Berita kematian

Aku masih teringatkan kucing aku ,Serena yang dah mati hari ketiga raya yang baru-baru ni. Kucing tu kucing kesayangan aku. Hari-hari waktu balik kerja dia dah tunggu depan rumah. Malam itu waktu balik dari rumah mertua macam biasa aku beri kucing aku makan bila bayangnya tidak kelihatan. Menyedari dia tak ada, aku memanggilnya tapi dia tetap tidak kelihatan. Sedang aku memanggilnya balik tiba-tiba ternampak satu benda warna oren yang tergolek kat porch kereta rumah kak Nor, jiran sebelah rumah. Merasakan yang benda yang tergolek itu Serena,aku meminta suamiku pergi check. Dan confirmlah Serena yang mati tergolek dilanggar kereta kak Nor yang reverse tanpa disedari. Punyalah sedihnya aku tapi aku tak menangis sebab dah tua bangkakan. Kalau masa zaman remaja aku confirm aku melalak macam orang mati laki. Aku biarkan je lah myhubby tanam si serena di tepi rumah sebab aku tak boleh melakukannya sendiri. Pada anak-anak aku, aku cakap yang kucing tu mati sebab bergaduh dengan kucing jantan yang lain. Anak-anak aku ni mulut selalu bocor dan tak pandai simpan rahsia. Esok sure awal pagi diorang mengadu ngan kak Nor kucing diorang dah mati.Aku tak nak anak-anak aku cakap kucing tu mati sebab kereta Kak Nor yang langgar hingga sebabkan jiran aku tu jadi serba salah. Ia tinggal rahsia dan yang kesiannya kucing jantan lagi sekor yang jadi mangsa tuduhan palsu aku. Tak apalah, kucing jek.... heheh! Sekarang kucing rumah aku tinggal tujuh ekor.... macam dalam lagu sepuluh budak itam je... hehe..Oh ya.. nama Serena tu amin yang kasi sempena nama kereta Nissan Serena. Nasib baik anak-anak aku tak melalak mintak kucing tu dihidupkan balik. Kalau tak mau pening aku dengan laki aku dibuatnya.