Semalam cuaca elok tapi angin sangat kuat..
Berderu-deru bunyinya.... sungguh menakutkan..
Myhubby tidur dan aku tengok citer hindustan macam tak de kerja je.. anak-anak pulak main..
Tetiba .. ' gedegangg!!! " (sound effect tu) dengan kuatnya kat luar...
Bimbang anak aku jatuh ke.. apa ke. aku terus bingkas ke luar..
aku tengok anak-anak aku relax je main kat depan tv...
Lalu aku intai ke luar.
Tetiba.. hati aku berdebar sebab ampaian besi aku tetiba hilang dan tak kelihatan...
Takkan orang curi baju ngan ampaian sekali kot..... aku cuak....
aku keluar dan check betul-betul..
rupanya ampaian itu telah mendarat betul-betul tepi sineo.. lagilah aku cuak
Dan akibat pendaratan kecemasan ampaian itu......... cermin sisi kanan belakang sineo telah retak seribu.... tepi tingkap sineo luka sedikit sebab kena hentakan si ampaian yang telah bergerak sendiri macam kapal layar ditiup angin...
Padanng doh lah!!! Pitih pulok!!! sicukai duk kat bengkel lagi... neo pulak bakal menyusul...
Naseb baiklah tingkap belakang tu tak relai lagi....
Myhubby sudah pening...terus ilang ngantuk.. Aku tak nak pikir dan tak mampu berpikir.......
Semalam bawak ke bengkel tempat sicukai dibaiki.. katanya hari Selasa baru boleh buat sebab kena order cermin dulu... Jadik hari selasa ni baru tukar.. Kebetulan ada ambik insurans untuk cermin dan cermin depan pun dah retak sikit kena batu, maka kira tukar dengan cermin depan sekali... Sementara nak tunggu hari selasa ni tiba.. myhubby sudah tempek selotep ke seluruh cermin nak elakkan kaca jatuh berderai.. Tapi memang buruk benor lah rupanya..
Kalau berfikir positifnya, agaknya memang nak suruh baiki sebab sineo tu dah teruk sangat ditambah garisan panjang dari hujung depan sampai kebelakang sebelah sisi kanan sineo yang telah dibuat oleh sipundek mana yang tak reti budibahasa hanya kerana bengang dengan myhubby maka sineo jadik mangsa cabul sipundek itu..
Kiranya kali ni buat sekaligus terus, tukar cermin depan dan sisi dan jugak cat tempat yang diguris tu...
nak wat macamana.. nak rugi lagi .. Redha je lah.. tapi budget memang larilah...
** sicukai sedang proses dibaiki... alhamdulillah cepat dibaiki walaupun insurans tak approve lagi.. tapi tak sure nak let go atau tidak pasni.. kalau tak ada apa.. pakai jelah terus dan berdoa keadaan bertambah baik.. Tapi myhubby cakap.. kalau lepas ni nak beli kereta untuk kegunaan aku dia nak beli keta kebal pulak... hehe!!