I miss him

Setiap kali menjelang raya, abahlah yang menganyam ketupat. Abah mahir membuat ketupat dan kemahiran menganyam ketupat langsung tidak diwarisi oleh anak-anaknya termasuklah aku. Hidangan rendang daging dan kuah kacang wajib dipagi raya dan digemari oleh abah. Di pagi raya, abahlah orang yang paling awal bersiap dan pergi ke masjid. Setiap tahun,wajib bagi kami adik beradik untuk salam, cium tangan dan mohon ampun dari abah. Satu perkara tentang abah ialah dia sayang anak-anaknya walaupun tak pandai menzahirkannya. Abah pandai masak dan lauk yang biasa dmasaknya ialah lauk masak lemak cili api dan taucu. Kalau dia tumbuk cili api mesti sekali dengan tangkai, katanya buat ubat supaya tak sakit perut..


Hari ini 24 September, genaplah setahun pemergian abah meninggalkan aku sekeluarga. Terasa seperti baru dia pergi, kerinduan dan kesedihan masih dirasai. Melihat ketupat yang baru dimasak, rendang dan kuah kacang mengingatkan aku pada arwah abah. Tahun ini adalah tahun kedua aku beraya tanpa abah. Tahun ini juga tahun kedua rutin pagi raya selepas sembahyang raya iaitu menziarahi kubur arwah abah.. Semoga roh arwah abah sentiasa dicucuri rahmat, dipermudahkan kehidupannya di sana dan ditempatkan dikalangan ahli syurga yang terbaik...Amin... Rindunya pada abah..
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir dan batin..