Hari rabu minggu lepas adik aku, kak jurai bersama anaknya fatima, kakak ipar aku dan anaknya tetiba datang rumah.. actually diorang tak plan nak singgah rumah walaupun ada kat Dungun.. tetapi akhirnya diorang datang jugak sebab tetiba aku telefon dia.. dia ingat aku nampak dia kat dungun.Tapi bila aku cakap apa yang telah berlaku pada aku menyebabkan aku tak dapat balik jumpa dia menyebabkan dia terkejut besar dan terus datang rumah aku.
Oleh kerana aku sudah patah kaki sebab dah tak ada kenderaan maka dia datang ambik aku kat tempat keja dan terus balik ke rumah.. Jadik kelas petang tu aku tangguhkan sebab nak entertain adik dan kakak aku yang jarang datang rumah aku. Tengahari tu pegi beli udang dan sayur terus masak lauk lemak cili api udang, kailan sos tiram dan ayam goreng seperti mana yang adik aku nak makan. Kalau dia datang mesti dia nak makan.. nanti dia kawin aku teringin sangat masak lauk pengantin untuk dia... adik aku yang bongsukan..
dia tak lama kat rumah aku sebab dia nak push off balik ke cheras segera.. Aku happy sebab hajat aku yang nak sangat jumpa dia masa balik rumah mak tak kesampaian tertunai jugak.. bertambah bonusnya bila aku dapat jumpa si fatimah dan kak jurai... Alhamdulillah..