Cuti tak kemana

Tak seronoknya bila time cuti sekolah ni aku kena kerja.. Kesian kat anak-anak sebab aku tak bawak diorang pegi mana pun. Duk 'sekkung' je kat rumah. Bila cuti sekolah ni rutin harian aku jugak berubah.. bertambah sikit sibuk tambah lagi bila dah mula mengajar ni.Pagi macam biasalah masak breakfast sebelum gi ofis ..Tengahari bergegas balik masak lauk tengahari kat rumah sebelum berkejar pulak kelas kul 2.30.. Nak buat macamana, ahli keluarga ramai.Takkan nak beli lauk tengahari je memanjang.. boleh bankrap aku dibuatnya.








Anak-anak aku pulak bila time cuti ni asyik ulangkaji citer 'antu kak Limah balik rumah' je. Tak bosan-bosan diorang ni.. heran akulah! Celik mata pagi antu kak limah.. tengahari pun bukak 'antu kak limah.. malam pun antu kak limah.... bukan sehari dua.. tiap-tiap hari.. tadik masa aku balik rumah nak masak pun diorang tengah tengok antu kak limah.. Bukan setakat diorang boleh hafal dialog tu, sampai aku sekali pun boleh ingat antara dialog citer tu sebab tumpang sekaki tengok sekali especially time dah tak mende nak buat ataupun ada keje tapi buat-buat macam tak ada..








" Ce citain!Ce citain!"








" Aku ini orang Indonesia!! Kalau tak penuh ilmu di dada.. takkan ku sampei ke Terusan Suez! Hiyahh'!!"








hehe!! Betullah dialog si bomoh globalisasi tu !!









Hari ni masuklah kelas ke 3 dimana budak-budak yang tak datang 2 kelas awal berturut-turut datang.. Macam biasalah diorang kena marah dengan gaya aku yang sangat vogue gitu... hehehe!! Nasib lah diorang.. , tambah aku angin bila aku tanya bab yang diorang tertinggal tu diorang tak baca pun sebab aku dah ingatkan diorang prepare baca bab yang aku dah ajar waktu dirang tak datang tu.. .. tambah meninggi lagi darah aku bila buku pun tak ada lagi.. Aku cakap dengan budak-budak tu dengan orang laen diorang bolehlah buat macam kelas awal-awal tak penting, jadik bolehla lepak-lepak ponteng kelas tapi silap besarlah diorang kalau dengan aku... Kalau diorang fail subjek ni aku tak heran pun sebab diorang tak serius.. Laluku khabarkan pada mereka itu bahawa aku potong 2 markah dari penilaian berterusan mereka.. Kalau diorang sesuka hati boleh tak datang kelas aku.. maka aku pun sesuka hati akulah potong markah diorang.. Kalau diorang nak aku tak potong dua markah diorang.. diorang kena bagi 10 alasan konkrit kenapa diaorang tak datang kelas aku dan mengapa aku tak patut potong markah diorang.. Brutal?? I don't care cause its their responsibility.. Tak pa.. kasik diorang sentap sekali sekala
















Dua hari lepas myhubby ke Batam Indonesia sebab bantu kawan dia uruskan kemasukan pembantu rumah.. Awal pagi tadi dia sampai.. dia belikan aku jam Rado tipu cap Batam tapi nampak macam original.. hehehe! Rasa janggal plak pakai jam baru sebab seumur hidup aku ni mana penah beli jam jarum.. all this while jam aku suma jam digital yang sharp waktu, tarikh, stopwatch, alarm siap ngan lampu lagik..yang paling penting water resistant sebab aku kan agresif.. ehehe.! Jam Rado ni ada jarum je... lepas tengok jam kat tangan aku ni pastinya aku tengok hp aku pulak nak confirmkan waktunya takot kena tipu.. hehehe! Mengong! Aku cukup tak gemar jam jarum ni, tapi myhubby dah belikan maka aku pakailah.. Balik dari Indonesia dia terus dikunjungi oleh rakan taulan sampai tak sempat makan macam orang balik dari haji.. padahal pegi Indon dua hari je.. hehhehe!! Tapi tak palah.. orang kata kalau orang selalu datang melawat ni rezeki..







** Jangan sombong mendongak langit.. kelak tak dipedulikan... Rujuk buku Dewan Bahasa dan Pustaka.... halaman 248!!