Hari ini adalah

hari Kemerdekaan ke 52. Bagi aku, pengertian merdeka sekarang tidak lebih dari sambutan seperti satu pesta, artis menyanyi dipentas menyanyikan lagu cinta, melaung dan terkinja-kinja keseronokan bila tiba detik 31 Ogos dan bukan disambut dengan rasa kesyukuran dan rasa kecintaan pada negara menyebabkan aku mual setiap kali malam kemerdekaan tiba. Jadi pada aku, hari kemerdekaan tidak lebih dari cuti umum untuk aku memanjangkan waktu tidurku dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Dah lama aku bercuti tanpa ke mana-mana. Dan dalam kondisi aku yang tidak dapat melakukan kerja-kerja seperti sebelum ini menyebabkan aku rasa sangat bosan, tension dan hampir sewel. aku tetap kena keluar since barang dapur dah nak habis dan beberapa perkara yang aku perlu selesaikan sendiri. Tengahari tadi aku keluar juga ke bandar dengan myhubby. Ke bank dan ke supermarket. Berjalanlah aku macam kura-kura dalam supermarket mengambil barang dan myhubby tolong tolak troli. Perit terasa diperut tapi aku tahankan juga. Sedang mengambil barang aku terjumpa Lizai dan suaminya. Bila dia dapat tau aku baru dua minggu operate dah merayau kat supermarket, dia punya bising kat aku. Itu belum lagi aku cakap aku baru lepas basuh bilik air dan hari-hari masak untuk berbuka macam orang sihat walafiat ... agaknya lagi berguni-guni dia leter kat aku. Aku cuma jawab kat dia yang aku sangat tension hampir sewel terperap kat rumah.
Petangnya aku sekeluarga balik berbuka rumah mak di kijal sebab aku adik beradik buat gathering berbuka puasa ala potluck. Masing-masing kena bawak lauk kecuali aku sebab dikecualikan. Tapi aku masak jugak spagheti goreng sebab tak seronok tak bawa makanan. Abang Zahar sekeluarga bawak sambal sotong dan bakar ikan. Abang Dzul sekeluarga bawak sup tulang, sambal jawa, kuih bakar dan kuih abok-abok yang sedap. Abang Mie dan kak Aishah buat ayam percik. Abang Ijan sekeluarga bawak kuey teow goreng dan mak buat pecal. Penuh makanan atas dua meja macam bazar ramadan. Sekali lagi mak bising dan abang Dzul kata aku degil sebab aku memandu si Bagak balik ke Kijal. Si bagak kan kereta automatik, cuma perlu tekan minyak dan brek aje. Perit jugak terasa di perut masa memandu tapi aku buat bodoh jek, malas nak layan rasa sakit. Aku tau mak risau kalau-kalau jahitan terbuka dan isiperutku terburai. Aku terpaksa juga memandu si bagak tu sebab nak pulangkan kereta alphard yang abang dzul pinjamkan kat kami 2 hari lepas sebab kereta Neo tetiba mati kat Kemaman sampai terpaksa ditunda ke bengkel. Jadi, aku dan myhubby tak nak menyusahkan abang Dzul untuk hantar kita orang balik Dungun malam-malam buta. Seronok dapat berkumpul beramai-ramai dan berbuka puasa bersama-sama tapi masing-masing tak dapat tunggu lama sebab esok hari bekerja. Yang penting, mak aku happy bila kami adik beradik berkumpul beramai-ramai walaupun sekejap.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. 1 Malaysia, Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan. Tapi esok harga minyak dinaikkan. Hampeh!