16 Ogos 2009
Petang itu aku sedang menyediakan minuman petang apabila perutku sakit. Tapi aku tidak begitu menghiraukannya sebab sakit sikit-sikit aje dan aku pernah mengalaminya 2, 3 kali sebelum ini. Aku dah berjumpa doktor 2 kali tetapi doktor tu kata kandungan aku tiada masalah. Kebetulan waktu itu myhubby tiada dirumah kerana ada urusan kerja di Kijal. Tiba-tiba perutku terasa bertambah sakit. Rasa seakan menyucuk-nyucuk dan menyesakkan sehingga aku menangis menahan kesakitan. Aku berbaring dikatil dan menelefon myhubby memintanya balik segera. Waktu berlalu dan aku semakin sakit. Aku dalam bilik air bila tiba-tiba aku rasa seperti nak pitam. Perutku sangat sakit seperti orang yang nak bersalin dan dahiku berpeluh-peluh. Aku jadi lemah sehingga aku seakan merangkak dari bilik air untuk pergi berbaring atas katil. Sampai di atas katil aku sudah tergolek kesakitan bila tiba-tiba aku terasa seperti isi perutku nak terkeluar pulak. Aku memanggil Amin dan menyuruhnya mengambil bekas, tetapi belum sempat dia mengambilnya isi perutku sudah berhamburan keluar. Keadaan mula kecoh apabila Yati pun muntah jugak bila melihat keadaan aku dan aku terus terbaring lesu dengan isiperutku yang berlambak di tepi muka dan aku hanya membiarkan Ros membersihkannya. Melihatkan keadaan aku yang sangat lemah, si Ros menyuruh Amin pergi meminta pertolongan Na dan Azmi yang merupakan jiran aku yang rapat. Lagipun tak pasti lagi bila myhubby akan sampai rumah. Maka berlarilah Amin meminta pertolongan jiran aku yang kebetulan nak keluar makan malam. Terkejut melihat keadaan aku yang sangat teruk dan tidak bermaya lagsung, Azmi terus menelefon ambulan dan menelefon myhubby. Malam itu myhubby pecah rekod memandu 200km/jam untuk cepat sampai rumah. Sementara tunggu ambulans tiba, Na dan Ros bertungkus lumus menukar bajuku sebab aku tidak berdaya langsung untuk melakukannya sendiri. Na memakaikan aku stokin sebab kakiku terlalu sejuk dan Ros menyuapkan aku air sebab aku tersangat dahaga. Amin memelukku yang terbaring tidak bergerak sambil menangis. Kedengaran juga suara Yati yang menangis tetapi aku biarkan sahaja dan tidak memberi sebarang respons sebab aku sudah tidak berdaya lagi. Ambulans tiba dan aku diangkat beramai-ramai ke atas troli ambulan oleh lebih kurang sepuluh orang. Maknanya aku sangat beratlah tu. Sebaik sahaja troli ditolak keluar, myhubby sampai dan dia sangat terkejut dan mula panik melihat keadaan aku yang pucat lesi dan sangat lemah.
Di wad kecemasan hospital Dungun.
Aku seakan tidak mampu menjawab bermacam soalan yang ditanya oleh doktor yang merawatku. Soalan yang senang tapi sukar untuk dijawab...
- Bila last period puan?
- Macamana puan tau puan pregnant?
- Puan pasti puan check resultnya positif?
- Berapa lama puan sakit?
- Puan mengandung anak ke berapa?
- Bila kali terakhir puan makan?
Tekanan darahku semakin rendah dan yang paling rendah bacaannya adalah 30 yang mana boleh membuat aku pejam selamanya. Disebabkan keadaan aku yang semakin lemah dan tekanan darahku yang sangat rendah membuatkan doktor memasukkan darah tambahan ke dalam badanku. Darahku diambil untuk mengenalpasti kumpulan darahku. Pada masa yang sama dia set line dikedua-dua belah tanganku. Tangan disebelah kiri untuk masukkan air dan tangan sebelah kananku untuk memasukkan darah. Selepas itu dia membuat ujian ultrasound di perutku dan dia kata kemungkinan besar aku mengandung luar rahim memandangkan rahimku kosong. Doktor tu memberitahu aku dan myhubby yang aku akan dihantar ke Hospital Sultanah ZAhirah segera sekiranya aku disahkan mengandung luar rahim dari keputusan urine test dan pembedahan juga akan dilakukan segera. Sebelum darah entah siapa-siapa dimasukkan, aku terpaksa sain borang penerimaan darah dan akan menanggung sendiri semua risiko selepas itu.
Deritaku semakin bertambah apabila darah mula masuk melalui urat tanganku. Urat bahuku terasa sakit dan ngilu yang teramat sangat. Sepanjang masa di wad kecemasan, aku meminta suamiku menunggu disisiku dan meminta dia mengurut bahu kananku yang lenguh dan sakit. Pantang doktor sudah memeriksa aku, pasti aku meminta doktor memanggilku suamiku yang tunggu diluar masuk. Pendekata malam itu glamerlah nama En Aziz. Bukan apa, aku takut... aku takut kiranya aku berseorangan kiranya nafasku terhenti selamanya sedangkan suamiku ada diluar sana. Dahaganya aku tidak terkira hingga aku merayu suamiku memberikan aku air tapi aku hampa bila dia ditegah oleh doktor yang nampak dia menyorokkan botol air mineral di bawah bajunya. KAta doktor aku kena puasa kerana kemungkinan besar aku akan dibedah malam itu juga.
Tiba masa untuk aku dihantar ke hospital sultanah Zahirah Kuala Terengganu. Sebelum diangkat dan dimasukkan ke dalam ambulan, satu beg darah lagi dimasukkan ke dalam badanku. " Puan tahan sikit ye, puan akan rasa sakit masa darah masuk ni, itupun saya dah set yang paling rendah.." kata MA padaku semasa di dalam ambulan.. Sewaktu di dalam ambulan yang dipandu laju, aku hanya mampu berdoa sambil menahan kesakitan agar ambulan ni tidak terbalik. Dan bayangkan betapa risaunya aku bila doktor yang berada di dalam ambulan tu memberitahu 2 orang MA yang mengandung luar rahim ni sangat bahaya. SAbar ajelah.. Lebih kurang 40 miit perjalanan yang menyesakkan, aku dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultanah Zahirah dan ditempatkan di zon kritikal.
Di wad Kecemasan Hospital Sultanah Zahirah
Doktor yang merawat aku memperkenalkan dirinya sebagai Dr Norzila. Kecil molek orangnya sehingga orang yang melihatnya susah nak percaya yang dia seorang doktor.. Sekali lagi aku dihujani dengan soalan yang sama. Tak laratlah nak jawab sebab memang aku tak larat dan aku sakit di perut dan urat bahuku. Doktor Norzila sekali lagi membuat ujian scan dan di anampak sesuatu di tiub fallopian sebelah kiriku. Untuk mengesahkan lagi, aku dipindahkan ke wad 5EF dan ujian ultrasound akan dibuat sekali lagi ikut bawah. Sementara menanti suamiku menyelesaikan urusan pendaftaran masuk wad, doktor menukar bajuku dan baju yang aku pakai terpaksa digunting terus kerana aku tidak berdaya langsung untuk bangun. Nasib baik baju kurung tu baju murah. Sekali lagi diorang nak mengambil darahku. Oleh kerana kedua-dua tangan dah penuh dengan jarum, dia terpaksa ambil darah dikakiku. Aku naik risau sebab sakit tau!! Eii!! Tension!! Mula-mula dua kali dia cucuk kaki kanan aku tapi tak dapat. Sakit jangan kiralah. Kemudian dia cucuk dua kali di kaki kiriku.. tapi tak dapat juga. Aku rasa nak meraung masa tu jugak tapi aku tahan. Juga rasa seperti nak bangun dan terajang pempuan yang mencucuk aku tu sampai tercampak kat tengah laut Baru Buruk tu. Tapi aku sabar ajelah sebab tak mahu jadi pempuang cengeng sakit yang terlampau. Tiba-tiba pempuan yang dipanggil nurse tu request nak cucuk ikut celah kelengkang aku. Giler kau!! Sakit wei cucuk kat situ!! Dahlah aku tengah sakit yang teramat akt perut aku, dia nak cucuk pulak ikut celah tu. Aku refuse dan mintak juga dia cucuk di kaki aku. I don't care... mustahil dia tak boleh sebab aku nampak urat kaki aku dengan jelas, macamnan pulak dia boleh tak nampak. Mungkin nurse yang aku rasa dia bangang tu mula rasa tak confident lalu dia minta bantuan Ma lelaki yang ada disitu. Waktu itu, aku teringatkan adik aku Mazidah sebab dia sangat cekap. JKALau dia ada, mesti aku tak akan dicucuk banyak kali. SEkali bila Ma lelaki tu cucuk sekali je terus dapat, maknanya nurse tu memang betul bangang lah..
Tiba masa aku ditolak naik ke wad 5EF. SEkali lagi doktor Norzila tu membuat ujian ultrasound ikut bawah. Sakitnya bila dia tonyoh alat scan tu, pastu dia pusing kiri, kanan, atas, bawah hingga aku rasa nak meraung kesakitan. RAsa malu sebab ada dua orang lagi doktor lelaki yang menyaksikannya sudah tidak aku hiraukan sebab sakit yang teramat sangat. Lantaklah kau nak tengok apapun.
Sepanjang masa suami berada disisi. Kesian dia sebab langsung tak makan lagi. Tiba-tiba semasa doktor lelaki datang memeriksa aku, dada aku rasa kejang dan aku tak dapat bernafas langsung.Aku seperti orang yang sedang nazak yang tercungap-cungap. Aku rasa seolah-olah dada dan perutku mahu pecah dan jantungku berhenti berdegup. Dalam keadaan aku yang tak mampu bernafas itu, aku memaut dan mencengkam tangan suamiku. Dalam keadaan panik, suamiku mengajar aku mengucap dua kalimah syahadah sementara doktor tu tercengang-cengang melihat kau. Mungkin dia panik jugak kot.WAktu itu, aku rasa seolah-olah aku akan pergi buat selamanya bila tiba-tiba sesak didadaku beransur hilang dan aku dapat bernafas semula. Suamiku mengelap peluh yang keluar dengan banyaknya di dahiku.
Sepatutnya aku dibedah pukul 3.30 pagi, tapi entah apa masalah yang berlaku di bilik OT menyebabkan ia tertangguh sehingga 8.30am pagi esok. Sepanjang malam sementara menunggu waktu aku dibedah adalah waktu yang amat menyakitkan dan menyeksakan aku. Sakit dibahu yang berterusan,sepanjang masa bergantung pada oksigen , dada kejang tak dapat bernafas seperti nazak berlaku sebanyak dua kali hingga myhubby panik. Tidurku juga tidak lena walaupun aku mengantuk yang teramat disebabkan urat tubuhku dan jantungku sentiasa menyentap menyebabkan aku sentiasa terjaga. Setiap kali tubuhku bergegar sebab tersentap tiba-tiba menyebabkan suamiku juga selalu terjaga dari lena. Pada mak dan adik beradikku yang lain, aku meminta suamiku beritahu mereka yang aku ok aje, cuma perlu dibedah. Tak perlu risaukan aku sebab semuanya akan ok. Aku tak nak diaorang datang melihatku terutamanya mak. Aku tak mahu mak tengok keadaan aku yang sangat sakit dan teruk. aku pasti kalau mak melihat keaadaan aku waktu itu, pasti dia darah dia naik. Silap haribulan boleh pengsan dia dibuatnya. aku yang sakit, orang lain pulak tiba-tiba kena rawat.
Awal subuh ahad, 17 Ogos 2009
Suamiku memberitahuku mak dan adik beradikku mengirim salam mereka dan mendoakan semuanya lancar dan aku akan selamat. Aku rasa sangat sebak bila tiba-tiba sekali lagi dadaku tiba-tiba kejang, jantungku seakan berhenti berdegup dan aku tak dapat bernafas. Aku beri isyarat tangan pada suamiku supaya berhenti bercakap. Suamiu tak henti-henti mengajarku mengucap dua kalimah syahadah. Sebelah tangannya memegang tanganku yang mencengkamnya dan sebelah lagi mengusap dahiku yang berpeluh-peluh. Aku membayangkan ini mungkin adalah nafasku yang terakhir bila tiba-tiba secara perlahan-lahan aku bernafas kembali. Seandainya orang bertanyakan pengalaman nak mati, aku boleh katakan yang aku sudah merasai sebahagian darinya.
pukul 7.30 pagi aku mula disiapkan untuk dibawa ke dewan pembedahan. Sepanjang waktu juga aku tak lekang mengucapkan dua kalimah syahadah dan berdoa agar semuanya berjalan lancar. Sebelum di bawa ke dewan pembedahan, aku sekali lagi diberikan rawatan nebulizer untuk elakkan aku lelah sewaktu pembedahan. Awal lagi aku telah dimaklumkan bahawa pembedahan aku kali ini berisiko tinggi memandangkan aku ada athsma dan perlu dibius sepenuhnya. Mereka bimbang kalau-kalau sewaktu pembedahan berjalan, tiba-tiba otot pernafasanku mengecut. kalau ia berlaku, mungkin lepas pembedahan aku tak akan bangun lagi buat selamanya.
Aku diangkat beramai-ramai dan ditolak ke dewan pembedahan sambil diiringi oleh suamiku yang tak mandi sejak semalam. Bila pintu dewan pembedahan mula di tutup aku merenung sayu suamiku yang melambai ke arahku. Sebak dan sayu memikirkan kalau-kalau itu adalah lambaian terakhirnya untuk aku.
Sekumpulan doktor sudah bersiap sedia untuk menyiangku di dalam bilik pembedahan. Sebelum pembedahan, doktor menerangkan kepada aku tujuan pembedahan dan aku diminta menandatangani borang kebenaran untuk dibedah dan borang persetujuan menerima darah dari entah siapa-siapa dan risikonya kutanggung sendiri. Tiba-tiba aku terdengarsatu suara berkata.." wah!! lawa tandatangan".. tapi pujian aku tidak ku hiraukan langsung.. wrong timing!!!
Kemudian hidungku dipekup alat bantuan pernafasan. Dengan dua kali arahan," Hasmixx, buka mata..." aku rasa seakan ada sesuatu yang mengalir di dalam urat kiri tanganku dan aku mula tidak sedarkan diri. Pembedahan mengambil masa 3 jam dan aku mula sedar bila terasa pipiku ditepuk. suamiku kata aku diletakkan di luar bilik pembedahan bersama seorang budak kecil yang lain untuk dipanaskan dan bergantung pada alat bantuan pernafasan sehingga ku disedarkan dan dipindah naik ke wad. Alhamdulillah, aku masih benafas lagi. Doktor Norzila menerangkan pada ku yang kandungan yang ku kandung di luar rahim sudah pecah dan itu yang menyebabkan aku sakit yang teramat sakit. Mujur aku cepat dikejarkan ke hospital dan dibedah, kerana kalau tidak ia boleh membawa maut sebab darah tu akan naikkan ke atas dan merosakkan hati, jantung dan paru-paru. Di sebabkan tiub fallopian sebelah kiri dah pecah, dia telah membuang tiub sebelah kiri dan yang tinggal tiub sebelah kanan.
Selama hampir 3 hari aku terlantar di atas katil. aku dibekalkan ubat penahan sakit berbentuk pen dan setiap kali sakit aku perlu menekan pen tersebut untuk menahan sakit yang teramat. Selama itu juga aku terlantar keseorangan tanpa sesiapa yang menjagaku. Suamiku hanya dapat datang sekejap di waktu petang memandangkan dia bekerja dan menguruskan anak-nak yang bersekolah tambahlagi jarak yang jauh antara hospital dan rumahku. Dan selama itu jugalah jururawat pelatih dan makcik Zabedah yang duduk bertentangan katilku banyak membantu menguruskan aku terutama ketika aku demam sepanjang dua hari itu. doktor kata, demam itu adalah simptom yang biasa selepas major operation. aku memilih untuk terus ditempatkan di wad kelas tiga kerana aku tak nak kesunyian di wad kelas satu, tambahan pula katilku agak berdekatan dengan kaunter jururawat dan toilet.
Pada hari ketiga aku sudah mula turun katil dan di bawa kebilik air oleh jururawat pelatih untuk mandi.. dan sudahnya aku hanya mengelap badanku sebab kepalaku pening yang teramat sangat dan tempat jahitanku rasa tersangat sakit.. Selepas itu, aku terlantar di atas katil sepanjang hari. Hari ini, ubat penahan sakitku ditamatkan dan saluran kencing yang dipasang dicabut..Lega..!! Hari ini jugalah duniaku nampak cerah, terang dan jelas bila suamiku membawa cermin mataku..
Seawal pagi hari keempat aku sudah bangun untuk mandi. Dan aku mengambil masa setengah jam untuk sampai ke bilik air. Kalau bertanding degan kura-kura dalam acara berjalan, pasti kura-kura tu yang menang. On the way ke bilik air, aku berhenti duduk kat kaunter jururawat dan mintak ubat penahan sakit sebab aku rasa teramat sakit di perutku. Hari ini, aku dah boleh mula makan, tapi aku jamah sedikit aje sebab tak ada selera walaupun lauknya sedap.
Hari kelima aku sudah dibenarkan keluar. Alhamdulillah! Aku nak balik terus ke rumah sebab aku sangat rindu pada anak-anakku. aku dibekalkan ubat penahan sakit dan perlu berjumpa doktor tiga bulan lagi. Sedang bersiap, nurse datang menyerahkan surat MC. Punyalah terkujatnya aku bila aku tengok Mc aku cuma 15 hari sahaja. Boleh terburai perut aku dibuatnya!! Doktor yang buat Mc aku mesti tengah berangan ataupun orang baru yang tak biasa dengan cuti. Nasib baik dapat ditukar pada 6 minggu. Petang itu, bila keluar aku ditolak dengan kerusi roda memandangkan aku tak mampu berjalan jauh. Sayu juga hati bila melihat orang di depanku keluar membawa baby yang baru lahir sedangkan aku keluar dengan tangan kosong. cuma bawak perut je...
Dengan entri yang aku publish ni menandakan sekarang aku dah sihat, walaupun perit di perutku sesekali masih terasa dan aku tak boleh membuat kerja-kerja berat. Alhamdulillah!! aku syukur sangat-sangat sebab Allah memberikan aku kesihatan yang baik dan memberi peluang untuk aku bernafas lagi hingga ke saat ini. InsyaAllah, aku akan mula bekerja balik 1 oktober ni. Tak sabar rasanya berjumpa anak-nak muridku yang sentiasa mendoakan aku cepat sembuh... But it will not change anything.... cikgu diorang tetap daring jugak... buat salah, tetap kena fire.. hehehe..
Atas kesedaran betapa bahayanya mengandung di luar rahim, aku sentiasa mengingatkan kawan-kawanku yang baru berkahwin dan belum berkahwin supaya terus membuat check up dan scan sekiranya mengandung.. tak payah nak buat surprise... dan kalau scan tetiba rahim tu kosong, maknanya mengandung luar rahimlah tu... adalah benda tu yang tersangkut di mana-mana dan kiranya ia berlaku.. cepatlah rujuk ke hospital. Inilah pengalaman aku yang paling memeritkan dan lebih perit dari pengalamanku sewaktu bersalin. Sampai mati pun aku takkan lupakannya.