A very tiring Saturday

Pagi Sabtu baru-baru ini aku dapat panggilan telefon dari myhubby yang kebetulan berada di sekolahnya memberitahu aku pak lang sekeluarga akan datang singgah rumah tengahari nanti. Abang aku tu dah lama tak datang rumah. Selalu rumah aku jadi tempat persinggahan abang aku. Rasanya hampir 2 tahun dia tak datang. Tidak berapa lama kemudian, kak zu kakak ipar aku call yang dia orang pun nak datang rumah sekeluarga dan dia bawak mak sekali. Bila diorang sampai tengahari, maknanya aku kena prepare lunch. Mulalah otak aku ligat berfikir nak masak apa sebab ramai yangnak datang. Pak lang on the way balik beraya dari rumah mertuanya kat Pasir Mas, Kelantan dan abang Dzul pulak memang purposely datang nak beraya di rumah aku. At last, menu aku kali ini ikan selayang masak asam tempoyak, telur dadar hancur pedas, ikan kerisi goreng dan sayur pucuk ubi tumis yang dikutip di belakang rumah aku. Nasib baik, ikan kerisi sangat banyak sebab kebetulan myhubby baru balik menangkap ikan dua hari lepas dan membawa ikan kerisi yang banyak. Maka pagi itu pukul 12.00 aku dah mula bertungkus lumus sensorang memasak. Sedang elok pak lang sampai pukul 1.45 pm, aku baru siap masak. Dan sebaik sahaja selesai menghidang, abang Dzul sekeluarga pun sampai. Oleh kerana bilangan yang ramai, terpaksalah aku hidang ala buffet di ruang keluarga sebab meja makan dan ruang makan tak muat.. Bila ramai datang serentak, barulah aku realize yang sebenarnya rumah aku tak cukup kelengkapan. Nasib baik pinggan cukup walaupun pinggan kahwin ala satu Malaysia. Kalau tak terpaksalah menunggu giliran makan... hehehe! Dan aku perasan juga yang aku tak ada set hidangan yang comel sampai nasi pun terpaksa aku hidangan dalam tupperware besar. Lauk pun sama gak. Nasib baik ahli keluarga je..so cincai bancai la. Itulah juga antara sebabnya aku malas nak buat rumah terbuka.. malulah selain dari penat. Tapi kalau aku buat rumah terbuka ni cukup untuk family aku je sebab sangat ramai. alhamdulillah! Lauk yang aku bajet untuk masak mencukupi dan semua orang kenyang... Yang pasti aku masak sedap.... hehehe! Abang Dzul aku yang paling cerewet bab makan bertambah dua kali... hehehe! Dah mula angkat bakul ... tak apa!! blog akukan, so aku boleh tulis apa saja.. hehe..
Tidak lama selepas diorang makan dan sedang berehat, tiba-tiba adik iparku Jailani si pengantin baru sampai bersama isteri barunya. Aku tau dia mesti janggal bila ramai sangatdi rumah ku. Di setiap ruang rumah ada orang. kesian kat dia, aku tak dapat nak layan dan beri tumpuan pada dia dan isterinya . Pandai-pandailah dia membawa diri.. Selang setengah jam, adik iparku che amat dan anaknya sampai... memang penuh rumah aku petang tu macam rumah terbuka raya pulak.
Pukul 4.30 abg Dzul dan pak Lang mula nak bergerak ke rumah abang Mi bila tiba-tiba x student aku, Sheira dan keluarga terjongol depan pintu. Dia on the way dari K Trg ke KL. Sheira ex student aku masa tahun 2000. Sekarang dia dah ada empat orang anak. Dalam ramai anak murid aku, dialah yang paling rapat dengan aku hingga sekarang. Setiap kali dia balik K Trg, wajib dia singgah rumah aku dan begitu juga kalau setiap kali aku dan myhubby turun KL, hanya rumah dia yang kami tuju. Walaupun berbeza cara pemikiran, tapi itu tak putuskan silaturrahim yang dah terjalin lama. Sekarang kalau aku baik dengan student setakat di dalam kelas dan pejabat sahaja. Bukan tak ada student yang cuba menempel-nempel kat aku, tapi aku malas dah nak melayan... Bila diaorang sampai, akujadik serba salah, tak tau nak layan siapa... nasib baik sheira dah biasa kat rumah aku dan dia tak kisah buat rumah aku macam rumah dia sendiri.
Lewat petang che amat menghantar Jailani dan isterinya balik ke Kuala Terengganu. Malam lepas maghrib sheira pun balik. Bila tetamu dah balik, aku pergi pulak rumah abang mie sebab nak ambik amin yang ikut pak lang tadi. Kiranya pergi beraya sekalilah di rumah abang Mi sebab abang Mi pun kali ni raya pertama dia beraya di rumah mertuanya di Pasir Mas kelantan.
Aku balik rumah dan betul-betul dapat rehat dengan tenang pukul 10.30 malam. Bila dah tenang dan baring, barulah aku rasa perit sikit-sikit kat tempat operate aku. Memangla rasa sakit sebab seharian kerja macam orang sihat walafiat. Tak sedar diri diri tu belum baik betul lagi dan tak boleh buat kerja berat-berat. Tapi aku malas nak layan rasa sakit sebab badan sangat penat sampai lenguh kaki aku kerana berdiri terlalu lama. Malam tu, tak sempat nak berangan jadik kaya raya sebelum tidur.. Letak kepala sekejap aje, terus aku hilang dalam dunia aku sampai langsung tak bermimpi.... A very tiring day.. but I'm happy.. Esok mazidah balik bercuti... lusa dia datang rumah aku sebab memang kalau setiap kali bercuti dia mesti datang rumah aku.. Seronoknya!!!