air naik, aku mangsanya

Memang nightmare lah perjalanan ke tempat kerja semasa musim banjir.
Baru-baru ni aku sangkut ditengah jalan sebab banjir semasa nak pergi kerja..
air melintas jalan..
Nak teruskan aku tak berani..
laju airnya..
Bimbang mati kereta ditengah-tengah ..
Atau aku mati bersama kereta dihanyutkan air..
Rasanya tak kot..
Sebab kereta dibahagian hadapan sekali lepas je..
cuma aku tak berani ambil risiko..
lagipun tebby dah warning..
Jangan gatal-gatal buat berani nak merentas jalan yang dilintasi air..
yang jadi igauan ngerinya
sebab aku parking diselekoh tajam..
Kebetulan pulak gear sicukai ada sikit masalah..
rasanya tak serius..
Gear parknya ketat..
oleh kerana yang laennya ok..
maka tak baiki sebab..
bila baiki akan jadi lebih serius 
sebab kos baikinya memang ribu riban..
Entah kenapa aku telah tersalah letak gear tu kat P.
Jadi... apalagi.. payahlah nak tarik menda tu..
Apalagi...
Pucat sudah...
dah lah tersangkut diselekoh sebab kereta depan banyak yang beratur..
air banjir sebela bahu jalan semakin banyak dan laju pulak..
Aku mula panik..
Membayangkan kalau-kalau air semakin banyak, lepas jalan dan melarikan kereta aku..
mana aku nak lari..
tapi aku bernasib baik..
Tebby ada kat sekolah di hadapan sana..
Kebtulan dia bawak budak jahat..
Jadi dia datang menyelamatkan aku..
Betulkan gear..
Tolong pusingkan si cukai..
Cari tempat parking yang selamat 
dan dia hantar aku ke tempat kerja dengan selamatnya..
Tapi sebelum tu dia bebel sepatah dua kata kat aku..
"Hah.. telefon tu campak dalam laut bagi ikan pakai.. orang call tak angkat"
Aiyoo tebby..
Isterimu tengah pecut laju..
dan dalam kereta tu mengaum dengan kuat..
ringtone telefon pulak sama dengan lagu dalam kereta..
Tak dpat beza muzik kereta dan muzik ringtone..
Jadi tak perasan.. hehe

Air laju melintas jalan tu tak seperti tak ada apa-apa kesan pada budak jahat..
Lalu dalam hati aku berfikir,..
Kalau lama lah aku kat sini ni...
Mungkin aku cari kereta yang boleh geng dengan budak jahat tu..
Tunggulah..
Bila duit jatuh dari langit jatuh gedebukk ke atas riba aku..
aku bayar cash terus beli kereta..
akhirnya sampai pejabat lambat..
Nasib baik anak-anak setia menunggu..

Ok.. sudah sampai masa..
nak kena balik sudah..
besok lagi sibuk..
Harapnya tak hujan lebat hari ni sampai esok dan lusa..
Sebab nanti aku stress lagi..

Muah...