Selamat Ulang Tahun

Hari istimewa salah seorang ahli keluarga aku datang lagi.. Sememangnya meraikan hari istimewa setiap orang dalam keluarga aku sudah jadi satu kemestian pada setiap tahun..


Kek jenama ‘chocolate banana’ yang sangat sedap untuk orang yang diraikan aku dah tempah di hotel pada 29hb Mei lagi. Perancangan hari istimewa kali ini aku buat last minute.. biasa diraikan kat rumah tapi kali ini rai kat hotel pulak dengan anak-anak.





Tiba harinya 2 hb jun 2011.. aku mengajak orang yang diraikan makan tengahari kat hotel bersama anak-anak.. Makan tengahari kat hotel tu bukan surprise sebab empunya badan dah tahu hari itu hari ulangtahunnya sebab awal pagi itu semua orang dah wish happy birthday kat dia.. But the birthday cake was a surprise to him. Tak cakap pun ada birthday cake untuk dia hinggalah selepas dia order makan, then ‘surprise!!!’ bila kek diletak atas meja.. sambil anak-anak nyanyi lagu ‘happy birthday’ beramai-ramai.. Bezanya tak ada lilin atas kek.. Sebelum potong kek gambar diambil sebagai kenang-kenangan..


Orang yang dirai order Grilled Lamb chop, yang lain order nasi goreng Yong Chow, Mee goreng Cantonese, nasi goreng kampong, half dozen egg sandwich, air milo ais, air molek dan carrot susu..


Hadiah untuk orang yang diraikan kali ni kemeja John Master dan minyak wangi bertajuk Fahrenheit by Dior yang aku beli kat KLIA. Kenapa perfume? Perfume dia da abes jadik dia duk sembur perfume aku yang sesuai untuk orang berisi tu sampai tinggal suku botol je. lagipun perfume tu tak sesuai dengan dia sebab diakan kurus sedangkan perfume tu untuk orang berisi macam aku ni.. hehehe!! Jadik aku belilah perfume kat dia untuk elakkan dia menghabeskan perfume aku tu. Tapi perfume tu pun dah tak jadik surprise sebabnya dah terlepas cakap kat dia. Maka jadiklah hadiah awal sebelum waktunya.. Myhubby bau lelaki yang seksi sekarang.. first day dia pakai fahrenheit tu semua orang tegur dia wangi. Naseb baek dia berkenan ngan miyak wangi tu.. tapi kalu dia tak kenan pun aku paksa dia pakai.. Anak-anak pulak bagi tshirt yang kosnya ditanggung ibunya.. Berapa banyak yang telah dibelanjakan tidak dapat dinilaikan dengan kegembiraan setiap ahli keluarga walaupun belum tentu kita juga akan diraikan sebegitu...


Itulah orang yang kami sekeluarga raikan.. To myhubby, Happy Birthday to you… Another one year older.. the more the merrier.. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Tahniah juga untuk myhubby sebab naik pangkat … May Allah bless you…




Align Center
HAPPY BIRTHDAY ABAH