Cepatnya masa berlalu..
Sedar -sedar dah masuk tahun baru..
Menandakan juga bertambah lagi setahun umurku..
Tahun ni tak pasti aku akan lebih rajin menulis dalam blog
atau jadi semakin malas dan hampeh..
Maklumlah sekarang zaman teknologi canggih..
Macam-macam ada kat hp..
ada whassup la, insta , twitter ..
memang canggih..
Minta maaf ya..
Aku tak ada semua tu..
BAb komunikasi aku masih kolot..
Tak ada kompromi..
suka yang tradisional..
Sms, email ataupun paling canggih fb.. itupun kat laptop dengan desktop je..
Biarlah tebby sorang je yang ada..
yang mana kadang-kadang aku tak larat tengok dia gelak sorang-sorang..
dan hp dia berkokok pagi-pagi buta...
Macam-macam masuk dalam wassupnya..
Tak mengapa lah aku tak ada tu semua..
Aku tak mau nanti rumah aku sunyi sepi
sebab tak nak nanti semua orang macam orang masalah mental sengih sorang-sorang mengadap benda tu.
2013 adalah tahun dimana aku telah membuat keputusan yang paling besar dan hidup aku..
Iaitu keputusan untuk bertukar ke tempat kerja baru..
Jujurnya..
Keputusan itu adalah satu kesilapan besar yang aku telah buat..
Serius..
Aku sangat menyesal..
TApi nak menyesal sekarang pun tiada gunanya..
Jadi..
telan je la..
Walaupun pahit..
Aku tak happy..
Hari-hari penat berulang..
tapi kerana kerja dan anak murid aku gagahkan juga..
Ada yang kata untunglah suami isteri kerja di kawasan yang sama..
Bolehlah kongsi kereta..
Dulunya aku pun beranggapan sebegitu..
tapi kelakarkan..
sebab kerja di kawasan sama..
Tapi pergi kerja berasingan..
Apa?? Gaduh??
Ehh!! Tak gaduh...
We all tak main gaduh-gaduh ni..
Sebabnya waktu kerja tak sama..
Dia cikgu yang balik awal..
Takkan dia nak tunggu aku yang balik lewat..
Tambahan pula ada kalanya dia kena mesyuarat kat bandar..
Takkan dia nak pusing balik berpuluh kilometer semata-mata nak ambik aku balik kerja..
Akhirnya terpaksa pergi berasingan..
Dalam jabatan aku, aku sorang je yang tercampak di sini..
Sunyi beb...
sekarang aku asyik terperap dalam bilik opis..
tak seperti tempat lama..
DAn aku rindu tempat kerja lama aku...
kawan-kawan aku..
TAk taulah macamana aku akan meneruskan kehidupan kerja aku disini..
tahun ini hinggalah tahun yang mendatang..
Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar..
Tiada perancangan untuk 2014..
Tebby juga dah buat keputusan yang paling besar..
Iaitu memohon masuk kursus untuk jadi pengetua pulak..
dan khabarnya dapat sokongan penuh dari bossnya..
kalau dapat 2014 ni juga mula kursusnya
di atas bukit tu..
selama 6 bulan..
Aku ??
Aku sokong je..
mana-mana yang dia fikirkan yang terbaik untuknya..
Di tahun baru ini aku doakan yang baik-baik juga untuk keluarga aku dan sahabat-sahabatku..