Duit raya dan simpanan

Semalam anak-anak aku sibuk nak memecahkan tabung simpanan mereka. Diorang rasa duit simpanan dalam tabung dah terlalu banyak dan nak menyimpannya dalam bank. Actually duit tu diorang dapat masa hari raya. Dulu setiap hari raya aku lah yang paling seronok sebab dapat duit raya yang banyak dari abg-abg aku. Tapi zaman mendapat duit raya untuk aku sudah berlalu dan sekarang aku pulak yang terpksa pening kepala menyediakan duit raya untuk anak-anak saudara aku yang terlalu ramai. Anak-anak aku memang dapat banyak duit raya tapi tahun ni duit raya Amin dan Naim aku catu. Puncanya diorang telah memecahkan bekas isi air masak untuk 24 litre semasa berlarian di dapur menyebabkan dapur aku banjir besar. Oleh kerana diorang tak dengar kata, aku hukum diorang kena ganti balik kos tong air yang pecah tu dan aku gandakan jumlahnya. Harga benda alah tu dua puluh lebih aje, tapi aku upkan jadi empat puluh hingget. Sounds cruel tapi aku nak ajar diaorang supaya bertanggungjawab, menjaga barang dan tahu bahawa bukan senang dapat sesuatu benda. Biar dia orang rasa susah sikit. So, aku kutip 20 hingget sorang dari duit raya yang diorang dapat.


So lepas sessi kira duit dalam tabung, Amin punya 157 hingget, Naim 165 hingget dan Yati 109 hingget. Diaorang sibuk nak simpan kat tabung haji. Amin dan Naim dah mula berangan nak pegi haji dengan duit raya tu. Yati pulak kata nak simpan dan guna nak buat makan kalau satu hari nanti abah dan ibu diorang dah meninggal. Sungguh jauh ke depan pandangan diorang....... Apapun, kalau terjadi sesuatu pada aku suatu hari nanti aku tak risaukan anak-anak aku sebab aku dah sediakan insurans untuk diorang. Kalau bekalan ilmu untuk hari tua diorang memang aku akan cuba sediakan sebaik mungkin supaya satu hari nanti mereka boleh hidup senang dengan ilmu yang mereka ada, tapi aku sama sekali tidak akan tinggalkan harta untuk mereka. Jangan harap!!! Carilah sendiri. Aku berdoa anak-anak aku akan berjaya dalam hidup mereka satu hari nanti di dunia dan di akhirat.