, pasti aku nak cadangkan semua orang baru patut diberi kursus teknik-teknik membuat soklan peperiksaan akhir supaya diorang tak buat soklan ikut sesukahati kepala otak diorang hingga menyusahkan orang laen.
Lesson learnt : lebih baik jadik anak buah dari ketua.. anak buah dapat merayau-rayau sambil bersosial.. ketua apa dapat? tensyen jugak ada!!

tensyen yang tak sudah 2

EEEEeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Sekali lagi!!! Benci! Benci! Benci!

Aku ingatkan bila tak kena buat soklan ni kan, maka selamatlah aku dari vetting soklan. Sebab sesungguhnya vetting soklah membuatkan aku derita dan cemuih!! Macam bercinta setiap kali kena vetting soalan. Aku ni dah hepi hepi sebab rasa konfiden tak kena... MAka aku siap gelak-gelak lagi kat Mail, kat Kong yang kena vetting soklan... Cuak jugaklah diorang.. aku tak kutuk, cuma gelak-gelak je... TApi heppi heppi itu tak lama bila tetiba pagi semalam aku dapat sms dari bos aku:

K cemi, sorry ganggu pagi-pagi. *** nak minta jasa baik kak cemi untuk jadi ketua vettor untuk kumpulan MGT321,MGT430 sebab RP cawangan tak datang.. Pagi ni start pykul 9.00 di dewan bidara. Mohon kuliah ditangguh minggu ini sampai hari Khamis.VERY SORRY TO TROUBLE YOU.QVM.

Dan tiba-tiba aku rasa nak ...






HAdddddddddddddddui!!!! Aku lemah.... Aku rasakan rasakan mcam nak pi duduk kat tayar sicukai aku melepas perasaan aku je... Aku dah membayangkan geng-geng aku duk gelak kat haku...Si Jepri kata kat aku.. " TAhniah!! TAhniah!!! sambil gelak kat aku.


Dan memang!!....memang diorang gelak kat aku... huhuhu!! Padan muka aku!! Gelak gelak kat orang... Hambik kau!! kena jadi ketua vettor terus.


Masa vetting memang berasaplah kepala aku... bila dah tingtongtong mulalah aku merapu ngan si has dari jengka... Sementara nak menunggu wahyu datang dari langit memberi idea nak adjust soklan orang yang tah hapa hapa tah tu , tetiba



SH: AAAaaaaa!! AAAAaaaaa!!!AAAaaaaa!!!
aku: itu macam orang nyanyi dalam citer tamil je...
SH : TAk!! AAAAAaaa!!! AAAaaaa!!! AAAaaaa!!
AKU : Macam tarzan ada gak... hehhehe!!
SH: TAk !! ni yang dalam citer apa tu!! Hah!!1 Enchanteur.... pempuan dalam citer tu buat macam tulah masa panggil burung-burung nak suruh burung tolong buat keja untuk dia!!!
Aku : WAh!! BAgusss tu!! Kita buat macam tu jugaklah!! Kita panggil burung ke, binatang ke datang suruh tolong buat keja kita ni ha!!! Berasap dah ni! ... heheha!!!

Dan aku dan dia yang tengah sewel tingtongtong mengadap kertas soklan yang tah hapa hapa duk bergelak ketawa tanpa mempedulikan orang keliling yang duk musykil... pempuan dua orang ni buang tebiat ke apa... Ahakss!!! We all asyik gelak gelak ... gelak dalam tensyen, gelak dalam berasap!!! Aku letih mengadap benda ni!!

tensyen yang tak sudah

EEiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
Benci!! Benci!! Benci!!
Aku bengang tau!!!
Last 2 weeks aku kena buat soklan peksa . Kena buat 2 set plak tu.. Fine!! Aku tak kisahlah sebab tu memang dah antara keja hakiki aku pun. Dateline last hantar hari ni sebab hari ni start buat vetting soklan. Jadik pada hari Sabtu baru ni, aku telah membatalkan semua urusan aku kat luar, aku telah mengurangkan masa cuti aku ngan anak-anak semata-mata nak siapkan soklan peksa ni. Ahakss!! Dah nama pun buat last minute. Bayangkan.... Aku kan selepas buat breakfast ngan breakfast aku dah mengadap komputer buat soklan, berhenti masak tengahari, pas lunch mengadap balik komputer , pastu berhenti plak tuk makan malam, pastu sambung balik mengadap komputer buat soklan sampai pukul 1.30 pagi hingga siap complete set. Pendekata sampai leperlah punggung aku sehari suntuk duk atas kerusi yang keras tu sambil menggigil-gigil nyawa menyiapkan soklan.
Kemudiankan petang semalam dengan semangat berkobar-kobar aku pegi bilik Has nak minta CDRW sebab nak burn soklan sekaliharung dengan menghantornya sekali..
Tetibatibatiba di bilik Has...
' Kak Cemi, Has baru dapat memo dari Shah Alam kata kita tak payah buat soklan untuk paper kak cemi tu... dua dua sekali OB ngan HR. "
Bayaaaangkan kalo korang berada di kasut haku pada waktu itu... Apakah yang akan korang lakukaaaaaan???
Aku kan, aku kan... memang bengang betul waktu tu tau!1... Dahlah tingtongtingtong kat kepala aku ni belum habis lagi... Memang aku rasa nak mencarut je waktu tu yang mana aku rasa kalau aku mencarut pun memang sesuai benor lah. Tapi aku tak lah sampai jatuh ke tahap mencarut lagi... baru rasa-rasa je... Eiiii!!! tapikan aku rasakan aku akan benar-benar mencarut bila aku dah buat siap-siap, kemudian pergi vetting bawak soklan tetapi orang Shah Alam yang ada sekali waktu vetting tu tetiba kata tak payah buat.... Hah!! Waktu tu memang konpem!!! Memang aku pasti akan mencarut punyelah!.... tapi belakang diorang lah!! mana boleh carut depan boss wei!!! carut kat tiang ke, kat stereng keta ke atau kat tayar keta ke untuk melepaskan perasaan... Bengang! Bengang! Bengong!Bangang!! Semester depan aku tak nak buat soklan lagi dah. Aku nak recycle je soklan yang ada.