BELIEVE IT OR NOT..

Tak ada sapa yang nak rugikan.. tapi kalau dah ditakdirkan nak rugi sememangnya tak dapat dielakkan.. cuma mungkin rugi bahagian masing-masing berbeza antara satu sama laen.. Ada yang rugi sikit-sikit tapi lama-lama sebenarnya banyak.. dan dalam kes aku rugi yang sangat banyak dan tak disangka langsung.






7 Jun yang lepas aku telah membuat aksi stunt yang mana akibatnya sicukai aku masuk bengkel.. Sebabnya aku tak tau... aku tak ada jawapan yang konkrit.. cakap pun orang macam tak percaya.. even aku sendiri pun rasa macam tak percaya.. tapi kesimpulannya adalah cuai.. bagipun apa jua cerita dan alasan tetap puncanya salah aku sendiri..






Macam biasa jadual kerja hari Selasa memanglah hectic sikit.. tambahlagi time cuti sekolah.. rutin sedikit luarbiasa sibuknya.. Hari Selasa kelas aku 4 jam..pagi dan petang.. kelas tamat kul 4.14 ptg.. In between waktu rehat tengahari aku rush balik rumah masak sebelum kejar kelas pukul 2.30 ptg. Lepas kelas aku meeting jap dengan mekdah pasal budak yang mintak recheck.. kemudian naik ofis sebab student nak consultation.. Pukul 5 lebih myhubby called pesan beli air mineral sejuk dan nescafe ais dan hantar kat rumah di balai besar tempat dia buat kerja pembersihan. Memang kelam kabut jugaklah sikit petang tu sebab kena singgah kedai beli air sampai silap masuk jalan bimbang air lambat sampai. Lepas bagi air aku tolong lah myhubby clearkan batu-batu kat rumah tu. Dalam pada itu aku ajak dia berhenti sebab dah lewat petang dan nak belanja pegi makan sebab aku sangat lapar . Aku tak sempat makan tengahari ..tapi dia suruh aku balik dulu .Dalam pada itu aku dah berkira-kira nak balik Kijal kejap lepas maghrib sebab nak jumpa adik aku yang balik bercuti.. lagipun dah lama tak jumpa ida..






Biasakan aku lalu ikut jalan jauh iaitu simpang yang ada traffic light dan terpaksa pusing kat traffic light depan hospital.. Tapi tak taulah kenapa tetiba aku pegi pusing stereng sicukai masuk ikut simpang tu yang mana aku tak pernah lalu pun jalan tu kalau nak balik rumah dari balai besar. Simpang itu sebenarnya shortcut yang paling dekat.. Lebih kurang kat 6.30 aku sampai kat simpang tu.. aku tak tau apa yang menutup pandangan aku pada papan tanda berhenti di simpang itu.. Serius! aku langsung boleh tak perasan.. aku cuma nampak satu jalan yang sangat lurus dan merasakan itu jalan aku dan tanpa sedar aku terus lewat simpang tu tanpa berhenti.. bila tiba-tiba aku terasa ada kereta melanggar sisi kiri sicukai. Semuanya berlaku begitu pantas. Macamana aku rasa dalam keta tu tak dapat digambarkan.. surprise ada.. terasa seperti aksi gerak perlahan.. aku nampak cermin yang berkecai bertaburan dalam kereta dan rasa seperti macam dilambung hinggalah aku dapati kepala aku kat bawah. Tangan aku tak lepas pegang stereng. Aku tak tunggu lama dalam kereta takut benda yang lebih buruk berlaku.. Dalam keadaan menggigil sebab terkejut tu, sebelah tangan aku pegang bumbung kereta yang ada kat bawah. Sebelah tangan lagi bukak seatbelt, tolak gear ke P dan tutup enjin kereta dan ,merangkak keluar kereta melalui tingkap kereta sebelah aku yang dah pecah cermin. Aku berdiri kejap merenung sicukai dalam keadaan trauma dan tak percaya sebelum aku mula merangkak masuk balik dalam sicukai ambik beg keja aku, beg laptop hakmilik kerajaan myhubby, jamtangan dia, passport antarabangsa dan handbag aku sebelum aku called myhubby cakap aku accident.. Tak lama kemudian dia sampai dan for sure dia terperanjat badak tengok keadaan sicukai dikerjakan dek bini dia.






Keta yang melanggar aku terus terbabas dan langgar paip besi tepi longkang besar menyebabkan satu kawasan tu tak ada air sampai pukul 2.00 pagi.. Yang aku tau ikut cakap saksi kejadian lepas keta aku dilanggar keta aku telah melambung dan tebalik dua kali, sebelum parking empat-empat tayar ke atas keta aku telah melanggar motor miliknya yang berhenti disimpang bertentangan sehingga terbalik dan semua nasi dalam bakul terbalik dan bertaburan atas jalan..






Alhamdulillah.. walaupun kemalangan nampak sangat dasyat tapi tapi semua orang selamat dan aku tak luka langsung.. Orang tanya aku macamana boleh tak nampak simpang.. tapi aku tak dapat beri jawapan sebab memang aku tak perasan.. mungkin jugak aku sangat penat mental dan fizikal menyebabkan aku sedikit hilang fokus masa drive.. apapun.. dah takdirkan... tak dapat elak.. aku terima je.. Dah nak rugi. kalau aku berhati-hatipun.. mungkin oranng laen pulak yang tak berhati-hati..




Catatan lepas accident :



* lepas accident tempat tu macam pesta... ramai gila umat Muhammad yang datang.. tapi tak semua tau siapa pemandu sicukai yang terbalik sebab aku lebih banyak mendiamkan diri sebab trauma.. Mula-mula ramai yang ingat ada yang mati atau cedera teruk ke terutamanya pemandu keta yang melangkup parking ke atas tu..



* Tak lama lepas tu polis, ambulan dan bomba datang.. pemberita sinar harian pun ada tapi aku tengok dia temu ramah orang laen.. Dan aku pun tak berminat untuk ditemuramah.. so aku biarkan dia mencari bahan berita.. Aku ingatkan dia putus asa.. rupanya tidak.. cerita aku accident kuar suratkhabar sinar .. siap dengan gambar dan nama sebenar aku. Mesti si Mamat ni pegi tanya kat balai polis.. Aku cuba cari dalam nternet tapi tak ada.. nasib baek kawan aku simpankan.. tak sempat tengok lagi.



* Lepas accident ramai kawan yang datang melawat kat rumah dan ada yang hantar sms tapi aku tak balas sebab tengah taruma dan lapar gila.. tapi dalam pada yang sama hati tersentuh sangat sebab ramai kawan yang sangat prihatin tentang aku.. Bersyukur aku kerja kat sini...



* Malam tu lepas buat polis repot yang aku kira sangat lama.. Sangkut kat balai polis dari pukul 8.30 sampai 11 malam.. Yang jadik lambat sebab disebabkan aku sangat lapar dan gigil sebah tak makan sehari suntuk menyebabkan kepala otak aku tak compute langsung hingga tak dapat detact uncle polis tu buat silap tak masukkan maklumat nama kereta dan no pendaftaran hingga terpaksa buat salinan baru.. Lepas kuar dari balai polis terus pegi makan.. tapi selera dah tak ada trauma tak abes lagi dan perut dah kenyang makan angin.. SAmbil makan tu terpaksalah dengar tazkirah sikit-sikit yang disampaikan oleh myhubby walaupun ada antara bab dalam tazkirah tu aku tak buat pun..huhu! except dengar lagu dalam keta la.. hehehe!! Tapi dah salah sendirikan.. dengar jelah. Jangan cakap banyak-banyak..






* Petang ni accident, esoknya aku pegi kerja seperti biasa... malas nak cuti.. kerja banyak. selagi tak tergolek patah riyuk dan aku masih mampu, aku tetap pegi kerja..





* Anak-anak murid aku sukar nak mempercayai setelah melihat keadaan kereta tu, aku masih lagi keluar sendiri dan kutip barang-barang sendiri dalam sicukai tanpa bantuan orangramai.. Kawan aku kata kalau jadik kat dia dah lama dia terjelepuk kat situ nangis..





* Kawan aku tanya myhubby tak marah ke aku ke.. Nak marah macamana lagi.. dah nak rugi... i love u more je lah....





* Kali ni masuk 6 kali aku accident.. nampaknya aku kena mandi bungalah aku jawabnya.. Whatever it is.. I really hope that this going to be the last bad thing that happened to me..





* Alhamdulillah .. aku syukur sangat-sangat sebab diberi peluang lagi dan selamat tanpa sebarang luka.. Sakit badan tu biasalah sebab kena hentak kan especially bahagian leher .. tapi tonyoh yoko-yoko je.. aku tak check pun kat hospital sebab rasanya tak ada apa yang serius. Berpantang maut sebelum ajal... mungkin belum sampai masa lagi.. mungkin berkat doa anak murid aku, kawan-kawan aku dan mak aku yang tak pernah putus doakan aku selamat...





* tipulah kalau aku kata aku tak frust langsung dengan apa yang berlaku.. memang aku tensyen sebab hal sibagak pun tak settle lagi..jadik pulak pada sicukai tapi bila fikir -fikir balik.. ada orang laen ruginya lagi teruk dari aku maka aku redha je lah.. Aku anggap itu sebahagian Allah untuk aku dan mungkin dia nak tarik sedikit nikmat dan rezeki yang telah diberikan pada aku supaya aku lebih beringat lepas ni..






* Bila dah tak ada keta ni patah kaki sikit.. tapi kenkadang bila pikir-pikir balik ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. mungkin lebih dari kerugian yang berlaku.. Sekarang aku dah ada drebar. . pegi kerja orang hantar walaupun pukul 6.55 pagi aku dah tercegat kat tempat kerja.. dan menjadikan aku umat yang paling awal datang kerja.. So buat sementara ni aku jadik tukang buka lampu dan aircond bilik rehatlah dan orang yang pertama menelaah suratkhabar.. hehe ..balik dijemput.. sapa lagi kalau bukan myhubby yang jadik supirku... Tapi kenkadang tumpang kawan balik..Mungkin juga Allah sebenarnya nak aku rehat buat seketika.. tak perlu lagi berkejar sana sini setiap hari terutama tengahari dan petang..






* Hajat aku nak jumpa adik aku malam tu yang tak tertunai tercapai akhirnya bila tanpa disangka dia datang dungun dan terus melawat aku sebelum dia balik..Alhamdulillah!! allah tunaikan jugak permintaan aku.. Macam biasa mam besar kat Kijal dan adik beradik aku tak tau aku accident kecuali adik aku.. Aku tak nak mam besar terkejut sebab takut tekanan darah dia naik. Tapi aku pasti lambat laun dia akan tau jugak.





* Sicukai cedera teruk dibadan.. hehehe!! 2 pintu belah kiri remuk sebab kena rempuh.. side mirror dua-dua hilang.. Cermin tingkap kiri, kanan dan depan pecah berderai bertaburan.. Bomba terpaksa sembur air bersihkan kawasan tu.. Bumbung atas , bumper depan kemek dan bemper belakang rosak. Rasanya enjin ok kot.. tengoklah nanti.. Anggaran kerugian rasanya sangat banyak hingga menghampiri total lost.. harapnya bukan total lost lah..





* Kawan myhubby khabarnya berura-ura nak pinjam sicukai pergi kenduri.. tapi dah accident.. gelap gamborlah jawabnya.. sudahnya aku pulak yang tumpang keta dia balik rumah... hehe!!




* Myhubby baru lepas cerita pada kawan-kwannya dia 3 kali hampir accident masa on the way pergi dan balik dari johor masa uruskan pembantu rumah kawan dia.. Mas pergi dia hampir accident dengan cina mabuk kat paka.. pastu kawan dia yang drive sicukai langgar musang dan on the way balik myhubby nyaris bergesel dengan treler kat selekoh tajam.. Rupanya rugi tu dapat kat aku dua hari lepas tu.





* Rakan-rakan aku cakap aku patut jadik duta Proton.. jadik jurucakap aspek keselamatan kereta proton.. jadik testimoni.. hehe! Nasib bek aku pakai seatbelt.. itupun sebab sicukai kuat membebel dengan nyaringnya suruh pakai sampai leteh telinga aku dibuatnya.




* Kawasan tempat aku accident tu pun memang kawasan panas dan sangat kerap berlaku accident. Even sehari sebelum aku kena ada lori kecik berlanggar dengan Hilux. Orang mati accident pun ada kat situ..



* Tobat dah!! aku tak akan lalu lagi simpang tu.. never in my life anymore.. aku rela ikut jalan jauh.. kwan aku pun dah takut nak lalu simpang tu selepas apa yang jadik pada aku.. Aku dah tak pedulik dah ayat motivasi yang aku selalu dengar yang cakap "Never say Never' tu...





* Moral of the story... mesti sentiasa pakai talipinggang keledar walau dekat sekalipun...






* Kalau sicukai tu boleh berkata-kata... mesti dia cakap kat aku ' MENGONG!! DOK GHOK CETONG!
















CANT BELIEVE IT? ME TOO!