bab basikal

Yati nak sangat basikal.

Tapi abang dia kedekut tak bagi dia guna..

Hampir setiap hari dia gaduh ngan abang dia sebab basikal.. Puncanya abang dia tak bagi pinjam walaupun sekejap..

Oleh kerana dia nak sangat maen basikal sedangkan abang dia kedekut.. setiap hujung minggu dia akan bangun kenkadang seawal 5.30 pagi hanya utk maen basikal sementara abang dia belum bangun tidur.. dan jadik mangsa kena tunggu dia maen basikal kat luar subuh buta tu ialah si Ros.. Dia memang tak berani nak minta ibunya temankan sebab ibunya sibuk.. memang dia tau mak dia tak kuasa nak layan.. heheh!!

Satu hari berkatalah si Yati pada abahnya...

'Abah! Kalau yati peksa dapat no 1 boleh tak abah belikan Yati basikal.!!

Abahnya : " Boleh!! bukan no 1 je.. kalau yati dapat no 1 sampai 5 abah belikan basikal.!! ( abahnya kurang yakin dengan kebolehan anak pempuannya sebab selama ni dia duk angkut nombor banyak-banyak je time peksa.. heheh)


Maka anaknya menaruh seribu harapan..


** Sekali peksa kali ni si anak dapat no 5... Tak terkata bapaknya... Dapat je report card terus dia call abahnya.. tapi abahnya tak percaya sampai anaknya bersumpah-sumpah nak meyakinkan bapaknya yang dia dapat no 5 dan si ros jadik mangsa untuk mengesahkan yang dia benar-benar dapat no 5.

Akhirnya .. terpaksalah bapaknya beli basikal petag berikutnya sebab dah janji... sampai-sampai je kat kedai basikal dia terus pegang tak lepas-lepas basikal pempuan warna pink sampai confirm bapak dia bayar.. heheh!! Terbang pitih dua ratus lima puluh riya.. heheh. Panas je kepala bapak dia..

Sekarang dia dah ada basikal warna pink.. tak perlu gaduh lagi ngan abang dia .. Abang dia nak pinjam pun pikir dua tiga kali sebab basikal tu warna pink dan begitu feminin... DAlam feminin pun tertonggeng jugak depan rumah.... hehe!! sian anak aku..