Remember our past time together part 2

Kali ini mengenai public phone yang merupakan alat perhubungan yang utama sebelum kedatangan hp sekarang. Kisah ini berlaku 18 tahun yang lalu sewaktu aku bergelar siswi KUSZA. Zaman tu mana ada hp lagi. Jadi kalau nak call rumah ke, sapa-sapa ke terpaksalah guna public phone. Tapi masalah besarnya ialah public phone memang jadik rebutan, sentiasa kena beratur panjang tunggu giliran. Dah nama pun public phone. Tapi public phone ini jugalah yang menguji kesabaran insan-insan yang menggunakannya termasuklah aku. Malam itu aku nak call mak aku sebab dah lama tak tanya khabar mak. Jadi untuk elakkan kesesakan melampau yang melemaskan, aku memilih untuk menelefon lewat sedikit. Lebih kurang pukul 10 lebih dan melihat keadaan di public phone yang lengang itu aku pun turunlah ke public phone tu. Waktu aku sampai, ada seorang minah yang sedang menelefon boiprennya. Aku tau dia cakap dengan boipren dia melalui cara percakapannya walaupun aku tak dengar dengan jelas isi butirnya. Tak kisahlah dia nak cakap dengan siapapun dan aku pun menunggu dengan sabarnya. Masa berlalu dan Minah tu tak ada tanda-tanda nak berhenti pun. Dah lama aku tunggu tau. Di tengah kepekatan malam ditemani nyamuk yang kejam nak mencekik darahku, kesabaran mula tercabar apabila aku dengar minah tu duk kok kik kok kik macam tupai nak berlaki....
Aku yang mula hangin : Oiiiiii! Tak nak berenti lagi ke? orang nak guna jugak nih!!
Malangnya sindiran aku tak diendahkan seolah-olah aku aku ni orang sewel bercakap seorang diri. Dia tetap terus menggatal dan aku semakin hangin.
Aku yang bertambah hangin dan mula cakap sedikit kasar : Oiiii! Ingat sket orang laen pun nak guna gak!! Kalau nak pakai lama-lama, gantung aje talipon tu kat tekak bawak naik bilik.
Suasana sepi seketika, tetapi selepas itu minah itu terus menyambung perbualan yang terhenti seketika kerana gangguan dari aku tadi. Memang pempuan ni dah melampau dan betul-betul mencabar kesabaran aku dan menyebabkan darah aku naik tahap cipan... dan malam itu.....
"Kang!Kang!Kang!", bunyi kuat dinding public phone yang bergegar aku ketuk memecah kesunyian malam. Tidak lama kemudian aku dengar bunyi pempuan menangis, aku ingatkan pontianak mana rupanya pempuan tu menangis kat telefon mengadu kat boiprennya dia dikacau oleh pempuan yang mengamuk. Peduli hapa aku. Bila dia letak gagang telefon, dia mengintai-ngintai pempuan sewel mana yang mengetuk public phone sedangkan aku senyap di dalam gelap. Malas nak memanjangkan masalah yang telah aku timbulkan. Bila pempuan cengeng tu dah naik atas, aku pun pegi ke public phone tu untuk call mak tapi aku batalkan niatku sebab mak aku mesti dah tidur dan aku pun dah takde mood disebabkan kejadian tadi.