Baru-baru ini masa hari raya ketiga ada majlis perkahwinan adik iparku yang mana majlis itu dibuat di rumah pengantin perempuan di Kg Tanjung Baru, Kuala Berang. Ikut perancangannya aku dan myhubby sponsor kek kahwin untuk hantaran. Jadi sebelum raya myhubby dah pergi menempah 'Black Forest cake' yang merupakan favorite aku seberat 1.5 kg kat kedai kek Sweden Kuala Terengganu. Dan aku dah beli kotak plastik untuk kek tersebut siap dengan renda-renda dan ribennya sekali. Memang comellah dan sesuai dipadankan dengan kek black forest yang anggun juga. Jadi, ikut pesanannya kek itu akan diambil pada hari raya ketiga.
Tiba masa, myhubby pun keluarlah nak pergi ambik kek black forest tuh. Aku tak ikut sebab banyak kerja nak mengemas dapur rumah mertua aku tu. It was a nightmare ok pada aku bila tetiba-tiba myhubby call kata kek tu tak ada dan diganti ngan kek lain. Punyalah aku hangin, rasa excited nak tengok kek yang comel tu berkecai. Bila myhubby balik membawa kek tu, lagilah hangin aku naik tahap cipan tengok kek yang buruk rupa itu. Bukan setakat kek tak menarik, tulisan atas kek tu punyalah buruk, entah siapa punya tangan yang pengkau tu. Dah plak tu, cacat lah pulak kek tu sebab icing atas terkena penutup kotak kek. Seakan rasa nak menangis ada, nak tergolek pun ada. Eeeiii! masa tukan aku rasa nak withdraw je kek buruk rupa tu dari senarai barang hantaran dan diganti dengan benda lain, tapi masa dah suntuk.Tak boleh nak buat apa lagik dah. Myhubby kata dia dah cakap nak hari raya ketiga tetapi pekerja ke,tauke kedai kek tu ke yang madal tu ingat 23 hb. Jadi bila myhubby pergi ambik kek tu tak dibuat lagi. Kemudian dalam kedai yang ada kek black forest yang 1 kg je. At last, jumpalah kek yang buruk rupa tu... so.. myhubby pun angkutlah. Aku memang tak puas hati betul. Nasib baek bukan aku yang pergi ambik, kalau aku yang pergi ambik memang kena carutlah dengan aku sebab pekak badak dan tak confirmkan betul-betul tarikh kek diambik. Macamana raya ketiga dia boleh dengar 23hb. Kalau dia nak marah dan tak nak jual kek kat aku pun aku tak heran sebab aku boleh cari alternatip lainlah. Nasib dia baik sebab laki aku yang baik pergi ambik. Selamat pekerja tu!! Maka hari ini dalam sejarah perkahwinan ahli keluarga aku kek hantaran yang buruk rupa sampai aku tak ada feel nak ambik gambar kek buruk rupa tuh.. Nasiblah pengantin perempuan dapat kek buruk rupa tuh. Yang penting makan tak jadik mati.Satu tips bila berniaga yang melibatkan apa jua jenis tempahan iaitu pastikan anda tidak mengambil pekerja yang mempunyai telinga kuali dan pastikan telinga mereka sentiasa diservis dan boleh mendengar dengan jelas. Dan pastikan juga anda tidak mengambil pekerja yang suka menyimpan emas dalam mulut . Ini adalah sangat penting supaya nanti tidak dimaki oleh pelanggan yang bermulut puaka dan menjejaskan reputasi kedai. Sekian tips meniaga untuk hari ini.