semak semula boley?

Aku baru keluar dari pawagam bila aku terserempak dengan beberapa orang ex student aku yang baru nak tengok wayang tempohari. Sememangnya aku dah agak apa yang akan keluar dari mulut diorang bila berjumpa dengan aku dan sememangnya apa yang aku jangka benar berlaku. Salah sorang dari diorang ni bertanyakan kenapa mereka gagal paper diorang dengan aku baru-baru ni sebab diorang yakin diaorang boleh jawab. Maka dengan yakinnya aku kata diorang salah jawab. Sememangnya sekiranya ada anak murid aku yang gagal paper aku akan check semula betul-betul, confirmkan markah sehingga aku puashati yang dia betul-betul gagal supaya nanti tak timbul masalah pada aku kelak. Diorang dengan penuh yakinnya kata diorang jawab semua. Tapi tulah.. bila soalan esei nikan... memang semua orang jawab.. ada yang jawab semua sampai tambah buku jawapan lagi.. tapi tak bermakna jawab semua tu maka semua jawapan itu betul.. Dan itulah juga jawapan yang aku berikan.. Lepas tu diorang bertanya pada aku patutkah diorang memohon untuk semak semula.. lalu ku kiaskan kepada mereka dengan berkata kalau aku jadik mereka aku tak akan semak semula dan bazirkan duit aku melainkan kalau aku memang sangat pasti semua jawapan yang aku berikan betul tetapi aku gagal.




Ingatkan isu itu dah habes begitu sahaja tambahlagi aku melihat diaorang muncul dalam kelas yang aku ajar buat sementara menggantikan kawan aku yang bersalin. Rupanya tidak bilamana salahsorang dari diorang yang mengulang ni sudah tidak muncul dalam kelas. Bila kutanya, kawannya cakap dia tak nak amek lagi semester ni.. So, fine with me hinggalah lepas kelas tetiba sorang staff unit exam called aku bertanyakan sapa lagi yang mengajar subjek ni selain dari aku sebab ada budak nak mohon semak semula. Bila aku tanya sapa rupanya budak yang dah tak masuk kelas aku tu lah yang mintak recheck.. Tetiba baru aku teringat.. patutlah masa kat mesra mall ari tu muka dia macam sangat tak puas hati ngan aku.. Tapi biasa lah aku.. Ada aku kesah!! Tapi cuak jugak lah mana tau kalau-kalau aku tersalah campur ke, tersalah transfer markah walaupun aku confirm dengan markah yang aku beri utk jawapan dia.



Lalu kawan aku pun checklah jawapan budak yang aku agaklah merasakan dirinya sangat pandai sampai tak masuk kelas aku pun sebab dia yakin dia sangat pandai dan lulus dengan cemerlangnya dan aku cikgunya ini sangat bangang, tak pandai bagi markah kat dia.... Yang bestnya bukan paper aku je yang dia mohon semak semula.. tapi paper kawan aku yang check paper yang aku ajar pun dia mintak semak semula dan kelas kawan aku tu pun dia tak masuk jugak...




Selepas kawan aku check, dia dapat lagi rendah dari markah sebenar yang ku bagi.. tapi nasib dia baik sebab jumlah markah final dia bukan sipi-sipi. Kalau tak confirm dia turun lagi satu gred.. Dan dia lupa sistem semak semula yang baru dimana markah selepas semak semula yang diambilkira..bukan markah yang asal, tak kiralah turun atau naik gred. Kalau tak memang padan muka dia lah.. tak pasal-pasal RM100 sia-sia je... GPA turun pulak lagi sebab kebodohon sendiri...




Lalu aku tazkirahkan pada anak murid yang aku ajar sekarang ni.. kalau nak recheck jumpa cikgu dulu bertanyakan situasi sebenar.. Cikgu tak akan pernah menipu.. Tapi kalau memang pasti jawapan sangat betul sebab dah konpem check lepas abes final, tapi fail.. barulah boleh recheck.. Tapi kalau dah fail sampai 2, 3 subjek tu, maka paham-paham je lah..... tak payahla recheck.. memang tetap gagal....





Apapun.. aku cuak jugaklah........



** SApa yang bangang??